Gencatan senjata sia-sia

Written By Unknown on Kamis, 18 Oktober 2012 | 16.40

Pejuang tiada pimpinan tandatangan perjanjian

Damsyik: Kerajaan Syria menyifatkan desakan wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi, supaya diadakan gencatan senjata selama sehari sebagai sia-sia kerana pejuang pembebasan tidak mempunyai pucuk pimpinan untuk menandatangani perjanjian itu.

Brahimi meminta pegawai Iran menjadi orang tengah perjanjian itu ketika cuti Aidiladha lewat bulan ini.
Tiada pucuk pimpinan

Akhbar Al-Thawra melaporkan halangan terbesar perjanjian itu ialah ketiadaan wakil rasmi untuk menandatanganinya bagi pihak pejuang pembebasan.

Ramai rakyat yang bangun menentang rejim Presiden Bashar al-Assad tidak mempunyai pucuk pimpinan dan mereka tidak berkomunikasi sesama sendiri.

Brahimi tiba di Beirut semalam untuk mengadakan rundingan dengan pegawai Lubnan mengenai cara menyelesaikan krisis itu.
Sementara itu, tentera Syria semalam menyerang kubu pejuang pembebasan di utara negara itu.

Sasar sekatan jalan

"Pesawat tempur menyasarkan sekatan di lebuh raya yang dibuat pejuang pembebasan di Idlib yang menghalang usaha rejim menghantar tentera ke Aleppo, pusat pertempuran sengit sejak tiga bulan lalu," kata pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Serangan awal pagi juga menyasarkan bandar Maaret-al-Numan di Idlib dan kampung berhampiran, yang jatuh ke tangan pejuang pembebasan seminggu lalu ketika meneruskan usaha mewujudkan zon penampan di utara yang bersempadan dengan Turki.

Pertempuran meletus walaupun ketika Brahimi, kelihatan seperti mendapat sokongan kedua-dua pihak untuk mengadakan gencatan senjata ketika cuti empat hari sempena Aidiladha bermula 26 Oktober ini. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Gencatan senjata sia-sia

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/gencatan-senjata-sia-sia.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Gencatan senjata sia-sia

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Gencatan senjata sia-sia

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger