Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran

Written By Unknown on Minggu, 03 Maret 2013 | 16.40

Pemilik tak kesal tapi turunkan notis cetus kontroversi

Beijing: Satu notis di sebuah restoran di Beijing melarang warga negara Jepun, Vietnam dan Filipina serta anjing masuk kerana negara mereka ada pertikaian maritim dengan China, mencetuskan kemarahan penduduk tiga negara berkenaan di laman web.

Restoran 'Beijing Snacks' dekat Bandar Larangan, sebuah destinasi pelancong popular, meletakkan notis itu yang memberitahu 'Kedai ini tidak menerima pelanggan dari Jepun, Filipina, Vietnam dan anjing.'

Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," Wang, Pengurus restoran


Enggan minta maaf

Gambar notis kontroversi itu disiarkan forum bahasa Vietnam dan banyak dilaporkan akhbar Filipina an Vietnam.

Foto notis kontroversi itu banyak diulas forum bahasa Vietnam dan banyak disiarkan akhbar dan laman web Filipina minggu ini.

Pengurus restoran Beijing itu enggan meminta maaf dan tidak kesal meskipun menurunkan notis itu selepas menyedari ia mencetuskan kritikan.
China, Filipina, Vietnam menuntut Kepulauan Spratly di Laut China Selatan manakala Beijing dan Tokyo terbabit dalam pertikaian pulau Senkaku atau Diaoyu di Laut China Timur.

Pengurus restoran yang hanya menggunakan nama Wang berkata, notis itu diturunkan kerana ramai yang bertanya.

"Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," kata Wang.

Kemarahan di internet

Akhbar rasmi Vietnam, Tuoi Tre menyiarkan berita mengatakan notis itu mencetuskan kemarahan penduduk negara itu yang meluahkannya di internet.

Ia mendakwa, ramai penduduk Vietnam merasakannya satu lagi contoh sikap nasionalisme keterlaluan China yang perlu dikutuk.

"Itu bukan menunjukkan sikap patriotik tetapi tindakan bodoh," kata seorang penduduk Vietnam, Sy Van, di laman web akhbar itu. - AFP


Anda sedang membaca artikel tentang

Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/warga-jepun-vietnam-filipina-dilarang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger