Hapus semua pengganas

Written By Unknown on Sabtu, 23 Maret 2013 | 16.40

Bashar berikrar selepas ulama Sunnah antara korban serangan dalam masjid

Damsyik: Presiden Syria, Bashar al-Assad berikrar menghapuskan semua pelampau di negaranya yang dipersalahkannya atas serangan bom di Masjid Iman, tengah ibu negara, kelmarin.

Serangan itu menyebabkan 49 orang terbunuh termasuk ulama Sunnah terkenal, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang menyokong kuat pentadbiran Bashar.

Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka," Bashar al-Assad, Presiden Syria


Ketika memberi amaran kepada pemberontak yang cuba menggulingkannya, Bashar berikrar untuk menghapuskan pelampau hingga negara itu bersih daripadanya.

Pembunuhan al-Buti dianggap antara tragedi besar sejak pemberontakan berlangsung dua tahun lalu.

Konflik itu menyaksikan golongan militan menyertai kempen pemberontak dan ini kali pertama penyerang bunuh diri meletupkan bom dalam sebuah masjid.

Seorang cucu kepada ulama berusia 84 tahun itu juga antara korban serangan.
Dalam kenyataannya yang disiarkan agensi berita SUNA, Bashar berkata, al-Buti adalah simbol Islam sebenar menghadapi ideologi pelampau.

70,000 maut

"Darah kamu dan cucu lelaki kamu serta semua lagi yang syahid tidak akan sia-sia kerana kami akan terus ikuti pendekatan kamu membersihkan negara ini daripada golongan seperti mereka," kata Bashar.

Krisis di Syria meletus pada Mac 2011 apabila bantahan aman berubah kepada pemberontakan.

Lebih 70,000 orang maut sehingga ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak diketahui bila jenazah al-Buti akan disemadi. Kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung. - AP


Anda sedang membaca artikel tentang

Hapus semua pengganas

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/hapus-semua-pengganas.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Hapus semua pengganas

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Hapus semua pengganas

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger