Obama mendahului Romney dengan 59 peratus berbanding 31 peratus di kalangan pengundi awal, berdasarkan data kajian pendapat yang dikumpulkan Reuters/Ipsos.
Saiz sampel pengundi awal disifatkan kecil tetapi jurang kelebihan Obama mengatasi kadar kredibiliti kajian pendapat dengan ketepatan 10 peratus.Ketika pilihan raya kurang tiga minggu sebelum pengundian bermula pada 6 November depan, sebanyak tujuh peratus mereka yang diselidik berkata sudah pun mengundi sama ada secara persendirian atau pos.
Kajian pendapat di talian adalah satu lagi petanda mengenai ujian awal memainkan peranan besar tahun ini berbanding 2008, dengan secara purata satu daripada tiga orang mengundi sebelum pengundian bermula.
Undian sudah dibuat dalam bentuk tertentu di sekurang-kurangnya 40 negeri.
Jentera Obama dan Romney menggesa penyokong mereka mengundi secepat mungkin supaya kempen boleh bertumpu kepada operasi dari pintu ke pintu atau panggilan telefon terhadap mereka yang masih belum memutuskan untuk mengundi.
Undian awal adalah bahagian penting dalam kemenangan Obama menentang calon Republikan, John McCain pada 2008, dan kempen beliau menyasarkan untuk mengulangi kejayaan itu tahun ini.
Kajian pendapat Reuters/Ipsos menunjukkan, usaha kempen itu berbaloi walaupun kelebihannya sedikit merosot menjelang tarikh undi bermula.
Kempen Obama mengatakan, mereka mendahului di kalangan pengundi awal di Iowa dan Ohio dan ketinggalan tipis di beberapa negeri berbanding 2008.
Ia menjangka usaha awal undian itu akan membantu kempen menepis banyak iklan negatif ketika minggu akhir sebelum 6 November.
Kita membuat pelaburan awal di beberapa negeri yang persaingan agak hebat dengan mendaftar pengundi dan meneruskan perbualan terbuka dengan mereka yang belum membuat keputusan bagi mencatat sejarah organisasi akar umbi mencapai kejayaan apabila pengundian dikira, kata jurucakap kempen Obama, Adam Fetcher.
Jentera kempen Romney pula berkata, mereka mendahului atau terikat sokongan dengan Obama di Florida, Carolina Utara, Colorado, Nevada dan New Hampshire.
Kempen itu didakwa menyaksikan lebih ramai sukarelawan mengambil bahagian selain semangat yang meningkat di kalangan penyokong Republikan sejak Romney memberi persembahan baik dalam debat menentang Obama pada 3 Oktober lalu.
Reuters
Anda sedang membaca artikel tentang
Pengundi awal sokong Obama
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/pengundi-awal-sokong-obama.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pengundi awal sokong Obama
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar