Paling penting Thailand mahu BRN membuktikan keupayaannya menghentikan keganasan selain mengenal pasti kumpulan lain di selatan Thai bagi membolehkan proses damai mencakupi pemisah lain.
Perunding Thailand menekankan, mereka mahu serangan ke atas orang awam dihentikan untuk yakin sedang berunding dengan kumpulan mampu mengawal rakan mereka yang lain.
"Kami jangka dapat melihat tiada lagi serangan ke atas sasaran mudah terutama bom kerana membabitkan penduduk tidak bersalah," kata Ketua Majlis Keselamatan Nasional Thailand yang dijangka menghadiri rundingan, Paradorn Pattanatabut.
Thailand bercakap benar
Beliau berkata, dirinya '100 peratus' pasti bahawa pihak berkuasa Thailand bercakap dengan pihak yang betul. Pada masa sama, mereka sedia mencari pemisah lain jika keganasan masih berterusan.
Sami dan guru sering menjadi sasaran pembunuhan di rantau bergolak sementara berpuluh sekolah dibakar militan kerana kaitannya dengan Thailand yang dikuasai penduduk Buddha.
Persoalan juga ditujukan kepada keupayaan pemimpin lebih tua mengekang serangan generasi muda yang kejam dan terancang yang beroperasi di wilayah paling selatan Thailand bersempadan Malaysia.
"Mereka terbahagi kepada yang berjuang tetapi diketahui identiti dan pemimpin terkenal dalam buangan," kata Gotham Arya dari Institut Hak Asasi Manusia dan Kajian Damai di Universiti Mahidol.
AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Thailand, BRN bina keyakinan
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/thailand-brn-bina-keyakinan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Thailand, BRN bina keyakinan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar