Padah godam web Susilo

Written By Unknown on Kamis, 28 Maret 2013 | 16.40

Jakarta: Seorang pengusaha kafe internet dari bandar Jawa Timur di Jember yang menggodam laman web rasmi presiden untuk 'suka-suka' mungkin dihukum penjara sehingga lapan tahun jika disabitkan.

Wildan Yani Ashari, 22, yang berada di ibu kota ini sejak ditahan Januari lalu oleh unit jenayah siber Polis Nasional dibawa pulang ke Jember kelmarin untuk menunggu tarikh perbicaraannya.

Penggodam itu yang memberitahu polis, dia melakukannya untuk suka-suka, didakwa mengikut dua artikel Undang-undang Telekomunikasi dan Undang-undang Maklumat dan Transaksi, yang membawa hukuman maksimum penjara lapan tahun dan denda Rp2 bilion (RM637,270).

Aries Surya, ketua pejabat pendakwa raya Jember berkata kes itu akan diserahkan kepada mahkamah tidak lama lagi.

"Kami cuba habiskan pendakwaan dan menyerahkannya kepada mahkamah," kata Aries dipetik Tempo sebagai berkata.

AGENSI


Anda sedang membaca artikel tentang

Padah godam web Susilo

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/padah-godam-web-susilo.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Padah godam web Susilo

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Padah godam web Susilo

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger