Kejadian itu adalah yang terbaru dalam beberapa serangan ke atas tentera dan pejabat kerajaan kerajaan oleh Barisan Al-Nusra yang ada kaitan dengan al-Qaeda.
Kumpulan itu menjelaskan, ia sebagai membalas dendam terhadap pemerintah yang menindas dan membunuh penduduk.Berita letupan itu disiarkan ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa pentadbiran Presiden Bashar al-Assad mengisytiharkan gencatan senjata selepas konflik berterusan 19 bulan. Kira-kira 32,000 orang terbunuh sehingga ini.
Pemerintah bertanggungjawab
"Berpuluh-puluh orang maut dalam dua serangan bunuh diri ke atas unit perisikan tentera udara di Harasta," kata pengarah Syrian Observatory for Human Rights, Rami Abdel Rahman.
"Untung nasib beratus-ratus tahanan di ruang bawah tanah bangunan berkenaan belum diketahui. Pemerintah bertanggungjawab atas apa yang berlaku ke atas tahanan. Pemerintah tidak sepatunya menahan mereka," katanya lagi.
Barisan Al-Nusra yang tidak dikenali sebelum pemberontakan meletus ke atas pentadbiran Bashar, mengaku bertanggung jawab dalam serangan di Harasta.
Operasi tiga fasa
"Ia sebagai membalas dendam ke atas penduduk Islam yang ditindas menyebabkan keputusan di ambil untuk menyerang unit perisikan tentera udara di Harasta," kata al-Nusra dalam satu kenyataan dalam internet.
Kumpulan itu merancang operasi tiga fasa bermula dengan serangan bunuh diri menyaksikan seorang pemuda membawa sembilan tan bahan letupan ke depan bangunan.
25 minit kemudian, seorang lagi anggotanya menggunakan van ambulans untuk merempuh sekatan.
Militan kemudian melancarkan bedilan mortar ke arah bangunan itu.
Di Paris, Ban menggesa rejim Bashar mengadakan gencatan senjata
"Saya sudah beri mesej kepada kerajaan Syria supaya mereka segera umum gencatan senjata," kata Ban ketika dalam sidang akhbar. - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Ibu pejabat tentera Syria kena serang
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/ibu-pejabat-tentera-syria-kena-serang.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Ibu pejabat tentera Syria kena serang
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Ibu pejabat tentera Syria kena serang
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar