10 maut di Myanmar

Written By Unknown on Jumat, 22 Maret 2013 | 16.40

Sami Buddha antara korban terbaru keganasan di Meiktila

Yangon: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar di tengah Myanmar selepas rusuhan yang bertukar ganas menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh termasuk seorang sami Buddha, kata seorang ahli parlimen tempatan semalam.

Keganasan yang berlaku di bandar Meiktila adalah yang terburuk sejak pertempuran antara penduduk Buddha dan Islam di negeri barat Rakhine, tahun lalu.

Ahli parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Win Htein, berkata beliau melihat mayat di tempat kejadian dalam pergaduhan terbaru di bandar Meiktila semalam.

"Lebih 10 orang terbunuh," katanya kepada AFP melalui telefon dari bandar terbabit yang juga kawasan parlimen diwakilinya.

Lebih 200 penduduk bergaduh di jalanan selepas satu pertikaian di sebuah kedai emas milik peniaga Islam yang bertukar ganas, kata satu kiriman di halaman Facebook Polis Myanmar.

Bakar masjid

Polis melaksanakan perintah berkurung pada tengah malam untuk mengawal keadaan selepas penunjuk perasaan membakar beberapa masjid.
"Tiga masjid musnah dibakar," kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP melalui telefon, tetapi menambah bahawa suasana kembali tenang di kawasan terbabit.

"Apa yang berlaku sekarang adalah ketegangan agama. Kami cuba memulihkan semula keadaan menjadi tenang. Saya tidak pernah melihat konflik seperti ini di Meiktila sepanjang hidup saya," kata Win Htein kepada AFP sambil menambah keadaan sebelumnya agak tegang.

Rusuhan berlaku berikutan ketegangan antara penduduk Islam dan Buddha di Myanmar di mana konflik di Rakhine menyebabkan sekurang-kurangnya 180 penduduk terbunuh dan lebih 110,000 hilang tempat tinggal sejak Jun 2012.

Satu laporan dalam halaman Facebook polis lewat kelmarin berkata bahawa kemarahan merebak selepas seorang lelaki cedera ketika pertengkaran di kedai emas.

Kekecohan bertukar ganas

Laporan itu menyatakan bahawa kekecohan bertukar ganas apabila orang r
amai mula memusnahkan bangunan di kawasan terbabit.

Sekurang-kurangnya enam orang dimasukkan ke hospital dan dua mangsa iaitu seorang sami Buddha dan seorang lelaki Islam mati akibat kecederaan.

"Keganasan mungkin menjadi lebih buruk, semua orang di sini menjadi agresif," kata seorang penduduk tempatan Hein Thu Aung, 29, kepada AFP. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

10 maut di Myanmar

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/10-maut-di-myanmar_22.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

10 maut di Myanmar

namun jangan lupa untuk meletakkan link

10 maut di Myanmar

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger