Puluhan pegawai polis, Jumaat lalu, menyerbu pejabat KPK untuk menangkap pegawai penyiasat kanan, Novel Baswedan, atas dakwaan membunuh seorang nelayan ketika beliau masih seorang detektif polis di Bengkulu lapan tahun lalu.
Polis mengepung pejabat KPK hingga lewat malam dan menegaskan mereka perlu menahan beliau dan membawanya untuk siasatan tetapi pegawai KPK enggan menyerahkan beliau, menyebabkan kedua-dua kedua-dua institusi terjerumus ke dalam pertelagahan.Mereka bagaimanapun berundur selepas menerima arahan dari pejabat presiden.
Beratus-ratus aktivis anti rasuah dengan segera datang ke pejabat KPK dan membuat 'benteng manusia' untuk melindungi institusi daripada cubaan polis untuk menangkap Novel. "Ia adalah satu keadaan yang amat tegang kerana pertembungan boleh berlaku pada bila-bila masa," kata seorang aktivis.
Kemuncak siri konflik
Insiden itu merupakan kemuncak siri konflik sejak beberapa minggu lepas berikutan penyiasatan KPK ke atas skandal sekitar Rp198 bilion ($21 juta) projek simulator polis yang membabitkan beberapa jeneral polis.
Mengetahui bahawa lebih ramai jeneral akan terbabit jika KPK meneruskan siasatan ke atas kes itu, polis bangkit menentang KPK dan memutuskan untuk memanggil pulang 20 penyiasat polis yang dipinjamkan kepada badan anti rasuah itu.
"Presiden adalah bos polis. Jika presiden mahu, beliau boleh memerintahkan polis untuk menghentikan semua rintangan ini. Bagaimanapun sikap Susilo yang berdiam diri dan tidak mahu terbabit, memberi isyarat bahawa beliau sebenarnya memberikan restu kepada tindakan polis," kata Usman Hamid daripada Pergerakan Cinta Indonesia Anti Rasuah (Cicak), merujuk kepada Presiden Indonesia.
Beliau berkata masalah ini adalah lebih penting daripada kes yang membabitkan Ariel, merujuk kepada tindak balas cepat oleh presiden pada kes pita seks membabitkan penyanyi popular Nazriel 'Ariel' Irham tahun lepas. - Agensi
Anda sedang membaca artikel tentang
Presiden Indonesia dikritik
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/presiden-indonesia-dikritik.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Presiden Indonesia dikritik
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar