OSLO: Kesatuan Eropah (EU) diisytiharkan sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan 2012 kerana usahanya mempromosi keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia selama enam dekad lalu.
"EU mengubah sebahagian besar Eropah daripada benua dilanda perang kepada rantau keamanan," kata pengerusi Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland ketika mengumumkan keputusan itu di sini.
Anugerah itu dianggap bertujuan memberi semangat moral baru kepada blok itu yang ketika ini mengalami masalah menyelesaikan krisis ekonomi anggotanya.
Hadiah itu juga mengingatkan semua pihak bahawa EU keseluruhannya berjaya membawa keamanan di rantau kacau-bilau akibat dua perang dunia yang mengorbankan berjuta-juta nyawa."EU mengubah sebahagian besar Eropah daripada benua dilanda perang kepada rantau keamanan," kata pengerusi Jawatankuasa Nobel, Thorbjoern Jagland ketika mengumumkan keputusan itu di sini.
"EU sedang menghadapi masalah ekonomi dan permasalahan sosial. Cuma, kami mahu memberi tumpuan kepada pencapaian terpenting EU iaitu kejayaannya dalam membawa keamanan dan persefahaman untuk demokrasi dan hak asasi manusia," katanya lagi. - Reuters
Anda sedang membaca artikel tentang
EU menang hadiah Nobel 2012
Dengan url
http://duniadidunia.blogspot.com/2012/10/eu-menang-hadiah-nobel-2012.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
EU menang hadiah Nobel 2012
namun jangan lupa untuk meletakkan link
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar