Seoul: Korea Utara semalam mendakwa memiliki roket yang mampu sampai ke Amerika Syarikat (AS) ketika Pyongyang mengutuk satu perjanjian baru Amerika Syarikat-Korea Selatan untuk meningkatkan jarak sasaran sistem peluru berpandu untuk Seoul.
Pyongyang menyifatkan perjanjian jirannya dengan Washington sebagai tindakan provokasi untuk mencetuskan perang.
Ancaman yang dianggap penganalisis sebagai tidak serius dan sekadar menarik perhatian itu dibuat selepas Korea Selatan pada Ahad lalu mengumumkan satu perjanjian bersama dengan Amerika memiliki peluru berpandu dengan jarak hampir tiga kali ganda daripada peluru berpandunya sejauh 800 kilometer sekali gus boleh sampai ke mana-mana tempat di seluruh Korea Utara.Perjanjian satu konspirasi
Jurucakap Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara berkata, perjanjian itu adalah 'satu lagi konspirasi antara tuan dan hambanya bertujuan mencetuskan ketegangan besar di Semenanjung Korea hingga mencetuskan satu lagi peperangan.'
Dalam satu kenyataan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), beliau mendakwa, tentera Korea Utara termasuk 'pasukan roket strategik' mempunyai skop serangan bukan hanya membabitkan Amerika dan pangkalan tentera Korea Selatan tetapi juga Jepun, Guam dan tanah besar Amerika.
Penganalisis Korea Selatan pula menyifatkan reaksi Pyongyang sebagai retorik kosong kerana ia lebih kepada tujuan meningkatkan semangat tentera di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un.
"Tiada bukti Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu yang ada jarak cukup jauh hingga sampai ke tanah besar Amerika," kata seorang profesor Akademik Diplomatik Kebangsaan Korea, Yun Duk-Min.
Korea Utara diketahui mempunyai sejenis peluru berpandu antara benua (ICBM) yang sedang dibangunkan, Taepodong-2 tetapi tidak pernah diuji dengan berjaya.
Pada April lalu, Korea Utara gagal untuk melancarkan roket selepas dikatakan bertujuan meletakkan sebuah satelit di orbit.
Tetapi, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menegaskan, ia sebenarnya satu ujian peluru berpandu balistik menggunakan pelancaran tiga peringkat Taepodong-2. - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Roket Korea Utara boleh sampai AS
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/roket-korea-utara-boleh-sampai-as.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Roket Korea Utara boleh sampai AS
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Roket Korea Utara boleh sampai AS
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar