Ini menunjukkan bahawa tanda utama penyakit jantung mungkin sebahagian daripada faktor penuaan bukannya terlalu banyak ambil makanan segera seperti 'Big Mac'.
"Kes ini juga adalah keadaan penduduk purba sebelum dunia moden dan mungkin ia adalah sebahagian daripada penuaan," kata seorang profesor gerontologi di Universiti Southern California, Caleb Finch yang juga penulis kanan kajian.
Klasifikasi vaskular Mumia berkenaan termasuk individu budaya prasejarah purba Peru, penduduk Pribumi Amerika di sepanjang Sungai Colorad0, orang Unangan di Kepulauan Aleutian antara Alaska dan Siberia dan individu yang tinggal ketika era Mesir purba.
Secara keseluruhan, pasukan itu menemui petanda atherosclerosis dalam 34 peratus mumia yang dikaji.
"Bagi mumia berusia lebih 40 tahun separuh daripada mereka memiliki masalah vaskular," kata Dr Randall Thompson dari Institut Jantung Saint Luke, di Kansas City yang mengetuai kajian.
Pengerasan arteri
"Memandangkan kita tidak dapat melihat semua arteri dalam mana-mana mumia, itu adalah faktor bersama yang agak tinggi," katanya.
Penemuan ini bukanlah bukti pertama bahawa atherosclerosis berlaku dalam masyarakat purba. REUTERS
Anda sedang membaca artikel tentang
137 mumia imbas CT
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2013/03/137-mumia-imbas-ct.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
137 mumia imbas CT
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar