Giliran Obama menang

Written By Unknown on Kamis, 18 Oktober 2012 | 16.40

Presiden AS lebih bersedia balas kecaman Mitt Romney

Washington: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi persembahan agresif untuk menang dalam perbahasan kedua menghadapi pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney, menjelang pilihan raya pada 6 November depan.

Dengan tinggal satu lagi perbahasan, persembahan Obama lebih baik berbanding perdebatan pertama di Denver, Colorado.

Saya rasa persembahan presiden lebih baik malam ini berbanding di Denver," John Pitney, Profesor politik di Kolej Claremont McKenna

"Saya rasa persembahan presiden lebih baik malam ini berbanding di Denver. Ia sengit tetapi saya beri kelebihan kepada Obama," kata profesor politik di Kolej Claremont McKenna, John Pitney.

Bahas 90 minit

Dua minggu lalu, hampir semua penganalisis bersetuju Romney mengatasi Obama yang membosankan dan hambar.

Kali ini, Obama menunjukkan persembahan meyakinkan dalam perbahasan selama 90 minit dengan mengecam pelan Romney memulihkan ekonomi dan menunjukkan reaksi garang kepada kritikan cara beliau menangani serangan ke atas kedutaan Amerika di Libya, bulan lalu.
Sebulat suara pilih Obama

Tinjauan pantas ke atas pemerhati debat oleh stesen televisyen sejam selepas perdebatan kelmarin di Universiti Hofstra memberi kelebihan sebulat suara kepada Obama.

Tinjauan CBS News menunjukkan 37 peratus responden berasa Obama memenangi perdebatan itu, berbanding 30 peratus kepada Romney manakala 33 peratus berpendapat tiada pemenang.

Selain itu, 55 peratus menganggap Obama memberi jawapan yang mengikut soalan manakala 49 peratus beranggapan sama mengenai Romney.

Tinjauan Cable News Network (CNN)/ORC mendapati 46 peratus mengakui Obama menang dan 39 peratus memihak Romney.

Felo kanan Institut Keusahawanan Amerika, Karlyn Bowman, berkata walaupun tiada pemenang mutlak, Obama kembali beraksi. - AFP

INFO: Isu debat kedua
- Pekerjaan dan pengangguran.
- Serangan terhadap kedutaan Amerika di Libya.
- Sektor tenaga.
- Gaji wanita lebih rendah daripada lelaki.
- Cukai.
- Beza pentadbiran Obama dan Bush.
- Mengapa perlu sokong Obama lagi.
- Janji Romney menghukum China isu mata wang.


Anda sedang membaca artikel tentang

Giliran Obama menang

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/giliran-obama-menang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Giliran Obama menang

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Giliran Obama menang

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger