Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

China benar peronda usir kapal asing

Written By Unknown on Jumat, 30 November 2012 | 16.40

Langkah terbaru negara Tembok Besar tonjol kuasa di kawasan tuntutan

Beijing: China memberikan hak kepada polis peronda sempadannya untuk menaiki dan mengusir kapal asing yang memasuki perairan rebutan di Laut China Selatan, lapor media semalam, ketika pertikaian itu semakin memuncak.

Tindakan itu dibuat selepas Beijing menaikkan kemarahan jirannya dengan mengeluarkan pasport baru mengandungi peta menunjukkan tuntutannya terhadap hampir keseluruhan Laut China Selatan. Vietnam dan Filipina enggan mengiktiraf dokumen itu.

Kami terus meminta mereka menghormati kedaulatan kami dan kami meminta mereka segera mengundurkan kapal mereka seperti dipersetujui" - Albert del Rosario, Menteri Luar Filipina


Lulus peraturan baru

Wilayah Hainan di selatan China meluluskan peraturan baru minggu ini membenarkan polis menaiki, merampas dan mengusir kapal asing yang memasuki kawasan laut wilayah itu secara haram, lapor Global Times.

Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei, ketika ditanya mengenai peraturan baru itu, berkata ia adalah hak sah sebuah negara berdaulat untuk melakukan pengurusan maritim.

Hainan mentadbir sekitar dua juta kilometer persegi lautan termasuk kepulauan Spratly yang juga dituntut secara keseluruhan atau sebahagian oleh Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan.
China belum alih kapal

Sementara itu di MANILA, Filipina masih meminta China mengundurkan tiga kapalnya dari beting yang menjadi rebutan di Laut China Selatan hampir enam bulan selepas ia berjanji untuk berbuat demikian, kata Menteri Luar semalam.

Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario, berkata walaupun Filipin sudah mengundurkan kapal dari Beting Scarborough pada 4 Jun lalu, seperti dipersetujui kedua-dua negara, tiga kapal China masih ada di kawasan itu.

" Kami berterusan meminta mereka menghormati kedaulatan kami dan kami meminta mereka mengundurkan segera kapal mereka seperti dipersetujui," katanya. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Mursi janji batal kuasa

Tindakan diharap dapat kurangkan kemarahan rakyat

KAHERAH: Sebuah jawatankuasa ditubuhkan semalam, untuk mengundi draf baru Perlembagaan Mesir, ketika bantahan semakin memuncak berikutan tindakan Presiden Mohamed Mursi (kanan) memberikan lebih kuasa kepada dirinya.

Mursi menegaskan di dalam temubual dengan sebuah majalah kelmarin, beliau akan membatalkan kuasa yang menjadi kontroversi itu sebaik sahaja Perlembagaan baru berkuatkuasa, sambil berharap dapat meredakan kemarahan rakyat yang menyangka peranan mereka dalam kebangkitan hampir dua tahun lalu akan membawa era baru demokrasi.


Mursi menyangkal kritikan berhubung cengkaman kuasa itu dan berkata, bantahan di Kaherah sebenarnya petanda positif Mesir berada dalam laluan ke arah demokrasi selepas menumbangkan diktator Hosni Mubarak pada Februari 2011.

Wujudkan Perlembagaan

"Pentas politik dunia sangat sukar. Bukan mudah untuk berada di atasnya. Jika kita sudah ada Perlembagaan, semua yang saya kata atau lakukan minggu lepas akan berakhir.
"Saya harap, apabila kami sudah ada Perlembagaan, apa yang saya keluarkan akan terhenti serta merta," kata Mursi yang menang dalam pilihan raya Jun lalu, dalam temubual dengan majalah Time.

Kenyataan Mursi itu berbentuk rayuan kepada masyarakat antarabangsa supaya bersabar selepas keputusan memberikan lebih kuasa kepadanya sehingga Perlembagaan baru disahkan dalam pungutan suara.

Ditanya mengenai amaran pengkritik beliau mahu menjadi Firaun baru, Mursi mengulangi, "Firaun baru?" dengan rasa tidak percaya sebelum ketawa besar.

"Mampukah saya? Saya menderita, secara peribadi," katanya.

Pemimpin itu minggu lalu memberikan tambahan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas itu.

Namun, apabila mahkamah tinggi turut melancarkan mogok berikutan keputusan Mursi, panel itu menyimpulkan pertimbangan dan bersedia untuk undian di kalangan anggota, kata ketuanya, Ahmed Darrag.

Agensi berita MENA melaporkan panel itu mengundi mengenai draf berkenaan pagi semalam. Kemudian akan diadakan pungutan suara.

Ketua panel, Hossam al-Gheriani, menggesa puak liberal, kumpulan berhaluan kiri dan penganut Kristian yang menarik diri supaya kembali dan menyelesaikan perbincangan itu semalam.

"Esok pasti hari yang hebat," katanya.

Langkah mengejutkan itu berlaku ketika perbalahan mendalam berhubung perhimpunan merangka Perlembagaan, yang dituduh pengkritik tidak mewakili semua rakyat Mesir. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

10 kanak-kanak maut serangan tentera Syria

Written By Unknown on Selasa, 27 November 2012 | 16.40

Amman: Serangan udara kerajaan Syria ke atas perkampungan dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik mengorbankan 10 kanak-kanak yang bermain di luar rumah, kelmarin kata aktivis pembangkang.

Kumpulan kanak-kanak terbabit keluar selepas keadaan pertempuran reda di Deir al-Asafir, sebuah perkampungan di timur Damsyik, apabila jet pejuang menyerang, kata aktivis dan penduduk.

Rakaman video diambil aktivis menunjukkan mayat dua kanak-kanak perempuan, seorang memakai baju ungu, seorang lagi merah, di atas jalan di perkampungan itu dengan kecederaan pada leher dan kepala. Seorang wanita yang menangis mengangkat seorang daripada kanak-kanak itu dan memeluknya tubuh anaknya yang terkulai itu.

Dua lagi budak lelaki yang maut, terkena tembakan di kepala dan muka, ditunjukkan di tempat duduk belakang sebuah kereta. Lelaki mengangkat mayat dua kanak-kanak lain sementara satu lagi mayat terbaring berhampiran roda hadapan sebuah kenderaan. - Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Kuasa Mursi dicabar

Mahkamah tentukan bicara 4 Disember

Kaherah: Mahkamah pentadbiran menetapkan perbicaraan pertama pada 4 Disember ini dalam kes mencabar perintah kuasa Presiden Muhammad Mursi yang memberikan lebih kuasa kepadanya, kata mahkamah dalam satu kenyataan semalam.

Kes berkenaan dibawa oleh peguam dan aktivis, kata sumber mahkamah. Langkah lain yang dibuat Mursi dicabar di mahkamah ketika peralihan penuh gelora Mesir, dan kadang-kadang pelbagai cabaran dibuat berhubung tindakannya.

Mursi bertemu dengan hakim kanan semalam untuk cuba menenangkan krisis berhubung tindakannya meluaskan kuasa yang mencetuskan bantahan ganas menyamai revolusi tahun lalu.

Pasaran saham Mesir menjunam kelmarin pada hari pertama dibuka sejak Mursi mengeluarkan perintah kuasa Khamis lalu untuk meluaskan kuasanya buat sementara dan melindungi keputusan itu daripada tindakan perundangan, mengundang tuduhan beliau bertindak seperti diktator baru.

Lebih 500 orang cedera

Lebih 500 orang cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan yang bimbang dengan matlamat pergerakan Ikhwanul Muslimin untuk menguasai era pasca Hosni Mubarak selepas memenangi pilihan raya presiden dan Parlimen demokratik pertama Mesir tahun ini.
Seorang anggota pergerakan itu terbunuh dan 60 lagi cedera kelmarin dalam serangan ke atas pejabat utama Ikhwanul Muslimin di Delta Nil di Damanhour, menurut laman web Parti Kebebasan dan Keadilan pergerakan itu.

Pihak berkuasa perundangan tertinggi Mesir membayangkan untuk bertolak ansur bagi mengelakkan pertelingkahan berlanjutan walaupun pembangkang Mursi mahu beliau membatalkan sepenuhnya perintah kuasa itu yang dilihat sebagai bahaya kepada demokrasi.

Majlis Kehakiman Agung berkata, perintah kuasa Mursi perlu dikenakan hanya kepada masalah kedaulatan, menyatakan ia tidak menolak deklarasi itu secara terang dan menggesa hakim dan pendakwa, sebahagiannya yang memulakan mogok kelmarin, supaya kembali bekerja.

Beri jaminan

Pejabat Mursi berulang kali memberi jaminan langkah itu bersifat sementara, dan berkata beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari persefahaman berhubung apa perlu diisi dalam Perlembagaan Mesir, antara isu yang menjadi punca krisis.

Profesor sains politik di Universiti Kaherah, Hassan Nafaa, melihat usaha oleh presiden dan badan perundangan untuk menyelesaikan krisis itu tetapi menambah kenyataan mereka kabur.

"Keadaan kini menuju ke arah lebih bermasalah," katanya.

Pasaran saham kelmarin jatuh hampir 10 peratus dihentikan oleh sekatan automatik, adalah yang terburuk sejak kebangkitan yang menyingkirkan Mubarak pada Februari 2011. - Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Hamas tetap simpan senjata

Written By Unknown on Senin, 26 November 2012 | 16.40

Kaherah: Hamas akan terus mengumpul senjata kerana rundingan saja tidak akan menyebabkan Israel bertolak ansur, kata pemimpin nombor dua pergerakan itu.

Moussa Abu Marzouk memberi pandangan itu tiga hari selepas pertempuran terburuk Israel-Hamas dalam masa empat tahun dan memberi petunjuk masalah yang menanti rundingan kedua-dua pihak bermusuhan itu mengenai perjanjian sempadan baru.

Hamas menuntut Israel dan Mesir menarik balik semua sekatan ke atas pergerakan barangan dan penduduk untuk masuk dan keluar dari wilayah itu yang dikenakan sejak pergerakan itu menguasai Gaza pada 2007. Sekatan dilonggarkan sejak beberapa tahun ini tetapi tidak cukup untuk membolehkan ekonomi Gaza berkembang.

Pegawai keselamatan Israel berkata minggu ini negaranya berkemungkinan mengaitkan kelonggaran ketara sekatan dengan kesediaan Hamas berhenti menyeludup senjata ke Gaza dan menghasilkannya di sana.

Abu Marzouk berkata, kumpulan itu tidak akan meletak senjata sambil menegaskan sejarah menunjukkan rundingan dengan Israel tidak membawa sebarang makna kecuali disokong dengan kekuatan senjata.

Kami tidak mungkin meletak senjata. Ia melindungi kami dan tiada cara untuk berhenti memiliki dan menghasilkannya, kata Abu Marzouk di pejabatnya di luar Kaherah.

Piagam Hamas menggesa Israel dimusnahkan tetapi pemimpin kumpulan itu berkata mereka sedia melakukan gencatan senjata jangka panjang dengan negara Yahudi itu. Pergerakan itu juga dipercayai memiliki beribu-ribu roket sejak serangan terakhir Israel di Gaza empat tahun lalu. Hamas menyeludup senjata menerusi terowong di bawah sempadan dengan Mesir, tetapi juga mendakwa mampu mengeluarkan roket jarak jauh.

Dalam pertempuran terbaru, Hamas menggunakan roket Fajr-5 buatan Iran yang tiba hampir sampai di pusat tumpuan Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitulmaqdis buat kali pertama. Pesawat tempur Israel membedil kawasan terowong ketika serangan untuk mengganggu usaha penyeludupan dan pengendali terowong melaporkan kerosakan serius.

Tetapi, berdasarkan apa yang berlaku pada masa lalu, ia berjaya dipulihkan segera.

Hamas biasanya mengelak daripada mengakui mendapat sokongan senjata Iran tetapi sejak kebelakangan ini pegawai kanan dalam kumpulan itu berterima kasih secara terbuka kepada Tehran.

Tokoh kanan Gaza, Mahmoud Zahar, memberitahu wartawan kelmarin, beliau yakin Iran akan menambah sokongan tentera dan kewangan kepada Hamas dan Jihad Islam.

Iran dan seteru serantaunya, negara berfahaman Sunnah di Teluk, bersaing untuk menarik Hamas memihak kepada mereka. Pemimpin tertinggi Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal, berada di Qatar, yang menjanjikan bantuan beratus juta dolar untuk membina semula Gaza.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

112 maut kilang kain terbakar

Dhaka: Sekurang-kurangnya 112 terbunuh semalam dalam kebakaran yang berlaku di kilang kain di luar ibu negara Bangladesh.

Kebakaran itu membabitkan sebuah bangunan kilang tujuh tingkat dikendalikan Tazreen Fashions, lewat kelmarin.

Anggota bomba sudah menemui lebih 100 mayat, kata Pengarah Operasi Jabatan Bomba, Mejar Mohammad Mahbub.

Beliau berkata, 12 lagi yang cedera selepas melompat daripada bangunan itu untuk menyelamatkan diri, meninggal dunia di hospital.

Angka kematian mungkin meningkat kerana usaha mencari mangsa diteruskan, katanya.

Media tempatan melaporkan 124 menemui ajal dan punca kebakaran belum diketahui.

Mahbub berkata, anggota tentera dan pengawal sempadan dikerah membantu polis mengawal keadaan ketika beribu-ribu anggota keluarga mangsa berkumpul di tempat kejadian.
Beliau tidak menyebut berapa ramai yang masih hilang.

Pengarah Urusan kilang itu, Delowar Hossain, berkata 300 pekerja berada dalam bangunan ketika kejadian.

Ramai pekerja yang lari ke bumbung dapat diselamatkan tetapi anggota bomba tidak dapat masuk ke dalam bangunan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Mahbub berkata, kebakaran bermula di tingkat bawah membabitkan kawasan simpanan sebelum menjalar dengan pantas ke tingkat atas.

AP/Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Artis Bollywood hadapi masalah berat badan

Written By Unknown on Minggu, 25 November 2012 | 16.40

Mumbai: Beberapa pelakon Bollywood terkenal kini menjadi sasaran kritikan media dan peminat berikutan masalah berat badan berlebihan yang mereka alami, kebanyakannya selepas mendirikan rumah tangga.

Pelakon Aishwarya Rai, 39, adalah aktres yang menjadi topik perbincangan paling hangat berikutan pertambahan berat badan yang amat ketara selepas melahirkan anak pertamanya Aradhiya.

Namun ketika pelakon itu semakin berjaya mendapat bentuk badan lebih menarik, media mula mengkritik suaminya Abhishek Bachchan, 36, yang bertambah gemuk manakala perutnya semakin buncit.

Laporan menyatakan pengarah Ram Gopal Verma sedang berusaha keras memastikan Abhishek menurunkan berat badan sebelum berlakon dalam bahagian ketiga filem Sarkar.

Pelakon Sanjay Dutt 53, pula menjadi bahan jenaka media Bollywood berikutan bentuk badannya yang semakin besar selepas berkahwin dengan kekasihnya Manayata dan mendapat sepasang anak kembar.

Khabar angin bertiup di Bollywood menyatakan bahawa pelakon itu pernah menjalani pembedahan membuang lemak dan menegangkan kulit muka, tetapi penampilannya dalam filem Son of Sardar terus mengejutkan peminatnya.

Dutt nampaknya amat gembira dengan perkahwinannya dan tidak lagi mengambil berat mengenai bentuk tubuhnya yang semakin gemuk, tambahan pula Manayata memang suka memasak, kata seorang rakannya yang dipetik laman web emirate.com Namun beliau berkata Dutt sudah menyedari masalahnya dan kini mengamalkan diet rendah kalori untuk kembali kepada bentuk badan sebelum ini.

Pelakon Rani Mukherjee, 34, sejak sekian lama diketahui menghadapi masalah berat badan yang sering turun naik.

Dia dikritik hebat kerana keadaan perutnya yang semakin buncit, di dalam filem terbarunya Aiyyaa yang gagal menduduki senarai pecah panggung.
Peminat Rani mula mengirim mesej di Twitter meminta pelakon itu mencari jalan mengurangkan berat badannya.

Malah seorang peminatnya dengan berani menyatakan bahawa tiga punca kegagalan filem Aiyyaa itu ialah pelakon hero iaitu Prithviraj, Rani dan perutnya.
Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Banyak pakaian mewah guna bahan kimia

Beijing: Dua pertiga daripada pakaian mewah yang diuji dalam satu kajian oleh aktivis pencinta alam sekitar Greenpeace mengandungi bahan kimia berbahaya, kata kumpulan itu.

Kumpulan itu menggesa jenama fesyen supaya mematuhi peraturan tidak menggunakan bahan kimia beracun menjelang 2020. Ia juga meminta pembekal mendedahkan mana-mana bahan kimia toksik yang mereka buang ke persekitaran.

Greenpeace berkata, siasatannya menguji 141 pakaian daripada 20 jenama fesyen global dibeli di 29 negara dan rantau ini April tahun ini untuk bahan kimia yang mungkin membahayakan alam sekitar atau kesihatan manusia.

Pakaian itu dibuat di sekurang-kurangnya 18 negara, kebanyakannya di negara membangun. Sampel diuji termasuk jeans, seluar panjang, baju-t, gaun dan seluar dalam, katanya.

Ujian mendapati 89 pakaian mengandungi tahap boleh dikesan nonylphenol ethoxylates (NPEs), bahan kimia yang boleh mengganggu hormon.

Walaupun dengan kuantiti kecil terkumpul bahan sebatian seperti NPE dalam barangan pakaian individu, yang dibenarkan mengikut undang-undang, masih merosakkan, kata kumpulan dalam laporannya.

Pada pertunjukan fesyen di sini, seorang model berpakaian seluar cetakan harimau bintang membawa beg intravena (IV) dipenuhi cecair berwarna jingga, sementara seorang lagi memakai bengkung gading gajah dengan pendakap leher yang terkeluar dan topeng muka.
Seorang model lain memakai bedak hitam di sekeliling matanya seolah-olah seperti lebam bergaya ganas dengan tangannya diikat pada anduh.

Jenama fesyen utama menukar kita semua kepada mangsa fesyen dengan menjual pakaian yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang menyumbang kepada pencemaran air toksik di seluruh dunia, kedua-duanya apabila ia dibuat dan dibasuh, kata Li Yifang, juru kempen kanan toksik untuk Greenpeace Asia Timur, dalam satu kenyataan.

Laporan itu, bertajuk: Toxic Threads: The Big Fashion Stitch-Up, juga berkata paras tinggi toksik phthalates ditemui dalam empat produk dan amine (dari ammonia) penyebab kanser daripada penggunaan pewarna azo ditemui dalam dua produk.
Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Israel tak puas hati gencatan senjata: Kajian

Written By Unknown on Sabtu, 24 November 2012 | 16.40

Baitulmaqdis: Satu kajian pendapat menunjukkan bahawa hampir separuh penduduk Israel berpendapat bahawa kerajaan mereka perlu meneruskan serangan tentera terhadap militan Palestin di Gaza yang diperintah Hamas.

Kajian bebas institut penyelidikan Maagar Mohot disiarkan semalam menunjukkan bahawa 49 peratus respondan berpendapat bahawa Israel perlu meneruskan serangan balas selepas bedilan roket terhadap Israel.

"Bagaimanapun, kajian mendapati sebanyak 31 peratus rakyat Israel menyokong keputusan kerajaan untuk menghentikan tindakan ketenteraan manakala 20 peratus lagi tidak menyatakan pendapat mereka," kata institut itu dalam satu kenyataan.

503 respondan terbabit

Sebanyak 29 peratus responden berpendapat Israel perlu menghantar tentera darat untuk menyerang Gaza. Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata dua hari lalu.

Kajian terhadap 503 respondan itu memiliki 4.5 peratusan mata margin kesalahan.

Netanyahu hilang sokongan
Kajian sama juga menunjukkan bahawa parti Likud Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan rakan mereka dalam pilihan raya Israel, Beiteinu kehilangan sokongan tetapi sekutu mereka masih mampu untuk membentuk kerajaan seterusnya pada pilihan raya 22 Januari.

Rasa tidak puas hati terhadap gencatan senjata yang dipersetujui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Hamas di Gaza menyebabkan beliau hilang sokongan sebelum pilihan raya Januari ini tetapi dilihat masih mampu untuk menang, kata kajian semalam.

Kajian akhbar Israel

Kajian oleh akhbar Maariv Israel yang pertama sejak gencatan senjata dipersetujui kelmarin mengatakan bahawa parti Netanyahu dan Menteri Luar, Avigdor Lieberman, Likud Beitenu akan meraih 37 daripada 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya 20 Januari.

Satu kajian pendapat dibuat sebelum konflik lapan hari menunjukkan bahawa mereka bakal memenangi 43 kerusi. - AP/Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Mursi cetus kontroversi

Perintah baru diramal semarak perpecahan politik Mesir

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar) mencetuskan kontroversi semalam apabila beliau mengeluarkan satu perintah berkemungkinan besar akan menyebabkan perbicaraan semula Bekas Presiden, Hosni Mubarak dan pembantunya.

Selain perintah mengarahkan perbicaraan pegawai era Mubarak yang bertanggungjawab terhadap keganasan ketika kebangkitan menentang pemerintahan beliau, perintah terbabit dilindungi daripada tindakan perundangan perhimpunan dikuasai puak Islamis yang menulis perlembagaan baru Mesir.

Ia memberikan perlindungan yang sama terhadap dewan tinggi parlimen yang dikuasai sekutu Mursi dan memberikan kuasa baru presiden yang membenarkan beliau memecat ketua pendakwa era Mubarak dan melantik pendakwa baru.

Ia menyebut bahawa semua keputusan diambil Mursi sehingga pemilihan presiden baru dikecualikan daripada tindakan perundangan.

Melindungi revolusi

Perintah berkenaan yang dikeluarkan sebagai langkah untuk melindungi revolusi, mendapat pujian daripada sekutu Mursi tetapi menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk Mesir berfikiran sekular Ikhwanul Muslimin dan sekutunya bertujuan mendominasi Mesir baru.

Ia dilihat akan menyebabkan perpecahan besar sama seperti yang berlaku ketika era Mubarak.
"Keputusan ini akan menyemarakkan perpecahan di dalam politik Mesir dan akan lebih menyukarkan memulihkan pertumbuhan ekonomi," kata seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, Mustapha Kamal Al-Sayyid.

Ahli politik liberal, Mohamed ElBaradei di dalam akaun Twitter beliau berkata bahawa Mursi merampas semua kuasa negara dan melantik dirinya sebagai firaun Mesir yang baru."

Bagaimanapun, jurucakap bagi Ikhwan Muslimin, Mahmoud Ghozlan menyifatkan langkah terbabit sebagai satu revolusi dan popular.

Hapus ketidakpastian

Perintah berkenaan akan menghapuskan sebarang ketidakpastian yang masih menjadi tanda tanya mengenai nasib dewan perhimpunan yang menulis perlembagaan.

Badan berkenaan berhadapan dengan cabaran daripada plaintif yang mempertikaikan kesahihannya. - Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Taliban Pakistan mahu balas dendam

Written By Unknown on Jumat, 23 November 2012 | 16.40

Islamabad: Pergerakan Taliban Pakistan mengancam menyerang sasaran India bagi membalas dendam terhadap hukuman bunuh ka atas Mohammad Ajmal Kasab, yang terselamat dalam serangan di Mumbai pada 2008.

Kasab digantung secara rahsia kelmarin berikutan masalah sensitiviti politik selepas serangan pada 26 November 2008 itu yang masih menjejaskan hubungan antara kedua negara kuasa nuklear itu.

Kami memutuskan untuk menyasarkan India bagi membalas dendam pembunuhan Ajmal Kasab, kata jurucakap Taliban, Ehsanullah Ehsan melalui telefon dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Ehsan menuntut supaya India memulangkan mayat Kasab.

Jika mereka tidak mengembalikan mayat Kasab kepada kami atau keluarganya, kami akan menangkap rakyat India dan tidak akan memulangkan mayat mereka, katanya sambil menambah bahawa Taliban juga akan menyerang sasaran India di mana-mana saja.

Taliban yang dikaitkan dengan al-Qaeda dilihat satu daripada ancaman keselamatan terbesar Pakistan dan dipersalahkan dalam beberapa pengeboman bunuh diri di seluruh negara. Mereka tidak menjalankan serangan besar di luar negara.

Kasab didakwa dengan 86 kesalahan termasuk membunuh dan melancarkan perang terhadap India, dalam kertas dakwaan yang dikatakan melebihi 11,000 muka surat.
Ia adalah kali pertama pelaksanaan hukuman bunuh dijalankan di India sejak 2004. Hukuman itu diraikan di kebanyakan penduduk di Mumbai dan bandar raya lain sebaik saja berita pelaksanaannya tersebar tetapi kumpulan militan di Pakistan bertindak marah seperti juga penduduk di kampung halaman mangsa, Faridkot.

Penduduk memasang bunga api dan memberikan manisan di kebanyakan bandaraya di India. Beberapa orang lain turut membawa gambar Kasab yang diletakkan tali gantung di kepalanya.
Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

PBB, AS sambut baik gencatan senjata

Washington: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan kuasa dunia menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Hamas kelmarin dan berterima kasih kepada kerajaan baru Mesir di atas kejayaan pusingan pertama di pentas diplomatik.

Kuasa dunia lega dengan perjanjian itu yang menawarkan sekurang-kurangnya penangguhan sementara daripada pertumpahan darah di Gaza dan selatan Israel, tetapi terhutang budi kepada Presiden Mohamed Morsi, yang muncul daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Presiden Barack Obama, yang terpilih semula bulan ini selepas penggal pertama, mengetuai pemimpin dunia mengucapkan tahniah di atas usaha Morsi itu.Morsi, anggota tertinggi Ikhwanul Muslimin, dipilih Jun lalu dalam pilihan raya pertama Mesir sejak kebangkitan rakyat yang menjatuhkan pemimpin sekular, Hosni Mubarak.

Beliau keluar daripada parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai Ikhwanul Muslimin dan berjanji mewakili semua rakyat Mesir tetapi tindakan beliau menimbulkan kebimbangan mengenai perjanjian damai Kaherah dengan Israel dan hubungannya dengan Hamas.

Ketika krisis besar pertama pemerintahannya, Morsi dipuji sebagai pencetus damai, bekerjasama dengan pegawai Amerika untuk mengatur gencatan senjata.

Presiden berterima kasih kepada Presiden Morsi kerana usahanya untuk mencapai gencatan senjata dan kerana kepemimpinan peribadinya dalam merundingkan cadangan gencatan senjata, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.
Obama turut menegaskan mengenai hubungan rapat antara Washington dan Kaherah, kata Rumah Putih, sambil menambah kedua-dua pemimpin bersetuju dengan kepentingan bekerjasama ke arah penyelesaian lebih tahan lama di Gaza.

AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Lelaki enggan jual 'batu burung Ababil'

Written By Unknown on Minggu, 18 November 2012 | 16.40

Riyadh: Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.

Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram, sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
16.40 | 0 komentar | Read More

Israel cuba bunuh PM Palestin

Gaza: Israel cuba membunuh Perdana Menteri Palestin daripada pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh semalam pada hari ke-4 serangan udara di Gaza dengan membedil pejabatnya dan Kementerian Dalam Negeri.

Haniyeh tidak berada di pejabatnya ketika serangan menyasarkan pegawai kanan Hamas, Abu Hassan Salah menyebabkan rumah tiga tingkat miliknya musnah sama sekali.

Seramai 30 orang ditarik keluar daripada runtuhan kediaman berkenaan ketika laporan menyatakan Israel mengerah 75,000 askar simpanan untuk mengambil bahagian dalam kemungkinan menawan Gaza.

Petanda semakin kukuh bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu melancarkan serangan di Gaza selepas tenteranya mengumumkan semua orang awam dilarang menggunakan lebuh raya menuju wilayah Palestin itu dan dua jalan raya di sempadannya.

Seramai 1.7 juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dilaporkan sebagai penjara terbesar dunia.

Kereta kebal dan senjata lain sudah dilihat di zon sempadan dengan 16,000 askar simpanan sudah bersiap sedia bertugas.

Tentera Israel memberitahu, 367 roket dilancarkan dari Gaza sejak Rabu lalu dan 222 lagi dipintas sistem anti peluru berpandunya yang digelar Iron Dome.
Pegawai di Gaza berkata, 41 warga Palestin terbunuh, 20 adalah orang awam termasuk lapan kanak-kanak dan seorang wanita hamil sejak Israel melancarkan serangan empat hari lalu.

Khamis lalu, tiga orang awam Israel maut disebabkan serangan roket Palestin.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Netanyahu bagi membincangkan langkah memberhentikan keganasan, kata Rumah Putih.

Obama menekankan sekali lagi sokongan Amerika kepada Israel untuk mempertahankan diri selain menyuarakan rasa kesal atas kematian orang awam Yahudi dan Palestin.

Wartawan tentera radio Israel berkata, ibu pejabat tentera mengarahkan pihak berkuasa perbandaran melakukan persiapan kerana pertempuran boleh mengambil masa tujuh minggu.

Perang terakhir di Gaza membabitkan serangan udara Israel selama tiga minggu pada 2008-2009.

Kempen itu menyebabkan lebih 1,400 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dijangka mengunjungi Mesir dan Israel minggu depan bagi menggesa pertempuran dihentikan.
Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

PM Jepun bubar Parlimen

Written By Unknown on Sabtu, 17 November 2012 | 16.40

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda membubarkan Dewan Rakyat semalam, memberi laluan bagi pilihan raya pada 16 Disember depan.

Keputusan beliau dilihat akan memberi peluang kepada kerajaan campuran baru yang lemah untuk menyelesaikan masalah Jepun.

Jika parti Noda gagal menang, negara yang sedang dilanda masalah ekonomi itu akan mendapat perdana menteri ketujuh dalam tempoh tujuh tahun.

Banzai! Banzai! Banzai! jerit 480 ahli parlimen di Dewan Rakyat, sambil mengangkat tangan selepas speaker dewan membacakan perisytiharan oleh Maharaja Akhihito.

Parti Liberal Demokratik yang mengetuai banyak kerajaan pada era selepas Perang Dunia Kedua berada dalam kedudukan terbaik untuk mengambil alih.
Tarikh pilihan raya kali ini dilihat sebagai tidak memberi peluang kepada kebanyakan pencabar konservatif, termasuk bekas Datuk Bandar Tokyo, Shintaro Ishihara, mengumpul sokongan.

Kempen pilihan raya dijangka bermula 4 Disember dan pemimpin bersedia untuk memulakan kempen.
Apa yang penting dalam pilihan raya akan datang ialah sama ada masa depan Jepun akan terus ke hadapan atau sebaliknya, kata Noda kepada pemimpin Parti Demokratik Jepun yang lain mengenai undian terbaru.

Ia akan menjadi pilihan raya penting untuk menentukan nasib Jepun, katanya.

AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Roket Palestin kena Tel Aviv


Gaza: Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, dua roket pejuang Palestin sampai ke ibu negara Israel, Tel Aviv, kelmarin. Bunyi amaran serangan udara pejuang menyebabkan penduduk Tel Aviv bergegas ke tempat perlindungan bawah tanah. Tel Aviv adalah sebuah bandar Mediterranean dan kali terakhir diserang roket adalah ketika Perang Teluk 1991.

Sumber Israel berkata, sebuah roket meletup di laut sementara satu lagi kena kawasan pinggir Tel Aviv.

Kawasan metropolitan Tel Aviv mempunyai lebih tiga juta penduduk, 40 peratus bilangan penduduk Israel.

Satu serangan roket Hamas mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk Israel.
Angka kematian di pihak Palestin meningkat kepada 20 orang, enam daripadanya kanak-kanak.
Jet tempur Israel mengebom sasaran di dalam dan sekitar Gaza buat hari kedua, menggegarkan bangunan tinggi.

Menandakan niat untuk memperhebat serangan, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya menerima lampu hijau untuk mengerah 30,000 tentera simpanan untuk bertugas.

Kepulan asap dan habuk menjulang ke langit berselang seli dengan serangan roket dari Gaza, bandar penuh sesak. Empat kanak-kanak yang terkorban akibat serangan Israel, disemadikan semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata pejuang Palestin akan menerima padah kerana melancarkan peluru berpandu.

Serangan yang diperhebat ini akan menyamai harga yang perlu dibayar mereka, kata Barak di televisyen.

Dalam serangan udara terbaru, tiga penduduk Palestin maut apabila peluru berpandu mengenai kereta mereka di utara Gaza.

Tentera Israel juga mendakwa memusnahkan 70 tapak pelancaran roket pejuang Palestin.

Sebuah jana kuasa elektrik yang memberi bekalan kepada rumah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh di tepi pantai Gaza adalah antara sasaran peluru berpandu Israel.

Krisis terbaru dilancarkan Israel bermula dengan pembunuhan ketua tentera Hamas.
Israel berkata ia membalas serangan roket dari Gaza. Pengeboman Israel belum mencapai seperti kali terakhir ia menceroboh Gaza pada 2008 namun ia mengakui serangan tentera darat tidak mustahil.

Presiden baru Mesir, Mohamed Mursi, mengetuai kecaman terhadap Israel.
Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil, melawat Gaza bersama pegawai Mesir lain sebagai tanda sokongan kepada penduduk di situ, kata pegawai kabinet Mesir.

Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Xi pemimpin baru China

Written By Unknown on Kamis, 15 November 2012 | 16.40

Beijing: Presiden China, Hu Jintao, memberi laluan kepada timbalannya, Xi Jinping menjadi pemimpin Parti Komunis negara itu semalam.

Peralihan jawatan itu adalah kali kedua berlaku secara teratur sejak parti berkenaan berkuasa 63 tahun lalu.

Selepas sidang Kongres ditutup di Dewan Besar Rakyat, Hu mengambil kertas di depannya, berjabat tangan dengan orang di belakangnya dan turun pentas.

Duduk di sebelah Hu ialah bekas pemimpin Jiang Zemin, 86. Jiang dibantu untuk berdiri ketika lagu rasmi Komunis diperdengarkan.

Selepas itu, Jiang memandang ke arah Hu, berjabat tangan dengannya sebelum dibantu turun pentas.

Proses penyerahan kuasa oleh Hu dan pemimpin kanan lain berusia lewat 60-an kepada Xi dan bakal pemimpin baru dalam lingkungan 50-an mengambil masa beberapa bulan.

Pucuk pimpinan baru menghadapi cabaran getir termasuk pertumbuhan semakin perlahan ekonomi kedua terbesar dunia.
Mereka juga menghadapi tekanan penduduk yang semakin aktif menuntut hak mereka selain hubungan agak keruh dengan negara jiran.

Sejajar dengan proses peralihan itu, Hu tidak dipilih semula sebagai anggota Jawatankuasa Pusat pada hari terakhir Kongres Parti Komunis.

Ini menunjukkan beliau tidak lagi sebahagian kepemimpinan, kata dua delegasi di sini yang tidak mahu identiti mereka disiarkan kerana senarai rasmi belum diumumkan.

Mereka berkata, 2,200 delegasi memberi tepukan gemuruh selepas keputusan undi rahsia menunjukkan Xi dipilih sebulat suara untuk menjadi anggota jawatankuasa berkenaan.

Ia adalah langkah awal sebelum dinamakan sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Politburo dan seterusnya menjadi pemimpin parti.

Li Keqiang yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri juga dipilih sebagai anggota panel itu, lapor agensi berita Xinhua.

Barisan baru Jawatankuasa Tetap Politburo, badan paling berkuasa di China, akan diumumkan hari ini.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Israel sedia guling Mahmud Abbas

Baitulmaqdis: Kementerian Luar Israel mengemukakan kertas dasar menyarankan penggulingan Presiden Mahmud Abbas (gambar) jika usaha Palestin mendapatkan status negara pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan lewat bulan ini.

Menumbangkan rejim Abu Mazen (Abbas) adalah satu-satunya pilihan dalam kes ini. Pilihan lain bermakna mengibarkan bendera putih dan mengaku kegagalan kepemimpinan Israel untuk berdepan dengan cabaran, menurut kertas yang diperoleh AFP itu.

Kertas itu adalah draf dokumen yang diluluskan oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, sebelum diserahkan kepada pegawai Israel yang bertanggungjawab merangka tindak balas kepada usaha Palestin itu.

Lieberman dilaporkan sudah pun meluahkan pandangannya bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) perlu dihapuskan jika usaha di PBB itu berjaya.

Palestin dijadual membentangkan usaha mendapatkan status negara pemerhati di Perhimpunan Agung pada 29 November ini, yang menyaksikan mereka dijangka mendapat sokongan mudah, di sebalik tentangan Amerika Syarikat dan Israel.

Kertas kementerian itu memberi amaran Israel mesti menghukum Abu Mazen jika Palestin diberi status negara di PBB.

Stesen televisyen Israel, Channel 10, melaporkan awal bulan ini Lieberman menyokong penghapusan PA, dalam komen kepada ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton.
Jika Palestin meneruskan projek mereka di PBB, mereka memang memusnahkan peluang rundingan damai. Jika mereka terus dengan projek ini, saya akan memastikan PA runtuh, stesen itu memetik Lieberman sebagai berkata pada 24 Oktober lalu.

Seorang pegawai kanan Israel memberitahu AFP semalam rejim itu turut mempertimbangkan membatalkan separuh atau semua Perjanjian Oslo 1993 sebagai reaksi kepada tindakan Palestin itu.

Dakwaannya ialah rayuan Palestin kepada PBB melanggar Perjanjian Oslo yang membatalkan perjanjian berkenaan.

Perjanjian Oslo menyatakan setiap perbalahan akan diselesaikan menerusi rundingan secara langsung, katanya.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

140 polis, orang awam dibunuh di Sao Paulo

Written By Unknown on Selasa, 13 November 2012 | 16.40

Sindiket dadah Brazil bertindak balas terhadap operasi pihak berkuasa

Sao Paulo: Sekurang-kurangnya 14 orang dibunuh di bandar terbesar Amerika Selatan sejak dua minggu lalu berpunca daripada keganasan sindiket dadah, kata Jabatan Keselamatan Awam Sao Paulo.

Pembunuhan di Sao Paulo dilaporkan mulai meningkat pada bulan September. Pada bulan itu saja, 144 orang terbunuh, lapor jabatan terbabit.

Keseluruhan kes bunuh di bandaraya itu dilaporkan mencapai 982 sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Mangsa termasuklah 90 anggota polis, kebanyakan mereka ditembak mati penyerang ketika tidak bertugas.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Awam berkata, pembunuhan polis diarahkan oleh ketua kumpulan penjenayah yang dipenjarakan, First Capital Command berikutan operasi pihak berkuasa terhadap sindiket dadah.

Dalang serangan
First Capital Command adalah antara kumpulan penjenayah terkenal di Brazil.

Berpusat di penjara negeri Sao Paulo, kumpulan terbabit didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan terhadap polis, bangunan kerajaan, bank dan bas awam pada 2006.

Serangan berkenaan disusuli dengan tindakan balas anggota polis di kawasan penduduk miskin menyebabkan lebih 200 orang maut.

Dengan keganasan terbaru itu meletus, kedai dan sekolah di beberapa daerah Sao Paulo ditutup awal sejak minggu lalu berikutan khabar angin merebak bahawa kumpulan terbabit mengenakan perintah berkurung.

"Disebabkan keganasan meningkat di zon selatan bandaraya itu, pengarah sekolah memutuskan kakitangan pendidikan dan pelajar berada di rumah untuk keselamatan mereka," kata penolong pentadbiran sekolah latihan profesional, Eliane Valerio de Souza.

Pihak berkuasa Sao Paulo minggu lalu memberitahu, ketua First Capital Command menggunakan telefon bimbit yang diseludup untuk mengarahkan serangan. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Seteru Bashar setuju pelan bersatu

Damsyik: Kumpulan pembangkang Syria bersetuju untuk bersatu menentang Presiden Bashar al-Assad semalam dalam rundingan di Doha, Qatar.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan berlangsung selama 12 jam dan selepas menerima tekanan negara Barat.

Rancangan itu menetapkan pembentukan kerajaan sementara, majlis tentera untuk menguruskan tindakan anggota bersenjata dan satu badan kehakiman yang beroperasi di kawasan kawalan pemberontak.

Bunuh diri

Ia dicapai ketika askar kerajaan Syria dikejutkan dengan dua kenderaan penyerang bunuh diri meletup di bandar Daraa, pusat pemberontakan sejak 20 bulan lalu.

"Kami bersetuju membentuk pakatan kebangsaan menggabungkan pembangkang dan melancarkan revolusi.

"Kami akan terus berbincang mengenainya," kata anggota pembangkang, Suhair Atassi.
"Kami hampir menandatanganinya tetapi lebih suka beri lebih banyak masa untuk mengkaji peraturan atas permintaan pihak tertentu," kata seorang delegasi Riad Seif yang berpotensi menjadi ketua majlis berkenaan.

Di Damsyik, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi menggesa satu dialog kebangsaan diadakan dan tentera sedang berusaha mencederakan peluang mengadakan mesyuarat.

"Satu-satunya cara berjaya di Syria ialah duduk dan umum pelancaran dialog," kata Zohbi.

"Pembangkang juga perlu terima dialog adalah satu daripada pilihan. Pihak tentera melindungi dialog ini," kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Sementara itu, tentera menawan semula satu laluan di Damsyik dan Aleppo yang biasa digunakan untuk menghantar askar tambahan. Tentera Syria secara beransur-ansur menawan beberapa kampung sejak 10 hari lalu. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Seteru Bashar setuju pelan bersatu

Written By Unknown on Senin, 12 November 2012 | 16.40

Damsyik: Kumpulan pembangkang Syria bersetuju untuk bersatu menentang Presiden Bashar al-Assad semalam dalam rundingan di Doha, Qatar.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan berlangsung selama 12 jam dan selepas menerima tekanan negara Barat.

Rancangan itu menetapkan pembentukan kerajaan sementara, majlis tentera untuk menguruskan tindakan anggota bersenjata dan satu badan kehakiman yang beroperasi di kawasan kawalan pemberontak.

Bunuh diri

Ia dicapai ketika askar kerajaan Syria dikejutkan dengan dua kenderaan penyerang bunuh diri meletup di bandar Daraa, pusat pemberontakan sejak 20 bulan lalu.

"Kami bersetuju membentuk pakatan kebangsaan menggabungkan pembangkang dan melancarkan revolusi.

"Kami akan terus berbincang mengenainya," kata anggota pembangkang, Suhair Atassi.
"Kami hampir menandatanganinya tetapi lebih suka beri lebih banyak masa untuk mengkaji peraturan atas permintaan pihak tertentu," kata seorang delegasi Riad Seif yang berpotensi menjadi ketua majlis berkenaan.

Di Damsyik, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi menggesa satu dialog kebangsaan diadakan dan tentera sedang berusaha mencederakan peluang mengadakan mesyuarat.

"Satu-satunya cara berjaya di Syria ialah duduk dan umum pelancaran dialog," kata Zohbi.

"Pembangkang juga perlu terima dialog adalah satu daripada pilihan. Pihak tentera melindungi dialog ini," kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Sementara itu, tentera menawan semula satu laluan di Damsyik dan Aleppo yang biasa digunakan untuk menghantar askar tambahan. Tentera Syria secara beransur-ansur menawan beberapa kampung sejak 10 hari lalu. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

140 polis, orang awam dibunuh di Sao Paulo

Sindiket dadah Brazil bertindak balas terhadap operasi pihak berkuasa

Sao Paulo: Sekurang-kurangnya 14 orang dibunuh di bandar terbesar Amerika Selatan sejak dua minggu lalu berpunca daripada keganasan sindiket dadah, kata Jabatan Keselamatan Awam Sao Paulo.

Pembunuhan di Sao Paulo dilaporkan mulai meningkat pada bulan September. Pada bulan itu saja, 144 orang terbunuh, lapor jabatan terbabit.

Keseluruhan kes bunuh di bandaraya itu dilaporkan mencapai 982 sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Mangsa termasuklah 90 anggota polis, kebanyakan mereka ditembak mati penyerang ketika tidak bertugas.

Seorang pegawai Jabatan Keselamatan Awam berkata, pembunuhan polis diarahkan oleh ketua kumpulan penjenayah yang dipenjarakan, First Capital Command berikutan operasi pihak berkuasa terhadap sindiket dadah.

Dalang serangan
First Capital Command adalah antara kumpulan penjenayah terkenal di Brazil.

Berpusat di penjara negeri Sao Paulo, kumpulan terbabit didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan terhadap polis, bangunan kerajaan, bank dan bas awam pada 2006.

Serangan berkenaan disusuli dengan tindakan balas anggota polis di kawasan penduduk miskin menyebabkan lebih 200 orang maut.

Dengan keganasan terbaru itu meletus, kedai dan sekolah di beberapa daerah Sao Paulo ditutup awal sejak minggu lalu berikutan khabar angin merebak bahawa kumpulan terbabit mengenakan perintah berkurung.

"Disebabkan keganasan meningkat di zon selatan bandaraya itu, pengarah sekolah memutuskan kakitangan pendidikan dan pelajar berada di rumah untuk keselamatan mereka," kata penolong pentadbiran sekolah latihan profesional, Eliane Valerio de Souza.

Pihak berkuasa Sao Paulo minggu lalu memberitahu, ketua First Capital Command menggunakan telefon bimbit yang diseludup untuk mengarahkan serangan. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Malala Yousufzai layak diberi Nobel Keamanan

Written By Unknown on Sabtu, 10 November 2012 | 16.40

Aktivis Britain saran anugerah kepada remaja Pakistan

London: Beribu-ribu warga Britain semalam menggesa kerajaan mencalonkan remaja Pakistan, Malala Yousufzai, supaya diberi hadiah Nobel Keamanan.

Ia sebagai menghargai usaha Malala supaya wanita negaranya mendapat pendidikan hingga memaksa pergerakan Taliban menghantar penyerang membunuhnya.

Malala tidak hanya mewakili seorang wanita muda tetapi bercakap bagi semua pihak yang dinafikan pendidikan kerana jantina mereka," Shahida Choudhary, Aktivis


Gadis berusia 15 tahun itu menerima rawatan pakar di Birmingham selepas penyerang melepaskan tembakan yang kena di kepalanya pada 9 Oktober lalu.

Serangan itu mengundang kritikan antarabangsa dan Malala menjadi simbol penentangan terhadap cubaan Taliban menekan hak wanita.

Wanita Pakistan-Britain, Shahida Choudhary, menggesa Perdana Menteri David Cameron dan beberapa pegawai kanan kerajaan mencalonkan Malala untuk anugerah itu.

"Malala tidak hanya mewakili seorang wanita muda tetapi bercakap bagi semua pihak yang dinafikan pendidikan kerana jantina mereka," kata Shahida yang mengetuai kempen di Britain itu dalam kenyataan di laman web Change.org.
Lebih 30,000 menandatangani petisyen di Britain sebagai sebahagian desakan global oleh penyokong hak wanita mencalonkan Malala bagi anugerah berkenaan. Kempen sama diadakan di Kanada, Perancis dan Sepanyol.

Menurut peraturan Jawatankuasa Nobel, cuma tokoh terkenal seperti anggota perhimpunan negara dan kerajaan boleh membuat pencalonan.

Malala bergelut untuk hidup

Malala tidak sedarkan diri dan bergelut untuk hidup ketika dibawa ke Britain sebulan lalu tetapi hospital di Birmingham, lokasi beliau dirawat berkata gadis itu semakin pulih.

Hospital itu menyiarkan gambar Malala membaca buku dan memeluk patung beruang putih, dengan kesan lebam hitam pada kelopak matanya.

Remaja itu kelihatan serius dan fokus pada pembacaannya, rambutnya ditutup dengan tudung berwarna merah jambu terang dan putih.

Bapa dan anggota keluarganya yang lain sudah ada di Birmingham melihat pemulihannya.

Pada 26 Oktober lalu, bapanya berkata, Malala akan bangkit semula untuk mengejar impian selepas rawatan.

Serangan ke atas Malala adalah kemuncak kesan kempennya yang menyebabkannya dilihat menentang panglima berpengaruh Taliban, Maulana Fazlullah. - Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Wanita pertama ketuai Interpol

Rome: Perhimpunan Agung Interpol di sini memilih pesuruhjaya polis Perancis yang terkenal bersungguh-sungguh menentang jenayah terancang di Bordeaux dan Corsica, sebagai presiden wanita pertamanya kelmarin.

"Mireille Ballestrazzi dari Perancis menjadi wanita pertama dipilih sebagai presiden Interpol," kata persatuan menentang jenayah berat antarabangsa dalam Twitter.

Ballestrazzi, 58, menjadi pesuruhjaya polis Perancis pada 1975 dan sudah menjadi naib presiden jawatankuasa eksekutif Interpol Eropah. Beliau terkenal sebagai pengarah polis perundangan di Corsica pada 1990-an ketika usaha dilancarkan bagi memerangi jenayah di pulau itu. - AFP
16.40 | 0 komentar | Read More

48 maut gempa di Guatemala

Written By Unknown on Jumat, 09 November 2012 | 16.40

San Marcos: Gempa bumi magnitud 7.4 melanda kawasan dekat pantai Guatemala semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh.

Ramai lagi dipercayai tertimbus selepas gempa melanda selain meranapkan rumah, kenderaan, merosakkan jalan raya dan memaksa perpindahan penduduk sehingga Mexico City.

Kebanyakan yang maut tertimbus di sekitar San Marcos, negeri pergunungan dekat sempadan Mexico.

Gempa itu juga membawa kepada tanah runtuh menyebabkan laluan lebuh raya tersekat serta menyukarkan operasi menyelamat mangsa.

Gegaran itu adalah yang terkuat melanda sebuah negara Amerika Tengah sejak 1976 apabila gempa magnitud 7.5 membunuh lebih 20,000 penduduk.

Presiden Guatemala, Otto Perez yang mengesahkan angka korban selepas pulang ke ibu negara, Guatemala City dari San Marcos.

Amat menyedihkan Katanya, seramai 23 orang lagi masih hilang dan 153 penduduk diberi perlindungan sementara.
"Keadaan amat menyedihkan bagi mereka yang menunggu anggota keluarga dikeluarkan selepas tertimbus.

"Ini satu tragedi dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka," kata Perez di San Marcos selain mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Anggota penyelamat bertopi kuning berusaha semalaman untuk menarik keluar mayat di San Pedro Sacatepequez, San Marcos, sambil diperhatikan penduduk yang masih terkejut. REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Amerika ditimpa bencana Obama menang: Trump

Washington: Hartawan hartanah terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump, nyata bengang dengan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden yang berakhir kelmarin.

Trump yang menyokong calon Republikan, Mitt Romney, semalam menggunakan Twitter untuk menghina kemenangan Obama sebelum membuangnya selepas ramai membidasnya.

Ketika meluahkan kekewaannya, Trump menyifatkan kemenangan Obama sebagai satu penipuan dan bencana kepada demokrasi.

Malah, hartawan berusia 66 tahun itu menggesa revolusi dilancarkan ke atas sistem politik Amerika termasuk mengadakan perhimpunan di Washington DC.

Penerbit program realiti 'The Apprentice' itu menyiarkan sembilan mesej kepada hampir 1.9 juta pengikutnya, sejurus selepas Obama diisytiharkan pemenang.

"Rancang semula strategi. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kita perlu berarak di Washington dan henti ejekan ini. Negara itu sudah berpecah. Lawan dan hentikan ketidakadilan menjijikkan ini. Dunia sedang ketawakan kita.

"Pilihan raya ini satu penipuan. Kita tidak demokrasi. Negara kita kini menghadapi masalah serius terburuk. Negara kita sudah berpecah.
"Keputusan pilihan raya ini mengikut undian Kolej Pemilih adalah bencana kepada demokrasi," tulisnya.

Trump meminta ahli politik Republikan tidak berputus asa dan menggesa ditamatkan Obamacare, skim insurans yang diperbaharui Obama.

Trump kemudian membuang mesejnya yang kemudian didapati salah apabila menyatakan Obama mengalahkan Romney meskipun tidak menang undi popular.

Namun, komennya mencetuskan reaksi balas beribu-ribu orang lain termasuk selebriti seperti Alec Baldwin, penyokong kuat Obama.

Baldwin menulis: "@realdonaldtrump.

Anda percaya kepada pengundi apabila mereka mengundi peserta The Apprentice. Mengapa tidak sekarang?"

Penerbit eksekutif rancangan komedi, Steve Levitan, pula menulis: "Trump, adakah anda tonton ucapan kekalahan Romney? Itu sebenarnya contoh seorang yang murah hati dan rambut yang elok."

Pembaca berita NBC News, Brian Williams, juga mengkritik Trump dengan mengatakan hartawan itu tidak lagi relevan.

Program realiti Trump disiarkan oleh saluran itu.

Trump tidak bertanggungjawab Williams memberitahu penonton: "Kenyataan Trump sudah diketahui ramai. Anda juga patut tahu mengenainya."

"Trump sudah tidak lagi relevan dan bertindak tidak bertanggungjawab malam ini," katanya sebelum membaca beberapa kiriman.

Ketika berkempen, Trump turut campur tangan termasuk membantu memeterai perjanjian pelik menderma AS$5 juta (RM15 juta) kepada badan kebajikan jika Obama bersetuju menyiarkan rekod kolej dan pasportnya.


16.40 | 0 komentar | Read More

Positif, sinis reaksi Obama menang

Written By Unknown on Kamis, 08 November 2012 | 16.40

Keputusan pilihan raya Presiden Amerika cetus pelbagai pandangan

Dubai: Rata-rata masyarakat antarabangsa menyambut baik kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, di sebalik pandangan positif, ada juga yang memberi pandangan sinis.

Akhbar bahasa Arab Al-Sharq al-Awsat menyatakan, kesan kemenangan Obama tidak dapat dipastikan ke atas rantau Asia Barat.

Meskipun ada yang menganggap kemenangan Obama akan membantunya menangani isu Syria, nuklear Iran dan konflik Israel-Palestin, ada juga menganggap beliau tiada strategi jelas.

Di Israel, pengulas membahaskan kesannya ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang secara terbuka menyokong Romney.

Tetapi, penulis akhbar Yediot Ahronoth, Shimon Schiffer yakin Obama tidak akan membalas dendam ke atas Netanyahu.
Televisyen rasmi Syria pula hanya menyebut pilihan raya presiden ketika laporan berita awal pagi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). Media Eropah pula dikatakan lega dengan kemenangan Obama.

Teruskan dasar sama

Akhbar Perancis, Le Figaro berpendapat pemilihan semula Obama memberi jaminan dasar sama akan diteruskan.

Akhbar Liberation mengucapkan tahniah kepada Obama kerana berjaya dipilih semula meskipun negaranya dilanda krisis ekonomi, sesuatu yang jarang dicapai pemimpin lain.

Majalah Jerman, Spiegel, pula menganggap Obama menang kerana 'kebodohan' dan 'sikap enggan bertolak ansur' Republikan.

Penganalisis berita Sina yang mengulas mengenai Amerika, Zhang Guoqing pula menganggap Obama akan meningkatkan tekanan ekonomi dan keselamatan ke atas China.

Nenek yakini Obama

Di Pakistan, ramai pengulas tidak menjangka perubahan besar dasar Amerika terhadap negara mereka, kata BBC.

Di Kenya, akhbar The Standard memetik nenek Obama, Sarah Obama, sebagai berkata dia yakin cucunya akan menang.

Akhbar Russia, Izvestiya pula menyifatkan hubungan Washington dan Moscow akan kekal seperti sebelum ini. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Obama dipilih semula Presiden

Mudah raih majoriti undi di Kolej Pemilih atasi Romney

Barack Obama berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberikan kepadanya selepas dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun lagi dengan mengalahkan calon Republikan, Mitt Romney.

"Saya kembali ke Rumah Putih dengan semangat lebih tinggi... dengan lebih inspirasi daripada sebelum ini," katanya.

Beliau memberi ucapan kemenangan itu kepada lebih 20,000 penyokong yang membanjiri Pusat Konvensyen McCormick di sini, selain jutaan yang menyaksikannya secara langsung di seluruh dunia.

Obama diisytihar sebagai pemenang dan Presiden bagi penggal kedua selepas melepasi angka keramat 270 undi Kolej Pemilih sebelum diumum memenangi 303 undi manakala Romney hanya mendapat 206.

Pada masa sama, jika dibandingkan persaingan 2008 menghadapi John McCain, kemenangan Obama menurun kerana beliau meraih 365 undi Kolej Pemilih manakala pencabarnya, 173.

Pun begitu, kemenangan ini tidak diduga kerana sehingga petang Selasa lalu, tinjauan meramalkan persaingan sengit dengan kebanyakannya hanya meletakkan perbezaan sokongan mereka hanya satu hingga tiga peratus mata.

Sebaik berita kemenangan diketahui, pusat konvensyen yang penuh sesak meledak dengan sorakan nama Obama sambil bendera Amerika berkibar.
Penyokong parti Demokrat di seluruh Amerika turut mengadakan sambutan di bandar dan ibu negeri masing-masing dengan membanjiri jalan raya dan membunyikan hon kenderaan.

Dalam ucapan ringkas Romney di hadapan penyokongnya di Boston, Massachusetts, beliau mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Obama.

"Saya hubungi Presiden Obama sebentar tadi untuk mengucapkan tahniah atas pemilihannya semula," katanya mengingatkan rakyat Amerika bahawa negara itu berada dalam era kritikal dan berdepan pelbagai cabaran.

"Kita mesti bersatu dan bangkit untuk menghadapinya. Utamakan kesejahteraan rakyat daripada politik. Saya menawarkan diri sebagai calon kerana saya ambil berat masa depan Amerika," katanya.

Kemenangan Obama dibantu kejayaannya menguasai lapan daripada sembilan 'swing states' (negeri yang tidak memihak mana-mana calon), termasuk Ohio yang menjadi tumpuan seluruh Amerika sejak beberapa bulan lalu.

Tujuh negeri lain dimenanginya ialah Virginia, Florida, New Hampshire, Colarado, Wisconsin, Iowa dan Nevada, manakala Romney hanya menang di Carolina Utara.

Sokongan di 41 negeri lain dan Washington DC terhadap parti yang mana sudah diketahui umum lama sebelum pilihan raya.

Sebagai contoh, California adalah kubu Demokrat, manakala Texas pula Republikan.

Presiden Amerika dipilih berdasarkan 538 undi Kolej Pemilih daripada 50 negeri dan Washington DC.

Jumlah undi Kolej Pemilih setiap negeri diputuskan mengikut jumlah penduduk. Sebagai contoh, California memiliki 55 undi manakala Washington DC hanya tiga.

Calon yang mendapat majoriti mudah iaitu 270 undi Kolej Pemilih diisytiharkan menang. Calon yang mendapat majoriti undi popular tidak semestinya menjadi presiden.

Ini berlaku pada pemilihan 2000 apabila calon Demokrat, Al Gore mendapat undi popular lebih tinggi tetapi kalah kepada George W Bush yang mendapat majoriti undi Kolej Pemilih.

Obama dalam ucapannya turut berkata beliau akan berbincang dengan Romney bagaimana mereka boleh bekerjasama demi negara, untuk bergerak ke depan.

Beliau juga memberitahu penyokong Romney: "Saya dengar kamu... saya jadi presiden lebih baik kerana kamu."

Obama berkata, agenda utama beliau ialah mencari penyelesaian kepada masalah defisit negara, sistem percukaian, sistem imigrasi, pengangguran dan perubahan iklim.

Kemenangan Obama juga disifatkan penanda perubahan dalam trend pengundi Amerika, sekali gus mengurangkan pengaruh kulit putih dan menambah pengaruh pengundi Hispanik dan Latino.

Walaupun Obama menang, Kongres terus kekal berpecah apabila demokrat menguasai Dewan Senat, manakala Dewan Perwakilan masih dikuasai Republikan.


16.40 | 0 komentar | Read More

Militan Islam bukan ancaman kepada AS: Kajian

Written By Unknown on Rabu, 07 November 2012 | 16.40

Chicago: Ketika pilihan raya presiden bermula hari ini, kebanyakan rakyat Amerika Syarikat tidak lagi melihat kumpulan militan Islam sebagai ancaman besar kepada keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Ini berbeza dengan sikap rakyat Amerika terhadap kumpulan fundamentalis Islam selepas serangan 9/11 pada 2011 di New York.

Ia berdasarkan kajian The Chicago Council on Global Affairs (Majlis Chicago Mengenai Hal Ehwal Global) terhadap 1,800 responden pada Mei-Jun 2012.

Ia mendapati hanya 37 peratus melihat kumpulan militan Islam sebagai ancaman, berbanding 60 peratus dalam kajian sama setahun selepas 9/11, pada 2002.

Ia juga menunjukkan dua pertiga rakyat Amerika berpendapat campur tangan Amerika di Iraq dan Afghanistan gagal menyelesaikan masalah keganasan.

Felo majlis itu, Dina Smeltz, berkata: "Demografi penduduk Amerika banyak berubah dengan pertambahan penduduk Islam dan Hispanik selain Asia.

"Kajian ini dilakukan sebelum serangan di Benghazi, Libya apabila duta Amerika ke Libya dan tiga pengawal terbunuh. Ada kemungkinan peratusan itu naik jika kajian baru dibuat sekarang.
"Paling penting pelbagai etnik di negara ini tidak lagi prejudis terhadap orang Islam atau kumpulan ekstremis yang dikaitkan dengan mereka," katanya ketika ditemui BH selepas menyampaikan kertas kerja, 'Apakah Dasar Luar Negara Yang Dikehendaki Rakyat Amerika dan Kaitannya Dengan Pilihan Raya Presiden Amerika', di sini semalam.

Presiden Barack Obama memutuskan tentera Amerika akan keluar Afghanistan pada 2014.

Kepada soalan kempen Afghanistan tidak berbaloi untuk Amerika, 75 peratus penyokong Bebas setuju, manakala Demokrat (68 peratus) dan Republikan (55 peratus).

Malah, 28 peratus Republikan mahu tentera Amerika kekal di Afghanistan berbanding Demokrat (11 peratus) dan Bebas (16 peratus) selepas 2014.


16.40 | 0 komentar | Read More

Taufan baru ancam New York, New Jersey

New Jersey: Taufan baru diberi nama Nor'easter yang dijangka melanda timur Amerika Syarikat diramal menjejaskan usaha pemulihan daripada kesan dibadai Sandy lebih seminggu lalu.

Petanda awal ialah hujan akan mula turun hari ini sebelum menjadi semakin lebat, kata pakar meteorologi.

Keadaan dilaporkan menjadi semakin teruk kerana suhu terus panas, perkembangan tidak baik kepada 1.2 juta penduduk yang belum mendapat semula bekalan elektrik.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan Nor'easter sebagai sistem angin tekanan rendah disusuli ribut yang menyasarkan kawasan pantai Jersey Shore.

Mereka berkata, ada kemungkinan hakisan berlaku dan kawasan berhampiran pantai boleh dinaiki air.

Dalam keadaan lain, keadaan itu tidak mungkin memberi masalah tetapi ia bukan berita baik selepas ribut Sandy baru berlalu, kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.

"Ribut baru memberi kesan kepada kawasan yang teruk terjejas kerana Sandy," kata ketua peramal cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Bruce Terry.
Timbang berpindah

Ada juga kumpulan penduduk tertentu menimbang untuk berpindah selepas kediaman mereka dibadai Sandy meskipun sudah dibenar pulang.

Lebih 100 orang maut angkara Sandy selain menyebabkan kerugian dianggarkan AS$50 bilion (RM150 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg membatalkan rancangan memindahkan penduduk sekali lagi.

"Ribut ini berbeza. Angin ribut ini datang dari arah berbeza," katanya sambil mengakui tidak tahu sama ada penduduk bersedia menghadapi ancaman baru itu.

Pakar meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Joe Pollina menasihatkan penduduk supaya tidak keluar rumah dan memastikan bekalan makanan mencukupi.

Setiausaha Keselamatan Jabatan Dalam Negeri, Janet Napolitano menggesa penduduk memandang serius ancaman baru.

"Semua yang mereka lakukan ketika Sandy perlu dibuat kerana Nor'easter. ada penduduk tidak mahu tinggalkan rumah," katanya. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Suu Kyi enggan berpihak isu keganasan etnik

Written By Unknown on Senin, 05 November 2012 | 16.40

Yangon: Aung San Suu Kyi enggan bercakap bagi pihak penduduk Islam Rohingya dan menegaskan beliau tidak akan menggunakan 'kepemimpinan moral' untuk menyokong mana-mana pihak dalam pertelagahan etnik di barat Myanmar.

Pemenang anugerah Nobel itu mencetuskan kekecewaan di kalangan penyokong antarabangsa bersikap membisu terhadap keganasan yang melanda negeri Rakhine, berkata masyarakat Buddha dan Islam 'murka' kerana beliau tidak memihak mereka.

Lebih 100,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak Jun lalu berikutan dua keganasan di negeri itu. Keganasan terbaru menyebabkan 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Berpuluh-puluh orang terbunuh di kedua-dua pihak dan ribuan rumah dibakar.

"Saya menggesa toleransi namun saya tidak fikir sesiapa perlu menggunakan kepemimpinan moral bagi menangani sesuatu masalah tertentu tanpa benar-benar melihat kepada punca sebenar masalah itu," kata Suu Kyi kepada BBC kelmarin.

Bercakap di ibu kota Naypyidaw selepas berunding dengan Presiden Suruhanjaya Eropah (EU) Jose Manuel Barroso, yang berkata EU 'amat bimbang' dengan keganasan dan akibatnya terhadap pembaharuan Myanmar, Suu Kyi berkata beliau tidak dapat bercakap bagi pihak penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf.

"Saya tahu ada pihak mahukan saya berpihak kepada salah satu etnik. Mereka tidak puas hati kerana saya enggan berpihak dengan mereka," katanya.

Peraturan perlu dibentuk
Pejuang demokrasi itu, yang kini seorang anggota parlimen berkata peraturan undang-undang perlu dibentuk sebagai langkah permulaan sebelum meneliti masalah lain.

"Ini kerana jika penduduk membunuh satu sama lain dan membakar rumah seseorang, bagaimana kita mahu membuat sebarang penyelesaian munasabah?" katanya.

Seramai 800,000 penduduk Rohingya Myanmar dilihat kerajaan dan banyak pihak di negara itu sebagai pendatang haram dari negara jiran Bangladesh. Mereka berdepan diskriminasi dahsyat dan pengasingan keterlaluan. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Mangsa taufan Sandy hadapi cuaca sejuk

Bekalan bahan api masih terjejas di zon bencana

New York: Mangsa taufan Sandy di pantai timur terus berusaha mengatasi cuaca sejuk semalam di tengah kekurangan bahan api dan terputus bekalan elektrik, dua hari sebelum pilihan raya yang menyaksikan persaingan sengit antara Presiden Barack Obama dan lawannya dari Republikan, Mitt Romney.

Bekalan bahan api terjejas di zon bencana dan sejuta pengguna memperoleh bekalan elektrik ketika suhu hampir takat beku melanda bahagia timur laut Amerika Syarikat semalaman. Namun Datuk Bandar ini Michael Bloomberg memberi amaran kepada penduduk bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan kuasa pulih sepenuhnya dan kekurangan bahan api berakhir.

Obama, yang bersaing dalam tinjauan pendapat dengan Romney, mengarahkan pihak berkuasa maklum balas kecemasan untuk memintas "pita merah" kerajaan dan bekerja tanpa bertangguh untuk membantu kawasan bencana kembali normal secepat mungkin.

2.5 juta rumah belum pulih

Bekalan kuasa yang pulih menyalakan pencakar langit di Lower Manhattan buat kali pertama sejak hampir seminggu dan membenarkan 80 peratus daripada perkhidmatan kereta api bawah tanah bandar raya ini diteruskan. Namun kira-kira 2.5 juta rumah dan perniagaan masih belum pulih di seluruh timur laut, menurun daripada 3.5 juta Jumaat lalu.

Ketiadaan elektrik ditambah dengan kekurangan bahan api bermaksud sesetengah rumah mungkin kesejukan ketika cuaca sejuk tidak diundang melanda.

Jabatan kaji cuaca berkata suhu menurun kepada kira-kira 3 darjah selsius malam kelmarin dengan suhu takat beku dijangka berlaku minggu depan.
Bloomberg menggesa penduduk tanpa bekalan elektrik dan haba pergi ke tempat perlindungan di mana mereka boleh memanaskan diri dan menerima makanan. "Ketika ini cuaca sudah mula sejuk."

Undi guna e-mel

Pihak berkuasa di seluruh kawasan timur laut yang teruk dilanda taufan semakin bimbang untuk menghantar pengundi yang terpaksa berpindah akibat Sandy, ke stesen pengundian untuk mengundi Selasa ini. Sejumlah besar pusat pengundian tidak dapat digunakan akibat limpahan air banjir di New York dan New Jersey.

New Jersey membenarkan pengundi yang kehilangan tempat tinggal akibat taufan Sandy untuk mengundi menerusi emel, sementara sesetengah pengundi di bandar raya ini mungkin memangkah peti undi dalam khemah Selasa ini. - Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Lelaki tua semakin diminati

Written By Unknown on Minggu, 04 November 2012 | 16.40

Gadis mahukan kesenangan, hidup selesa

Washington: Golongan lelaki tua dikatakan semakin mendapat perhatian golongan wanita masa kini yang menyifatkan mereka memiliki gaya kedewasaan dan berkemampuan.

Penulis Changing Your Game A Man's Guide to Sucess with Women, Christie Hartman, berkata kebanyakan wanita muda mahukan kesenangan, kedewasaan, kepercayaan tinggi terhadap sikap bijak dan mempunyai kematangan seperti yang dimiliki Sarkozy.

Lelaki muda tiada hala tuju

"Lelaki berusia dua puluhan terutama di bawah usia 27 tahun cukup dewasa tetapi mereka belum menentukan apa yang dimahukan dalam hidup dan mempunyai masalah sekiranya menjalinkan hubungan dengan wanita," kata Hartman.

Keadaan demikian tidak berlaku kepada semua orang tetapi dari kaca mata Hartman, ia kebanyakannya terjadi.

Lelaki lebih tua bagaimanapun memiliki lebih keberanian untuk mendekati wanita dan turut berpengalaman dalam seks.
Namun begitu, wanita muda takut membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki matang, tambahan pula sekiranya lelaki terbabit pernah berkahwin dan memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu.

"Inilah yang akan menjadi dilema bagi wanita usia 20-an. Mereka berpendapat akan menjadi ibu tiri dan mungkin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya lagi.

Kebanyakan wanita muda lebih memilih lelaki berusia disebabkan kebanyakan mereka lebih berkemampuan dari segi ekonomi berbanding lelaki muda. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemberontak, askar Syria sama kejam

Video rakam pemisah dera, bunuh askar kerajaan

BEIRUT: Satu rakaman video yang menunjukkan sekumpulan pemberontak Syria menendang askar kerajaan yang ketakutan sebelum mereka ditembak mati, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa mereka juga sama kejam dengan tentera Syria.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan aktivis hak asasi sebelum ini percaya bahawa rejim Presiden Bashar Assad bertanggungjawab ke atas jenayah perang di Syria sejak konflik melanda negara itu.

Pada tahap ini, tiada pihak boleh mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kekejaman dalam konflik Syria"


Bagaimanapun penyiasat pencabulan hak asasi berkata kekejaman yang dilakukan pemberontak juga semakin meningkat.

"Pada tahap ini, tiada pihak boleh mendakwa mereka tidak melakukan sebarang kekejaman dalam konflik Syria," kata ketua kumpulan hak asasi Amnesty International, Suzanne Nossel.

Amerika Syarikat menggesa perubahan kepemimpinan dilakukan dikalangan kumpulan politik pembangkang Syria ketika persidangan di Qatar minggu depan.

Tidak beri sokongan
Washington dan sekutunya keberatan untuk memberi sokongan lebih kuat kepada pembangkang berpangkalan di Turki, kerana menganggap ia tidak berkesan, berpecah-belah dan tidak bersatu dengan pemisah yang cuba menggulingkan Assad.

Bagaimanapun rakaman video terbaru yang diperoleh, meningkatkan kebimbangan mengenai sikap pemisah dan boleh menyukarkan usaha Washington untuk menentukan kumpulan pembangkang yang mahu disokongnya.

"Kami mengecam pencabulan hak asasi oleh mana-mana pihak. Sesiapa yang melakukan kekejaman perlu bertanggungjawab," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland, ketika mengulas video itu.

Beliau berkata, Tentera Pembebasan Syria sudah membuat gesaan kepada pemisah supaya mematuhi kod etika yang diperkenalkan Ogos lalu, seiring peraturan perang antarabangsa.

Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, rakaman video amatur pembunuhan askar itu dibuat ketika serangan pemberontak di bandar Saraqeb di utara Syria Khamis lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kumpulan pemisah yang terbabit, walaupun anggota pertubuhan disokong al-Qaaeda, Jabhat al-Nusra adalah antara yang ikut berperang di kawasan itu. – AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Cegah malaria dipertingkat

Written By Unknown on Sabtu, 03 November 2012 | 16.40

Sydney: Asia mencatat 88 peratus hampir keseluruhan kes malaria dan kebanyakan daripada 46,000 kematian tahunan berlaku di luar Afrika, satu laporan baru menunjukkan semalam ketika pakar menggesa lebih banyak tindakan dilakukan dalam memerangi penyakit maut itu.

Saintis utama dan pakar kesihatan mengadakan pertemuan di sini minggu ini dalam persidangan "Malaria 2012: Saving Lives in the Asia-Pacific" (Malaria 2012: Menyelamatkan Nyawa di Asia Pasifik) turut menggesa kepimpinan politik lebih tegas dan kerjasama serantau. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Israel bunuh Abu Jihad

Ehud Barak, Moshe Yaalon jadi dalang

BAITULMAQDIS: Israel semalam mengaku membunuh timbalan pemimpin Palestin, Yasser Arafat, yang juga pengasas Fatah Khalil al-Wazir atau Abu Jihad (gambar), dalam serbuan pada 1988 di Tunisia.

Pengakuan itu akhirnya membongkar rahsia hampir 25 tahun dan membenarkan tanggapan mengenai operasi rahsia Zionis sebagai sebab kematian beliau. Abu Jihad yang berpengaruh dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersama Arafat, dipersalahkan di atas siri serangan maut terhadap penduduk Israel.

'Saya tembak'

Dua dalang yang terbabit dalam operasi membunuh al-Wazir, kini menyandang jawatan politik tinggi di Israel iaitu Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Timbalan Perdana Menteri, Moshe Yaalon.

Ketika Barak adalah timbalan ketua tentera dan Yaalon mengetuai unit elit komando, Sayeret Matkal. Peranan mereka di dalam operasi itu tidak dihebahkan dan pejabat kedua-duanya juga enggan memberi komen.
Israel memang sudah lama disyaki membunuh al-Wazir. Namun baru sekarang badan tapisan tentera wilayah itu membenarkan akhbar Yediot Ahronot menyiarkan maklumat berkenaan, selama 12 tahun termasuk temubual dengan komando yang membunuhnya.

"Saya menembaknya dan berhati-hati supaya tidak mencederakan isterinya yang ada di situ. Beliau meninggal dunia. Abu Jihad terbabit dalam tindakan ganas ke atas penduduk awam. Saya menembaknya tanpa sebarang keraguan," kata komando Nahum Lev kepada akhbar itu sebelum kematiannya dalam kemalangan motosikal pada 2000.

Berpuluh-puluh operasi sama dikaitkan dengan Israel sejak berdekad lalu. Namun Israel jarang mengambil tanggungjawab dan tidak memberi komen mengenai operasi itu.

Pegawai Israel tidak mengesahkan operasi itu secara terbuka. Bagaimanapun, keputusan badan tapisan membenarkan penyiaran itu bermakna Israel semakin hampir membuat pengakuan.

Identiti rahsia

Tugas utama badan itu ialah menghalang penerbitan bahan yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. Israel mempunyai dasar melarang penerbitan maklumat yang mendedahkan ejennya, taktik dan kaedah pengumpulan perisikan atau meletakkan nyawa orang masih hidup yang terbabit dalam sebarang operasi dalam bahaya.

Walaupun dalam kes al-Wazir ia muncul lama sebelum khabar angin dan laporan asing mendakwa berjaya mendedahkan operasi itu, bersama-sama kematian penembak, pejabat badan penapisan memutuskan untuk menggugurkan larangan penyiaran. Banyak maklumat dan identiti mereka yang terbabit masih kekal rahsia. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Tanah Marikh sama Hawaii

Written By Unknown on Kamis, 01 November 2012 | 16.40

Florida: Kenderaan bermotor Agensi Angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) di Marikh menemui tanah dengan kandungan bahan yang sama seperti di Hawaii, kata Saintis.

Saintis kanan NASA, David Blade berkata Curiosity digunakan untuk menganalisis kandungan tanah.

Saintis berkata Curiosity menggunakan pengimej sinar-x untuk mendedahkan struktur atom kristal di dalam tanah. "Teknologi ini adalah yang pertama diperkenalkan dan dikenali sebagai X-ray diffraction," katanya. - Reuters
16.40 | 0 komentar | Read More

Hasil popi meningkat di Asia Tenggara

Permintaan bertambah punca petani di Laos, Myanmar majukan tanah di pedalaman

Bangkok: Penanaman pokok popi untuk dijadikan candu di Asia Tenggara meningkat dua kali ganda sejak enam tahun lalu berikutan permintaan tinggi heroin di China dan seluruh Asia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata perkembangan ini sekali gus menggalakkan petani untuk menanam lebih banyak pokok popi.

Pengguna candu di Asia Timur dan Pasifik kini mewakili satu perempat daripada pengguna keseluruhan di seluruh dunia," - Pejabat mengenai Dadah dan Jenayah PBB


"Pengguna candu di Asia Timur dan Pasifik kini mewakili satu perempat daripada keseluruhan pengguna di seluruh dunia dunia," kata pejabat mengenai Dadah dan Jenayah PBB dalam satu laporan.

Pengguna heroin di China 1 juta

Pejabat berkenaan menyatakan, China sendiri memiliki lebih satu juta pengguna heroin berdaftar dan menggunakan lebih banyak dadah di rantau ini.

"Petani di Laos dan Myanmar memilih kawasan tanah pedalaman bagi mengelak tanaman mereka dimusnahkan pihak berkuasa," kata laporan itu.
Keputusan itu mencetuskan keraguan mengenai masa depan program pembasmian candu untuk mengurangkan penanaman di kedua-dua negara dalam tempoh sedekad sehingga 2006.

Meningkat 66 peratus

Dengan kenaikan harga itu, penanaman di Laos meningkat sehingga 66 peratus kepada 6,800 hektar pada 2012 dan sehingga 17 peratus kepada 510,000 hektar di Myanmar, pengeluar kedua terbesar dunia selepas Afghanistan, berdasarkan anggaran PBB.

"Secara keseluruhan penanaman bunga popi candu di rantau ini meningkat sejak 2006, walaupun laporan rasmi Laos, Myanmar dan Thailand mengatakan hampir 25,000 hektar penanaman popi dimusnahkan pada 2012, kata laporan terbabit.

Kajian menganggarkan candu keluaran Loas dan Myanmar bernilai AS$431 juta (RM1.793 bilion) pada 2012, satu pertiga lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. Harga ladang bagi setiap kilogram mencecah AS$1,800 (RM5,760) di Laos. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger