Cubaan jejas usaha damai

Written By Unknown on Minggu, 31 Maret 2013 | 16.40

Kapten tentera Thai maut, 14 anggota cedera diserang hendap di Narathiwat

Rueso: Seorang askar berpangkat kapten maut dan 14 lagi anggota tentera cedera selepas diserang hendap yang mencetuskan pertempuran lewat tengah hari kelmarin di daerah Rueso.

Serang hendap itu adalah antara beberapa serangan yang berlaku kelmarin, tidak lama selepas perunding kerajaan Thai diketuai ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC), Paradorn Pattanatabut, bertemu dengan wakil pemisah dalam pusingan awal rundingan damai di Kuala Lumpur.

Penyerang meletupkan bom tepi jalan seberat 25 kilogram apabila trak pikap peronda tentera melalui kawasan Moo 7. Pemisah kemudian melepaskan tembakan ke arah trak itu, menyebabkan tembak menembak meletus.


Pegawai keselamatan mengesyaki serang hendap itu dilakukan kumpulan pemisah yang cuba menjejaskan usaha rundingan damai.

Letup bom tepi jalan

Ada penyerang meletupkan bom tepi jalan seberat 25 kilogram apabila trak pikap peronda tentera melalui kawasan Moo 7. Pemisah kemudian melepaskan tembakan ke arah trak itu, menyebabkan tembak menembak meletus.

Penyerang kemudian lari apabila unit sokongan tentera tiba di tempat kejadian. Komander peronda, Siwat Sripujyo, maut dan 14 lagi anggotanya cedera. Mereka dihantar ke Hospital Rueso.
Seorang askar yang cedera berjaya meminta bantuan ketika penyerang muncul dari hutan berhampiran dan mula menembak ke arah mereka. Tembak menembak berlanjutan 10 minit sebelum pemisah lari.

Sementara itu, Paradorn berkata, pemimpin kumpulan pemisah mempunyai masa sebulan untuk membuktikan kepada kerajaan mereka boleh mengawal anggota dengan mengarahkan mereka berhenti menembak penduduk awam.

Beliau melaporkan hasil pusingan pertama rundingan damai kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, kelmarin.

Kerajaan Thai berharap wakil Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) boleh menunjukkan mereka boleh mengawal keadaan di wilayah selatan negara itu.

Pusingan seterusnya dijadualkan pada 29 April depan di Kuala Lumpur. Tempoh masa dari sekarang hingga hari kedua-dua pihak bertemu lagi akan menjadi ujian untuk melihat sama ada BRN boleh menamatkan serangan ganas ke atas penduduk awam, kata Paradorn. - AGENSI

INFO: Kronologi serang hendap
- Penyerang tembak 15 peronda tentera
- Guna bom seberat 25 kilogram
- Tembak menembak berlaku 10 minit
- Penyerang lari selepas tentera tambahan tiba


Anda sedang membaca artikel tentang

Cubaan jejas usaha damai

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/cubaan-jejas-usaha-damai.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Cubaan jejas usaha damai

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Cubaan jejas usaha damai

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger