Ketua Polis Ba-Cho, Kolonel Pakdi Preechahon berkata, letupan berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran kawasan Bare Tai di daerah Bacho.
Letupan pertama membabitkan sebutir bom buatan sendiri diaktifkan menggunakan telefon bimbit, ketika lapan orang askar dari Narathiwat membuat rondaan menggunakan motosikal berhampiran Ban Chuwo. Tiga askar cedera dalam ketupan itu, katanya.Beliau berkata, berikutan letupan itu, sepasukan enam orang askar berkejar ke tempat kejadian menggunakan kereta perisai.
Bagaimanapun ketika berada satu kilometer dari Ban Chuwo, sekumpulan militan bersembunyi di tepi jalan meletupkan tong gas seberat 50 kilogram yang disembunyikan di tengah jalan.
Letupan menyebabkan pemandu kereta perisai, Sarjan Israwut Palasak terbunuh, manakala lima askar lagi cedera.
Mereka dikejarkan ke Hospital Narathiwatratchanakarin untuk rawatan, katanya. Sementara itu pasukan tentera, polis dan unit keselamatan, meningkatkan kawalan keselamatan termasuk memasang kawat berduri menjelang upacara memperingati ulang tahun ke lima peristiwa Tak Bai.
Agensi
Anda sedang membaca artikel tentang
Seorang maut, lapan cedera letupan bom
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/seorang-maut-lapan-cedera-letupan-bom.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Seorang maut, lapan cedera letupan bom
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Seorang maut, lapan cedera letupan bom
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar