Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), melaporkan bom itu digugurkan dari pesawat dan helikopter tentera, kebanyakannya dekat lebuh raya utara-selatan melalui bandar Maarat al-Numan.
Pemberontak menawan Maarat al-Numan minggu lalu yang memutuskan laluan dari Damsyik ke Aleppo. Tentera Syria berusaha menawan semula kawasan itu.HRW baru-baru ini melaporkan penggunaan bom berangkap oleh Syria pada Julai dan Ogos lalu meskipun ia diharamkan kebanyakan negara.
Bom berangkai akan memercikkan beratus-ratus bom mini ke kawasan luas bertujuan membunuh seramai mungkin dan ia disifatkan jenayah perang oleh kumpulan hak asasi manusia.
Lebih 100 negara mengharamkannya tetapi Syria tidak menandatangani perjanjian antarabangsa 2010 yang melarang penggunaannya, begitu juga Russia, China dan Amerika Syarikat.
Bom mini yang digugurkan pula tidak meletup dengan segera dan menjadi punca kecederaan dan kematian orang awam selepas konflik berakhir.
Bandar yang menjadi sasaran termasuk Maarat, Tamanea, Taftanaz dan al-Tah. Bom berangkai juga digunakan di kawasan lain di wilayah Hom, Aleppo dan Lattakia selain kawasan dekat Damsyik, dakwa HRW.
Pertubuhan itu, bagaimanapun, tidak dapat memberitahu berapa ramai yang menjadi korban dan ia tidak mengetahui bila serta bagaimana Syria memilikinya.
Pertumpahan darah semakin buruk sejak dua bulan lalu tetapi kedua-dua pihak dikatakan tidak memegang kelebihan besar.
Dekat sempadan Turki pula, pemberontak dilaporkan menguasai bandar Azmarin selepas empat hari bertempur.
Bandar ini kini di tangan kami. Kami sudah kibarkan dua bendera di situ dan perang sudah tamat. Azmarin sudah kami kawal sepenuhnya, kata seorang penduduk yang enggan dinamakan.
REUTERS
Anda sedang membaca artikel tentang
Askar Syria dituduh guna bom berangkai
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/askar-syria-dituduh-guna-bom-berangkai.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Askar Syria dituduh guna bom berangkai
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Askar Syria dituduh guna bom berangkai
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar