Perkara itu ditekankan oleh Setiausaha Rendah Pengawal Kebangsaan wilayah barat, Putera Khaled bin Faisal bin Turki, ketika menerangkan peranan Pengawal Kebangsaan dalam memastikan ibadat Haji berjalan lancar dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kesihatan.
Kerajaan Penjaga Dua Masjid Besar pimpinan Raja Abdullah akan berusaha memastikan semua jemaah dapat menunaikan ibadat dengan selesa, jadi sebarang gangguan mana-mana pihak tidak akan diterima. Haji bukan tempat untuk melaung-laungkan slogan politik atau agama, kata putera itu yang dipetik Arabnews.Katanya, Pengawal Kebangsaan memainkan peranan penting mengenai perkhidmatan kepada jemaah ketika ibadah itu.
Tahun lalu, hampir tiga juta jemaah menunaikan ibadat Haji.
Minggu lalu, seorang pegawai kanan keselamatan Arab Saudi menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan mengeksploitasi Haji menerusi perarakan politik.
Beliau merujuk kepada tindakan jemaah Iran pada masa lalu yang membawa kepada pertempuran dengan polis hingga menyebabkan kematian.
Kami tidak akan benarkan sebarang cubaan mengeksploitasi Haji, kata panglima pasukan keselamatan, Jeneral Saad al-Khelyawi.
Beliau menjawab soalan media mengenai gesaan Iran supaya satu perarakan mengutuk Barat dan Israel diadakan, protes yang mencetuskan pertempuran beberapa kali sebelum ini.
Pada 1987, 402 terbunuh, 275 adalah jemaah Iran selepas pertempuran meletus apabila polis cuba menghentikan perarakan itu.
Agensi
Anda sedang membaca artikel tentang
Haji bukan tempat laung slogan politik
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/haji-bukan-tempat-laung-slogan-politik.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Haji bukan tempat laung slogan politik
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Haji bukan tempat laung slogan politik
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar