Beijing: Perdana Menteri baru China, Li Keqiang, semalam berjanji bekerjasama dengan Presiden Barack Obama untuk membentuk hubungan baru demi keamanan di rantau Asia Pasifik dan berkata perang mulut mengenai pencerobohan siber perlu dihentikan.
Saya rasa kita tidak sepatutnya membuat tuduhan tidak berasas terhadap sesama sendiri" Li Keqiang, Perdana Menteri China
"Kerajaan kami akan bekerjasama dengan pentadbiran Obama untuk membina hubungan baru antara kedua-dua negara. China dan Amerika perlu ada interaksi kukuh di rantau Asia Pasifik dan bermula dari sini kita boleh bergerak membina hubungan baru antara kedua-dua kuasa.
Perbalahan
"Ia juga baik kepada keamanan dan pembangunan di rantau Asia Pasifik dan dunia pada umumnya," kata Li kepada wartawan dalam sidang akhbar pada akhir sesi tahunan Parlimen.
Li juga tidak menyentuh mengenai perbalahan kedua-duanya termasuk program nuklear Korea Utara dan tuntutan China ke atas Laut China Selatan dan Laut China Timur. Beliau juga tidak menyebut mengenai rancangan Amerika yang diumumkan Jumaat lalu untuk meningkatkan pertahanan peluru berpandu sebagai reaksi kepada provokasi tidak bertanggungjawab dan melulu Korea Utara.
Namun, beliau menyentuh secara langsung tuduhan Washington yang China menggodam sistem komputer tentera, kerajaan, korporat dan media Amerika.
Syarikat keselamatan komputer Amerika bulan lalu berkata, unit rahsia China berkemungkinan mendalangi siri pencerobohan kebanyakannya menyasarkan Amerika.
China membalas tuduhan dengan menyatakan ia turut menjadi mangsa pencerobohan komputer.
"Saya rasa kita tidak sepatutnya membuat tuduhan tidak berasas terhadap sesama sendiri, dan memperuntukkan lebih masa membuat perkara lain yang menyumbang kepada keselamatan siber," kata Li.
Menyedari beliau berasa ada anggapan bersalah dalam soalan wartawan, Li berkata keselamatan siber adalah masalah seluruh dunia dan berkata: "China tidak menyokong malah menentang aktiviti seumpama itu."
Obama membangkitkan kebimbangan Amerika mengenai pencerobohan komputer dalam panggilan telefon kepada Presiden Xi Jinping Khamis lalu, hari sama Xi mengambil alih jawatan.
Henti serangan siber
Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Jack Lew, akan menekan China supaya menyiasat dan menghentikan serangan siber ke atas syarikat Amerika dan entiti lain ketika melawat China minggu ini, kata pegawai kanan Amerika Jumaat lalu.
Lew juga akan menekan Beijing untuk membenarkan mata wang China berbanding dolar, dan mendesak mengenai kebimbangan lain seperti peningkatan kemasukan barang Amerika ke dalam pasaran dan perlindungan lebih baik terhadap hak milik intelektual Amerika, kata pegawai. - REUTERS
Anda sedang membaca artikel tentang
Ikrar PM baru China
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/ikrar-pm-baru-china.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Ikrar PM baru China
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar