Berjalan di dalam kumpulan, kebanyakannya diketuai jurupandu dengan bendera negara masing-masing tercetak pada pakaian, lelaki dan wanita membanjiri Makkah untuk mengerjakan Umrah, menjelang waktu melakukan rukun Islam kelima itu.
Pegawai berkata, upacara utama yang bermula Rabu ini dijangka menarik lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia.Khamis menjadi hari paling penting, apabila semua jemaah berkumpul di Arafah untuk berwukuf. Ia berakhir selepas Aidiladha Jumaat ini.
Haji adalah rukun Islam kelima yang perlu dikerjakan umat Islam yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ini kunjungan saya pertama ke Makkah untuk menunaikan haji. Saya tidak sabar untuk bersolat di Arafah, kata ahli perniagaan dari Burkina Faso, Koara Abdulrahman, 32.
Di Masjidil Haram, jemaah berterusan mengelilingi Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam ketika bersolat dengan ramai mencari jalan di celah orang ramai untuk mencium dinding struktur yang didirikan oleh Nabi Ibrahim sementara yang lain bersolat atau membaca al-Quran.
Buat masa ini, saya cuma rasakan apa yang baik saja, kata seorang jemaah haji dari Iran.
Pihak berkuasa berkata, lebih 1.6 juta jemaah haji luar tiba dan bilangan dijangka bertambah menjelang Rabu. Kira-kira 750,000 jemaah tempatan juga dijangka mengambil bahagian.
Di sebalik beberapa pusat pemeriksaan didirikan di jalan raya menuju ke Makkah untuk menghalang jemaah tanpa izin, ramai bilangan jemaah berkenaan menyertai perhimpunan itu setiap tahun.
Jemaah Asia, kebanyakannya dari Indonesia mempunyai kuota haji tertinggi. Tidak dapat dipastikan berapa ramai jemaah dari Syria, negara yang digegarkan dengan perang saudara menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad 19 bulan lalu, hadir tahun ini.
AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
Dua juta jemaah haji mula menuju Makkah
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/dua-juta-jemaah-haji-mula-menuju-makkah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Dua juta jemaah haji mula menuju Makkah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Dua juta jemaah haji mula menuju Makkah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar