Idi Rayeuk: Nelayan Indonesia menyelamatkan 63 etnik Rohingya dari Myanmar selepas kapal yang turut membawa 23 kanak-kanak didapati hanyut di luar pantai timur pulau Sumatera dekat wilayah Aceh.
"Apa yang kami tahu mereka dari Myanmar. Kami tidak tahu dari mana bot belayar oleh kerana mereka terlalu letih dan lapar untuk ditemuramah dan kami sukar berkomunikasi," kata Muhajir.
Tuntut suaka
Penuntut suaka itu ditahan di pejabat imigresen di bandar berhampiran Langsa dan kemungkinan dipindahkan ke sebuah pusat tahanan, kata Muhajir.
Nelayan di Sumatera menyelamatkan 121 etnik Rohingya Selasa lalu dengan seorang mendakwa pihak berkuasa Thailand melepaskan tembakan ke arah mereka dan mengambil makanan serta bekalan makanan untuk mensabotaj bot oleh kerana mereka menyeberang perairan negara itu.
Pihak berkuasa Thailand mengenakan tindakan keras ke atas pelarian Rohingya yang memasuki negara itu, menghantar sebuah bot membawa 200 etnik Rohingya di perairan mereka Januari lalu ke negara ketiga.
"Mempertimbangkan suasana di Myanmar dan Thailand, kami jangka lebih ramai etnik Rohingya ada dalam bot itu," kata Muhajir.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Rohingya, kumpulan etnik Islam tanpa negara adalah antara minoriti paling tertindas di dunia.
Tetapi, Yangon menganggap 800,000 etnik Rohingya sebagai pendatang haram Bangladesh, menolak mereka sebagai warga negara Myanmar. - AFP
Anda sedang membaca artikel tentang
63 pelarian diselamat
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/63-pelarian-diselamat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
63 pelarian diselamat
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar