Layanan tak mesra sambut Obama

Written By Unknown on Jumat, 22 Maret 2013 | 16.40

Pemimpin Palestin kecewa Presiden AS tak bantu bentuk sebuah negara

Ramallah: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Tebing Barat semalam menerima sambutan kurang mesra daripada pemimpin Palestin berbanding sambutan hangat yang diterimanya di Israel sehari sebelumnya.

Obama menaiki helikopter melintasi pagar kawat berduri dan tembok pemisah dengan Israel sebelum bertemu pemimpin Palestin yang kecewa dengan kegagalannya memenuhi jangkaan mereka bahawa beliau mampu membantu mereka mendapat-kan sebuah negara.

Ribut pasir

Ketika Marine One mendarat di bawah terik matahari, ia disambut dengan ribut pasir di kawasan Muqataa, di mana tetamu kehormat bersama kibaran bendera Amerika Syarikat dan Palestin berbaris di permaidani merah.

Obama disambut Presiden Palestin, Mahmud Abbas yang kemudian kedua-dua mereka memeriksa barisan kehormat sebelum mengadakan rundingan selama 90 minit.

Nyatakan semula visi

Presiden Amerika Syarikat itu dalam lawatan pertamanya di negara itu sejak mengambil alih Rumah Putih pada 2009, dijangka menyatakan semula visi beliau bagi penyelesaian dua negara itu membabitkan konflik Israel dan Palestin walaupun penangguhan dan kekecewaan selama beberapa tahun.
Obama kemudian akan bertemu perdana menteri, Salam Fayyad, hanya menghabiskan masa kurang lima jam di Tebing Barat pada hari kedua lawatannya bertujuan mengurangkan ketegangan dengan Israel. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Layanan tak mesra sambut Obama

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/layanan-tak-mesra-sambut-obama_22.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Layanan tak mesra sambut Obama

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Layanan tak mesra sambut Obama

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger