Cadangan pindaan kanun acara jenayah itu mengandungi 766 fasal memperincikan hukuman bagi semua kesalahan, daripada mencuri secara kecil-kecilan hingga membunuh tanpa niat.
Hukuman denda boleh dinaikkan jika pengamal ilmu hitam menyihir orang lain bagi mendapat bayaran. Mereka yang mendakwa mempunyai kuasa ilmu hitam juga dianggap melakukan kesalahan.
Hukuman lebih berat
Undang-undang lebih berat turut dicadangkan kepada kesalahan yang sebelum ini dianggap ringan seperti bersekedudukan tanpa nikah yang bakal dikenakan hukuman setahun penjara, sama seperti hukuman bagi kesalahan pelacuran.
Sumber Kementerian Kehakiman menyatakan dokumen pindaan setebal 500 halaman itu diserahkan kepada Dewan Perwakilan Rabu lalu, untuk dibahas dan diluluskan sebelum dijadikan undang-undang.
Pengarah Institut Bantuan Guaman Jakarta, Febionista, berkata perubahan itu sukar dilaksanakan kerana bertentangan dengan komitmen antarabangsa kerajaan kepada hak asasi manusia.
Ia petunjuk mengenai Islam kian memainkan peranan penting dalam politik Indonesia dan lebih banyak perundangan berasaskan agama akan digunakan pada masa depan, katanya.
Halang kebebasan bersuara
Beliau turut merujuk undang-undang murtad dan penyebaran fitnah yang dikatakan membahayakan kebebasan bersuara dan undang-undang melarang ilmu hitam, mungkin disalah anggap dengan amalan tradisi.
Rangkaian pertubuhan sosial menjangkakan pelan itu akan mencetuskan perbahasan hangat.
Tokoh lain seperti pegawai Institut Sokongan dan Penyelidikan Dasar Indonesia, Zainaul Abidin, bersetuju kanun itu perlu disemak tetapi tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
AGENSI
Anda sedang membaca artikel tentang
Akta cetus kontroversi
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/akta-cetus-kontroversi.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Akta cetus kontroversi
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar