Obama, Romney upah peguam

Written By Unknown on Minggu, 28 Oktober 2012 | 16.40

Washington: Ketika Presiden Barack Obama dan calon Republikan, Mitt Romney bersiap sedia menerima keputusan pilihan raya 6 November depan di Amerika Syarikat, dua orang lagi turut membuat persediaan bagi kemungkinan pertarungan perundangan yang akan berlaku keesokannya.

Mereka adalah peguam yang dilantik mewakili Obama dan Romney bagi menguruskan sebarang tindakan mencabar prosedur pilihan raya atau keputusan dalam persaingan sengit, mengembalikan ingatan terhadap pertikaian pilihan raya 2000 di Florida yang diselesaikan oleh Mahkamah Agung.

Mewakili Romney adalah Benjamin Ginsberg, ketua penasihat perundangan kempen presiden George W Bush pada 2000 dan 2004. Dalam kes Florida, Mahkamah Agung menghentikan kiraan semula undi dan Bush diisytiharkan pemenang dengan majoriti 537 undi daripada enam juta undi.

Obama pula memilih Robert Bauer, penasihat Rumah Putih yang menentang usaha Republikan untuk mengubah undang-undang pilihan raya negeri termasuk Ohio, negeri yang mungkin menentukan siapa bakal memenangi pilihan raya kerana belum ada calon yang memegang kelebihan sokongan.

Ginsberg dan Bauer sudah memainkan peranan dalam kempen 2012. Mereka berunding menetapkan format tiga perbahasan presiden dan satu antara Naib Presiden Joe Biden dan calon naib presiden Republikan, Paul Ryan.

Sebelum konvensyen Republikan di Tampa, Florida, akhir Ogos, Ginsberg mengetuai kempen Romney untuk memiliki kuasa lebih besar berkaitan peraturan parti, mencetuskan kemarahan aktivis Republikan yang melihat langkah itu sebagai satu usaha merampas kuasa.

Ginsberg dan Bauer tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen. Mereka disifatkan pakar perundangan pilihan raya hingga pengurus kempen Bush pada 2000, Joe Allbaugh menggelar mereka sebagai Bobbsey Twins, watak buku kanak-kanak.
Perkara sebenarnya ialah tidak ramai peguam yang terbabit dalam bidang ini, kata Ginsberg kepada akhbar New York Times pada 2004.
Reuters


Anda sedang membaca artikel tentang

Obama, Romney upah peguam

Dengan url

http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/obama-romney-upah-peguam.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Obama, Romney upah peguam

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Obama, Romney upah peguam

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger