Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Syria arah guna senjata kimia serang FSA

Written By Unknown on Senin, 29 April 2013 | 16.40

Damsyik: Kerajaan Syria mengarahkan penggunaan senjata kimia terhadap Tentera Pembebasan Syria (FSA) ketika pertempuran dengan pasukan tentera rejim, kata seorang jeneral yang berpaling tadah kepada Al Arabiya kelmarin.

Bekas pegawai tentera daripada cawangan senjata kimia, Zahir al-Sakit, berkata beliau diarah menggunakan senjata itu ketika rejim bertempur dengan FSA di kawasan Hauran.

Sebaliknya, Sakit mengingkari arahan itu dan menukar kimia dengan air yang digelarnya air Javel.

"Saya diberi arahan menggunakan kimia beracun dalam gua dan terowong yang digunakan FSA tetapi saya mencampurkan semua kimia dengan air dan sebaliknya menggunakan air Javel," katanya.

Sakit berkata, menjelang pengkhianatannya, tiada senjata kimia digunakan ketika pemerhatian beliau dalam pertempuran menentang FSA.

"Saya memberi jaminan mengarahkan semua senjata kimia ditanam dan boleh menunjukkan lokasi sebenar," katanya.

Amerika Syarikat dan Britain sebelum ini menuduh kerajaan Syria menggunakan senjata kimia di Damsyik selepas hasil contoh tanah diseludup menunjukkan kehadiran kimia yang digunakan di pinggir bandar raya itu.
Presiden Barack Obama Jumaat lalu memberi amaran kepada Syria penggunaan senjata kimia akan menjadi pengubah permainan, selepas Amerika, Israel dan Britain semuanya menyatakan petunjuk rejim menyerang dengan ejen sarin.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menggesa Syria meluluskan misi pemeriksa badan dunia itu untuk menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia dalam konflik dua tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Russia, Mikhail Bogdanov, kelmarin berkata dakwaan senjata kimia digunakan di Syria tidak sepatutnya menjadi alasan kepada campur tangan tentera asing. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemilik plaza runtuh ditahan

Penyelamat temui 9 lagi mangsa masih hidup di celah runtuhan

Savar: Pemilik bangunan Plaza Rana di pinggir ibu negara Bangladesh yang runtuh lima hari lalu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 362 orang, ditahan di sempadan negara itu ketika cuba melarikan diri ke India, kata Menteri Kerajaan Tempatan, Jahangir Kabir Nanak.

"Mohammed Sohel Rana, ditahan berhampiran lintasan Benapole, di barat Bangladesh di sempadan negeri Bengal Barat dan dibawa balik ke Dhaka dengan helikopter," katanya.

Pengumuman penahanan itu juga dibuat menggunakan pembesar suara di lokasi bangunan runtuh dan disambut orang ramai dengan tepukan.

Sementara itu, anggota penyelamat menemui sembilan mangsa masih hidup di celah timbunan bangunan yang runtuh itu dan berkata mereka akan menggunakan jentera berat untuk menggerudi lubang dari bahagian atas untuk menyelamatkan mangsa.

Sekurang-kurangnya 362 disahkan terbunuh dalam runtuhan bangunan lapan tingkat yang menempatkan lima kilang pakaian. Angka kematian dijangka meningkat. Kejadian itu tragedi maut yang melanda industri pakaian Bangladesh yang bernilai AS$20 bilion (RM60.66 bilion) setiap tahun.

Persekitaran kerja teruk
Runtuhan Rabu lalu dan bencana sebelumnya dalam kilang pakaian memfokuskan perhatian terhadap persekitaran tempat kerja yang teruk buat pekerja yang memperoleh sebanyak AS$38 (RM115.26) sebulan untuk menghasilkan pakaian jenama terkenal antarabangsa.

Pegawai penyelaras operasi menyelamat, Mejar Jeneral tentera Chowdhury Hasan Suhrawardy, berkata mereka akan cuba menyelamatkan sembilan mangsa berkenaan dengan mengalihkan blok konkrit menggunakan bantuan jentera ringan seperti kapak dan penyodok.

"Namun jika gagal kita akan mulakan fasa berikutnya dalam tempoh beberapa jam yang akan membabitkan usaha manual selain jentera berat termasuk kren hidraulik dan pemotong batu bagi membuat lubang di atas runtuhan," katanya kepada media.

"Tujuannya ialah meneruskan operasi mencari mangsa yang terselamat dan mayat. Pada peringkat ini, kami tiada pilihan lain kecuali menggunakan jentera berat. Operasi manual dan penggunaan jentera kecil tidak mencukupi," katanya.

Tubuh mangsa terputus

Sebelum itu seorang pekerja wanita ditarik hidup-hidup semalam. Seorang penyelamat Hasan Akbari, berkata apabila beliau cuba menarik lelaki di sebelah wanita itu, tubuhnya terputus dan beliau terpaksa melepaskannya.

Pemiliknya mendpaat kelulusan membina lima tingkat namun dia menambah tiga tingkat lagi secara haram. Satu rekahan besar kelihatan dalam bangunan, itu Selasa lalu, namun Rana, memberi jaminan kepada penyewa ia selamat digunakan. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

38 terbunuh hospital terbakar

Written By Unknown on Sabtu, 27 April 2013 | 16.40

Moscow: Kebakaran yang berlaku di sebuah hospital psikiatri di luar ibu negara Russia mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang ketika kebanyakan mangsa sedang tidur.

Pegawai Kementerian Kesihatan berkata, hospital satu tingkat itu menempatkan pesakit yang mengalami masalah mental teruk.

Pegawai Kementerian Kecemasan memberitahu agensi berita Itar-TASS, ada dua jalan menyelamatkan diri dari hospital berkenaan.

Lintar pintas punca kebakaran

Pegawai Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, mereka meneliti faktor tidak mematuhi peraturan kebakaran dan litar pintas sebagai punca kebakaran hospital di Ramenskoye, pagi semalam.

Menjelang pagi semalam, penyiasat menyenaraikan 38 orang 36 pesakit dan dua doktor sebagai mangsa yang maut.

Cuma seorang jururawat dan dua pesakit berjaya menyelamatkan diri, menurut Kementerian Kesihatan.
Perkhidmatan kecemasan juga menyiarkan senarai pesakit menunjukkan mereka dalam lingkungan usia daripada 20 hingga 76 tahun.

Belovoshin juga berkata, pasukan bomba mengambil masa sejam untuk tiba di hospital berikutan panggilan kecemasan kerana feri untuk menyeberangi terusan ditutup dan pasukan bomba terpaksa mengambil jalan jauh.

Gabenor Moscow, Andrei Vorobyev, memberitahu televisyen penggera kebakaran berfungsi tetapi api merebak pantas.

Jurucakap Jawatankuasa Siasatan memberitahu agensi berita Russia kebanyakan mangsa yang maut berada di katil masing-masing dan tidak cuba menyelamatkan diri.

Kebakaran perkara biasa di Russia kerana kegagalan mematuhi peraturan keselamatan.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Jakarta bantu Bangkok, KL

Bangkok: Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand (NSC) sudah meminta Indonesia membantu negara itu menyelesaikan konflik selatan Thai bersama Malaysia.

Setiausaha Agung NSC, Paradorn Pattanatabut berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra (gambar) yang memberi persetujuannya.

Katanya, Thailand menyasarkan usaha menamatkan keganasan mengikut tiga peringkat iaitu dengan pemimpin tempatan, negara jiran dan masyarakat Islam antarabangsa.

Bagaimanapun, Paradorn tidak dapat berkata bila persetujuan mengenainya akan dimuktamadkan.

Bekas Timbalan Setiausaha Agung bagi Hak Ehwal Politik pentadbiran Abhisit Vejjajiva, Panitan Wattanayagorn, menyokong langkah itu.

Katanya, ramai pemisah menerima latihan di negara itu, jadi Indonesia mungkin mempunyai maklumat lebih baik mengenai mereka.

Langkah itu mungkin lebih baik daripada berunding dengan wakil pemisah dari luar negara.
Sambut baik idea Indonesia

Pada masa sama, beliau menggesa NSC menjemput secara serentak wakil Indonesia dan Malaysia dalam perundingan yang bakal disambung Isnin depan dengan wakil Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Bekas Setiausaha Agung NSC, Thawil Pliensri juga menyambut baik idea Indonesia menjadi penyelaras.

Tetapi, beliau menyarankan, sebarang kerjasama dengan Indonesia sepatutnya dilakukan secara senyap dan hanya didedahkan apabila isu selatan Thai berjaya dikawal.

Oleh kerana keadaan belum terkawal, pihak yang memegang kuasa operasi mungkin kecewa dengan kemajuan rundingan, kata Thawil

Penyelaras Thailand bagi Human Rights Watch, Sunai Phasuk, usaha mendapatkan bantuan Indonesia bukan baru kerana kerajaan lalu Thai juga berbuat demikian.
Apa yang baru kali ini ialah kerajaan Thai mengumumkan langkahnya secara terbuka.

AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Jepun sedia guna kekerasan

Written By Unknown on Rabu, 24 April 2013 | 16.40

Tokyo: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, semalam, berjanji akan menggunakan kekerasan bagi mengusir sebarang usaha kelasi kapal China mendarat di kepulauan Senkaku yang menjadi rebutan dua negara itu.

Ini berikutan laporan lapan kapal China mula belayar ke perairan berkenaan.

Ketegangan terbaru berhubung isu kepulauan terbabit juga berlaku ketika 168 ahli perundangan Jepun, melawat perkuburan perang kontroversi Yasukuni di tengah Tokyo, dilihat sebagai simbol imperialisme masa lalu negara Matahari Terbit itu, membangkitkan kemarahan China dan Korea Selatan. Tokyo memanggil duta Beijing ke Jepun selepas lapan kapal China belayar masuk perairan itu. Flotila itu adalah yang terbesar belayar ke perairan rebutan dalam masa sehari sejak Tokyo memiliknegarakan sebahagian kepulauan itu, September lalu.

Abe, berjanji mengusir secara paksa sebarang pendaratan warga China di kepulauan Laut China Timur itu.

Kami akan ambil tindakan tegas terhadap sebarang cubaan menjejakkan kaki di situ. Kami tidak benarkan sesiapa masuk dan tak akan teragak-agak menggunakan kekerasan untuk mengusir mereka jika cuba mendarat, katanya di Parlimen ketika menjawab soalan ahli dewan.

Cetus perbalahan
Kapal China kerap belayar sekitar lima kepulauan yang dikawal Tokyo sejak beberapa bulan ini hingga men-cetuskan perbalahan diplomatik.

Kapal pengawasan maritim China memasuki zon 12 batu nautika kepulauan yang digelar Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun, pada jam 8.00 pagi waktu tempatan, kata pengawal pantai Jepun.

Tindakan kapal China berulang kali memasuki perairan Jepun tidak dapat diterima, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga.

Sekumpulan nasionalis Jepun berkata, mereka menghantar sembilan kapal ke kawasan sekitar pulau, yang juga dituntut Taiwan.

Kepulauan itu dipercayai dikelilingi kawasan kaya sumber perikanan dan semula jadi di dasarnya.

Hubungan kian keruh

Dalam perbalahan wilayah berasingan, hubungan di antara Tokyo dan Korea Selatan semakin keruh berikutan perebutan kepulauan kecil dikuasai Seoul di Laut Jepun.

Kelmarin, Seoul menangguhkan perjalanan Menteri Luar, Yun Byung-Se, ke Tokyo sebagai membantah kunjungan menteri Kabinet Jepun ke Yasukuni hujung minggu lalu.

Beijing turut membantah lawatan itu, yang dilihat jiran Jepun sebagai simbol penjajahan era perang ketika ia menghormati 2.5 juta mangsa perang, termasuk 14 penjenayah perang.

Jurucakap Menteri Luar China, Hua Chunying, memberitahu wartawan Jepun mesti menebus tindakan masa lalunya.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Kedutaan Perancis kena bom

Tripoli: Ledakan bom kereta menyasarkan kedutaan Perancis di ibu negara Libya, semalam, mencederakan dua pengawal dan seorang remaja, serangan pertama sejak misi diplomatik Amerika Syarikat (AS) diserang di Benghazi, tahun lalu.

Bahan letupan dalam kereta itu diletupkan di luar bangunan kedutaanm di kawasan mewah al-Andalus awal pagi sebelum kakitangan tiba, kata pegawai keselamatan.

Insiden sebabkan kebakaran

Letupan kuat itu mencederakan dua pengawal Perancis dan menyebabkan kebakaran di pintu masuk yang sampai ke dalam pejabat. Seorang remaja perempuan Libya yang tinggal di rumah berdekatan turut cedera.

Dua kereta di luar kedutaan juga terbakar dan beberapa bangunan berdekatan juga rosak. Anggota bomba segera berkejar ke tempat kejadian dengan pegawai berkata, motif serangan belum jelas.

Dua tahun selepas perang saudara meletus, Libya kini menghadapi masalah mengawal keselamatan, mendapati sukar membentuk tentera yang bersatu selain mengawal militia termasuk pemberontak yang menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011.

Perancis dan Britain memimpin kempen serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang membawa kepada kejatuhan Gaddafi.
Malangnya, selepas itu, perang di Libya menyebabkan banyak senjata tertinggal di negara itu.

Seorang pakar memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan ini, bahawa Libya adalah sumber senjata penting di Afrika Utara sejak dua tahun lalu.

Pejuang Mali ceroboh

Pegawai Perancis bimbang kemungkinan ketidakstabilan Libya menjadi semakin teruk kerana mereka percaya ada pejuang dari Mali masuk ke negara itu selepas tenteranya campur tangan bagi mengusir militan al-Qaeda di sana.

Selain itu, kekacauan berterusan berlaku di Libya selepas Gaddafi tiada dan diplomat, agensi bantuan serta gereja turut diserang manakala berpuluh-puluh pegawai keselamatan Libya dibunuh.

Dalam kebanyakan kes, kerajaan gagal menahan pihak bertanggungjawab atau membuat tangkapan sama ada kerana bimbang serangan balas atau kurang upaya melakukan siasatan.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Gegaran terus berlaku

Written By Unknown on Selasa, 23 April 2013 | 16.40

Lushan: Gegaran yang berterusan memberi masalah utama kepada usaha menghantar bantuan keperluan kepada mangsa gempa di Sichuan, 36 jam selepas gempa magnitud 7 melanda wilayah barat laut China itu.

Lebih 2,000 gegaran susulan dicatat di Lushan sejak awal semalam dengan kekuatan tertinggi mencapai magnitud 5.4.

Perangkaan terbaru menyatakan 188 orang disahkan maut dan lebih 1.5 juta orang terjejas.

Anggota penyelamat pula berusaha mencari lebih ramai mangsa, usaha kritikal dalam tempoh 72 jam selepas bencana berlaku.

Periksa kediaman

Mereka berusaha memeriksa setiap kediaman di Lushan dan kawasan berdekatan yang kena gempa menggegarkan bandar Yaan awal Sabtu lalu.

Sehingga 5 petang semalam, kenderaan kembali melalui jalan raya menghubungkan Baoxing ke daerah lain termasuk Lushan, Xiaojin dan Dujiangyan, membolehkan bekalan keperluan dihantar, kata Jabatan Pengangkutan Wilayah Sichuan.
Jalan raya itu kini digelar laluan membantu kehidupan oleh anggota penyelamat.
Ada pasukan penyelamat sampai di Baoxing yang ada 60,000 penduduk. Seramai 26 penduduk disahkan maut di situ selain 2,500 lagi yang cedera.

Tunggu dipindahkan

Sebanyak 40,000 penduduk Baoxing kehilangan kediaman dan menunggu dipindahkan kerana kebanyakan rumah di Lingguan dan Daxi rosak teruk.

Imej satelit menunjukkan lebih 60 peratus bangunan di kawasan berkenaan mengalami kerosakan.

Gempa terbaru dianggarkan menyebabkan lebih 26,400 rumah dan 214 empangan rosak.
Mangsa gempa di Lushan amat memerlukan air, makanan dan khemah.

Wartawan Xinhua melihat penduduk terus menunggu bekalan sepanjang jalan raya dan ada kanak-kanak memegang sepanduk menyatakan 500 orang, tiada makanan, air, khemah.

Penduduk berbaris dapatkan bantuan

Saya tidak makan seharian, kata seorang penduduk di perkampungan Wangjia, Lushan.

Dia berbaris untuk mendapatkan air mineral yang diberi dermawan terkenal, Chen Guang-biao.

Chen berkata, dia mengedarkan 1,000 kayu membina khemah dan 1,000 kilogram sambil berjanji mengumpul 2.3 juta yuan (RM1.13 juta) untuk membantu mangsa gempa. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Pakatan usir Muslim Rohingya

Bangkok: Kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di negeri Rakhine dan kubur mangsa bunuh beramai-ramai ditemui.

Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) di sini semalam.

Penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah, lapor HRW yang berpejabat di New York.

Galak rusuhan

Pertubuhan itu menuduh pihak berkuasa Myanmar, pemimpin komuniti dan sami menganjur dan menggalakkan rusuhan dengan sokongan pasukan keselamatan negeri menyerang perkampungan Rohingya di Rakhine, Oktober lalu.

Kerajaan Myanmar melakukan penghapusan etnik terhadap penduduk Rohingya sehingga hari ini dengan menafikan bantuan dan menyekat kebebasan bergerak, kata Timbalan Pengarah HRW di Asia, Phil Robertson.

Penghapusan etnik secara asasnya ditakrif sebagai dasar satu etnik atau kumpulan agama untuk menghapuskan kumpulan lain dari kawasan tertentu secara ganas.
Di Rakhine, lebih 125,000 penduduk Rohingya yang dipaksa meninggalkan kediaman mereka, tidak diberi bantuan kemanusiaan dan tidak dapat pulang ke rumah mereka.

180 mati

Selain itu, 180 orang mati dalam dua keganasan etnik di Rakhine sejak Jun 2012, kata angka rasmi tetapi HRW percaya angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan 100 temu bual, HRW mendapat bukti empat kawasan kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti pembunuhan. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Korban gempa China meningkat

Written By Unknown on Senin, 22 April 2013 | 16.40

Lushan: Angka korban dan hilang akibat gempa bumi di Sichuan meningkat semalam kepada 203 dengan lebih 11,500 lagi cedera, 960 daripadanya tenat.

Pada masa sama, anggota penyelamat dilaporkan bertungkus-lumus ke tempat kejadian bagi mencari mangsa termasuk yang hilang.

Doktor dan jururawat terpaksa memberi rawatan di tempat terbuka di sini atau di bawah khemah dekat hospital yang penuh dengan kaca pecah dan runtuhan konkrit. Bekalan air dan elektrik juga terputus selepas gempa magnitud 6.6 melanda Lushan di bandar Ya'an, wilayah Sichuan, barat daya China.

Usaha bantuan sukar kerana jalan raya agak sempit dan tanah runtuh berlaku selain tindakan menyekat akses bagi mengelak kesesakan.

Bekalan sukar dihantar kerana kesesakan yang berlaku untuk ke sana. Kebanyakan bekalan masih dalam perjalanan.

Keperluan utama ialah tempat perlindungan dan bahan keperluan asas, kata jurucakap Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit.
Anggota penyelamat di Lushan menarik keluar 91 mangsa yang terselamat daripada bawah runtuhan, lapor Xinhua.

Di perkampungan paling dekat dengan pusat gegaran, hampir semua kediaman musnah.

Runtuhan berulang

Persatuan Meteorologi China memberi amaran kemungkinan tanah runtuh akan berulang di Lushan selepas 1,097 gegaran susulan berlaku.

Yaan mempunyai 1.5 juta penduduk dan salah satu lokasi kelahiran budaya teh China selain antara pusat utama melindungi beruang panda.

Sichuan juga adalah antara empat wilayah pengeluar gas di China dengan menghasilkan 14 peratus daripada keseluruhan pengeluaran negara itu.

Sinopec Group, antara pemilik loji penapis minyak terbesar Asia, berkata telaga gas besarnya di Puguang tidak terjejas. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Maraton Singapura pula diancam bom

Singapura: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan, di sini, berhubung satu ancaman bom online ke atas beberapa lokasi di republik ini, yang memperketat kawalan selepas dua letupan di Maraton Boston.

Nama dan kewarganegaraan lelaki itu, yang ditahan Khamis lalu tidak didedahkan. Dia ditahan selepas menulis ugutan itu dalam satu ulasan artikel berita mengenai pengeboman di Boston, kata polis dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Hanya sekadar ugutan

Siasatan awal menunjukkan suspek tidak berhasrat atau berniat untuk meneruskan ugutannya, kata kenyataan itu.

Akhbar perdana The Straits Times melaporkan lelaki itu menghantar ulasannya dalam laman web Yahoo! Singapura.

Tindakan membuat ugutan melakukan serangan bom di republik ini adalah satu kesalahan.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (RM245,412) atau kedua-duanya sekali.
Dalam satu lagi kenyataan berasingan, polis berkata, mereka juga sedang menyiasat satu ancaman untuk mengebom Maraton Singapura pada Disember depan tetapi belum ada sesiapa ditahan setakat ini.

Kenyataan polis memberitahu, pihak berkuasa memandang serius sesiapa, yang mengambil kesempatan atas kebimbangan keselamatan terbaru.

Polis menekankan, sebarang langkah menakut-nakutkan orang ramai dengan membuat ugutan palsu akan menyebabkan pihak berkuasa mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Selain itu, sebuah pesawat Singapore Airlies (SIA) membawa 280 penumpang dari Manila diperiksa polis selepas insiden keselamatan dilaporkan berlaku.

Penumpang dibenarkan keluar pada jam 3 pagi waktu tempatan, empat jam selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini.

Panggilan bom palsu

Polis berkata, tiada siapa ditahan dan enggan mendedahkan butir-butir kes, namun sumber memberitahu, ia berpunca daripada panggilan bom palsu.

Jumaat lalu, polis Amerika Syarikat menahan seorang remaja etnik Chechen disyaki meletakkan bom ketika Maraton Boston.

Tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera. Seorang suspek diburu dan ditahan selepas tembak menembak berlaku manakala seorang lagi mati ditembak polis.


16.40 | 0 komentar | Read More

Suspek kedua pengebom maraton ditahan

Written By Unknown on Minggu, 21 April 2013 | 16.40

Watertown: Polis berjaya menahan suspek pengebom Maraton Boston berusia 19 tahun, Dzhokhar Tsarnaev, di sini semalam.

Penduduk dan anggota polis bersorak gembira apabila dimaklumkan Dzhokhar ditahan selepas tembak menembak berlaku.

Pemuda itu dimasukkan ke hospital Boston dalam keadaan berlumuran darah dan cedera, kata polis Massacusetts.

Tidak diketahui bila dia akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan.

Sembunyi dalam bot

Dzhokhar bersembunyi dalam sebuah bot di belakang sebuah rumah di sini. Polis dimaklumkan seorang penduduk yang menyedari ada kesan darah pada bot itu.

Abang Dzhokhar, Tamerlan, 26, dibunuh malam Khamis lalu dalam tembak menembak dengan polis.
Dalam satu kenyataan, FBI berkata ia mewawancara Tamerlan selepas diminta sebuah kerajaan asing.

"Permintaan itu menyatakan, Tamerlan adalah pengikut radikal Islam dan banyak berubah sikap sejak 2010 ketika bersedia meninggalkan Amerika Syarikat," kata FBI.

Perkara itu ditutup kerana wawancara dengan Tamerlan dan anggota keluarganya tidak menunjukkan adanya sebarang aktiviti pembabitan dalam keganasan, domestik atau asing, kata agensi itu lagi.

Dalam wawancara berasingan terbaru, ibu bapa dua pemuda itu berkata, mereka percaya kedua-duanya tidak mampu melakukan sebarang pengeboman. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

156 korban gempa bumi

5,500 cedera gegaran magnitud 6.6 landa Sichuan

Beijing: Seramai 156 orang terbunuh dan 5,500 lagi cedera selepas gempa bumi magnitud 6.6 menggegarkan kawasan terpencil serta kawasan pergunungan Sichuan, wilayah barat daya China, semalam.

Lokasi gegaran terletak dekat kawasan gempa bumi besar yang mengorbankan hampir 70,000 penduduk pada Mei 2008.

Kami amat sibuk ketika ini, ada kira-kira lapan atau sembilan mangsa yang cedera, doktor sedang menguruskan kes itu" Liu, Doktor Hospital Ya'an


Gempa terbaru berlaku jam 8.03 pagi (0002 GMT) di daerah Lushan dekat bandar Ya'an dengan pusat gempa pada kedalaman 12 kilometer, kata biro Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu dirasai penduduk di wilayah berjiran dan ibu kota wilayah Chengdu, menyebabkan ramai penduduk bergegas keluar bangunan, lapor perkhidmatan mikro blog Sina, Weibo.

Agensi Xinhua melaporkan, angka korban dan cedera dengan 330 mangsa tenat.

Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang berkata semua usaha perlu dilakukan bagi menyelamat dan mengehadkan angka kematian. Li dalam perjalanan ke Ya'an.
"Isu paling penting dalam tempoh 24 jam selepas berlaku gempa ialah menyelamatkan nyawa," kata Li.

6,000 askar dikerah bantu

Xinhua berkata, 6,000 askar dikerahkan membantu usaha menyelamat. Stesen televisyen CCTV berkata, hanya kenderaan kecemasan dibenarkan masuk ke Ya'an dengan lapangan terbang Chengdu dibuka semula.

Kebanyakan kematian tertumpu di Lushan yang sudah terputus bekalan air dan elektrik.

Gambar di laman web China menunjukkan bangunan runtuh dan penduduk dengan balutan berlumuran darah dirawat dalam khemah di luar hospital yang rosak sedikit.

Penyelamat di Lushan menarik 32 mangsa terselamat keluar dari runtuhan, lapor Xinhua. Di perkampungan hampir dengan pusat gempa, hampir semua rumah dan bangunan runtuh, menurut rakaman disiarkan televisyen tempatan.

"Kami amat sibuk ketika ini, ada kira-kira lapan atau sembilan mangsa yang cedera, doktor sedang menguruskan kes itu," kata seorang doktor di hospital Ya'an dikenali sebagai Liu.

Hospital sedang merawat mangsa yang cedera di kepala dan kaki, tambahnya.

Seorang penduduk Chengdu, terletak 140 kilometer dari Ya'an memberitahu Xinhua, dia ada di tingkat 13 bangunan apabila merasa gegaran.

Bergegar 20 saat

Bangunan itu bergegar kira-kira 20 saat dan kepingan jubin jatuh dari bangunan berhampiran.

Ya'an mempunyai 1.5 juta penduduk dan satu daripada tempat asal budaya teh China. Ia juga menempatkan pusat utama perlindungan panda gergasi di negara itu. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

50 peratus pesakit H7N9 bukan kerana jangkitan ternakan

Written By Unknown on Sabtu, 20 April 2013 | 16.40

BEIJING: Lebih 50 peratus pesakit yang dijangkiti virus baru selsema burung di China tidak mempunyai hubungan dengan ternakan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, mencetuskan persoalan mengenai sama ada virus terbabit boleh dijangkiti di kalangan manusia.

Virus H7N9 setakat ini menyerang 87 orang di China dan membunuh 17 orang, tetapi ia masih belum jelas bagaimana mereka dijangkiti penyakit itu. Seorang pegawai rasmi China awal minggu ini berkata kira-kira 40 peratus pesakit tidak mempunyai kaitan langsung dengan penternakan burung.

Wakil WHO China, Michael O'Leary mengeluarkan data terbaru tetapi berkata jangkitan manusia kepada manusia adalah jarang.

"Berikutan siasatan semakin mendalam kami mendapati bahawa lebih separuh daripadanya tidak mempunyai hubungan dengan ternakan," kata O'Leary.

"Ia masih sejenis virus haiwan yang jarang menjangkiti manusia. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, kita tahu bahawa orang ramai tidak mendapat sakit daripada orang lain."

O'Leary berkata penyiasat menguji 80,000 burung bagi selsema tetapi hanya 40 yang diuji positif dan tiada daripadanya yang sakit.

Sepasukan pakar epidemiologi antarabangsa dan pakar lain diketuai WHO dan pegawai kerajaan China akan melawat pasar ayam hidup dan hospital dalam masa beberapa hari lagi di Beijing dan Shanghai.
Ada di antara sampel burung di pasar diuji positif.

China memusnahkan beribu-ribu burung dan menutup beberapa pasar menjual ternakan hidup untuk cuba mengelak jangkitan.

Penyembelihan ternakan secara besar-besaran adalah terlalu awal, O'Leary berkata beliau bagaimanapun tidak mengkritik apa yang sudah dilakukan.

China memberi amaran lebih banyak jangkitan. Kebanyakan 87 kes dan 11 kematian berlaku di pusat komersial di Shanghai. – REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Pengebom maraton adik beradik

Polis tembak mati seorang suspek, buru lelaki kedua dari rumah ke rumah

Watertown: Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan bom Maraton Boston baru-baru ini selain memeriksa dari rumah ke rumah ketika memburu suspek kedua di sini sejak malam kelmarin.

Pengebom juga didedahkan sebagai adik beradik iaitu Tamerlan, 26, dan Dzhokhar Tsarnaev, 19, keturunan Chechen yang memiliki status pemastautin tetap Amerika Syarikat.

Laporan lain menyatakan, Dzhokhar dilahirkan di Kyrgyzstan dan memiliki lesen memandu Massachusetts manakala Tamerlan dipercayai lahir di Russia.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk kawasan Newton, Waltham, Belmont, Cambridge dan Allston-Brighton supaya tidak keluar rumah dan tidak membuka pintu kecuali diketuk anggota polis.

Ia berikutan pembunuhan seorang polis universiti manakala seorang polis transit cedera sebelum mencuri sebuah kenderaan yang dikejar polis sebelum seorang suspek, Tamerlan, mati ditembak.

Polis buru Dzhokhar

Polis berkata, mereka memburu Dzhokhar, suspek memakai topi berwarna putih mengikut gambar rakaman kamera yang disiarkan kelmarin.
Rakaman itu dibuat sebelum beberapa letupan yang membunuh tiga orang dan mencederakan 176 orang lagi dekat garisan penamat Maraton Boston.

Semalam, pihak berkuasa mengawal sepenuhnya Boston, menghentikan sistem pengangkutan dan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah ketika buruan suspek diteruskan.

Dalam kejadian membawa kematian seorang suspek, pegawai berkata, anggota polis mendekati dua lelaki berkenaan yang disusuli tembak menembak dan seorang suspek ditembak dan dibawa ke hospital sebelum mati.

Suspek pengganas

"Kami percaya, mereka adalah pengganas. Lelaki terbabit datang ke sini untuk membunuh. Kami perlu menahannya," kata Pesuruhjaya Polis Boston, Ed Davis mengenai buruan suspek kedua.

Kejadian dramatik itu berlaku selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiarkan gambar dan video dua suspek membawa beg galas dan memakai topi besbol beberapa minit sebelum letupan berlaku.

Lima jam kemudian, seorang polis universiti ditembak mati di kampus Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Tidak lama selepas itu, polis dimaklumkan sebuah kereta dicuri dua lelaki yang membawa pemiliknya di dalam kenderaan selama setengah jam sebelum membebaskannya.

Polis mengejar kenderaan itu ke Watertown apabila beberapa butir bom dilempar ke arah kereta polis dan tembak menembak berlaku. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Punca jangkitan H7N9 terus disiasat

Written By Unknown on Jumat, 19 April 2013 | 16.40

BEIJING: China menyiasat kemungkinan virus jenis baru selesema burung H7N9 yang mengorbankan 17 orang setakat ini membabitkan jangkitan dari manusia kepada manusia dan meneliti kelompok keluarga mangsa yang dijangkiti virus itu, kata pegawai tinggi kesihatan.

Pihak berkuasa membunuh beribu-ribu ayam dan menutup sebahagian pasar ternakan hidup untuk melambatkan kadar jangkitan manusia. Namun banyak aspek selesema burung baru ini kekal misteri, terutama sama ada jenis H7N9 ini dipindahkan antara manusia.

China memberi amaran bilangan jangkitan, 82 setakat ini, akan meningkat. Kebanyakan kes dan 11 kematian dicatatkan di Shanghai.

Pengarah pusat kesihatan kecemasan di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China (CDPCC), Feng Zijian, memberitahu wartawan kelmarin mereka memberi perhatian rapi kepada kes kelompok keluarga.

"Kami masih meneliti dengan mendalam untuk melihat kemungkinan paling utama, adakah ia pertama kali berlaku pemindahan ayam kepada manusia, dan kemudian jangkitan manusia kepada manusia, sama ada mereka mempunyai sejarah pendedahan sama, terdedah kepada objek dijangkiti atau sama ada ia disebabkan persekitaran," kata Feng.

Komen beliau dilaporkan dalam kenyataan yang disiarkan di laman web Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Negara.

Satu daripada keluarga yang sedang dikaji di China membabitkan dua saudara lelaki dan bapa mereka yang meninggal akibat virus itu, katanya.
"Kelompok keluarga ini masih tidak mengubah pemahaman kita mengenai ciri penyakit ini secara umum - ia dipindahkan daripada burung kepada manusia dan tiada bukti pemindahan manusia kepada manusia," katanya.

Usaha memastikan asal virus H7N9 juga terjejas akibat kekurangan maklumat tepat daripada mangsa mengenai sama ada mereka bersentuhan dengan ayam, kata Feng.

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bilangan mangsa yang diuji positif untuk jenis baru selesema burung tidak bersentuhan dengan ayam.

WHO sebelum ini melaporkan dua kes disyaki kelompok keluarga tetapi yang pertama tidak benar dan yang kedua tidak meyakinkan.

Ketua saintis yang bertanggungjawab mengenai epidemiologi di CDPCC, Zeng Guang, berkata kira-kira 40 peratus mangsa manusia tidak mempunyai sejarah jelas pendedahan kepada ayam, lapor Beijing News. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

70 maut loji baja meletup

Berpuluh-puluh rumah musnah, 100 masuk hospital

Chicago: Sebuah loji baja di Texas meletup semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 orang terbunuh, lapor media tempatan di tengah kebimbangan tangki kedua kilang terbabit juga akan terbakar.

Agensi berita AFP yang memetik kenyataan Pengarah Perkhidmatan Kecemasan West, George Smith menerusi siaran stesen televisyen KWTX melaporkan 60 hingga 70 kematian akibat kejadian itu.

Berpuluh-puluh rumah musnah manakala lebih 160 orang terpaksa dipindahkan dari sebuah pusat perlindungan berhampiran dan sekurang-kurangnya 100 pesakit dimasukkan ke hospital berikutan letupan kuat di loji terbabit di bandar West, di luar Waco.

Timbalan ketua jabatan bomba Waco, Don Yeager berkata letupan berlaku selepas jam 8 malam waktu tempatan dipercayai bermula dengan kebakaran di loji terbabit.
Sekurang-kurangnya empat anggota bomba juga dilaporkan hilang.

Bagai letupan nuklear

"Kejadian yang berlaku seperti letupan bom nuklear dan keadaan di sini sekarang seperti di zon perang," kata Datuk Bandar West, Tommy Muska kepada CNN.
Wujud percanggahan laporan angka kematian selepas letupan di negeri selatan Amerika Syarikat itu, di mana saksi berkata ia menyebabkan bebola api besar melantun ke udara.

Seorang pentadbir di hospital Providence di Waco, Keith Hopkins memberitahu AFP, kakitangan kecemasan di West juga memberikan angka kematian antara 60 hingga 70 orang.

Seorang jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Texas, D L Wilson memberitahu pemberita beliau tidak mengesahkan atau menafikan angka itu.

AS dilanda 2 kali letupan

Amerika Syarikat dilanda dua kejadian pengeboman berkembar di Boston pada Isnin dan kebimbangan berikutan surat bercampur racun yang dihantar kepada Presiden Barack Obama dan senator Amerika Syarikat. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Musharraf tak layak tanding

Written By Unknown on Rabu, 17 April 2013 | 16.40

Peshawar: Hakim Pakistan semalam memutuskan bekas Presiden Pervez Musharraf tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, tamparan hebat kepada bekas pemerintah tentera itu yang baru kembali dari hidup dalam buangan untuk membuat kemunculan semula dalam arena politik, kata peguam.

Seminggu lalu, hakim di daerah Chitral yang terpencil di utara memberikan kebenaran kepada Musharraf untuk bertanding dalam pilihan raya 11 Mei ini, walaupun beliau tidak layak di daerah lain kerana menggantung Perlembagaan dan memecat hakim kanan ketika masih berkuasa.

Peguam mencabar keputusan di Chitral dan tribunal rayuan tiga anggota semalam menidakkan kelayakan Musharraf untuk bertanding di daerah itu, kata dua daripada tiga peguam yang membangkitkan bantahan berkenaan, Taufiq Asif dan Rao Abdur Rahim. - AP
16.40 | 0 komentar | Read More

Amerika buru pengebom

Cari bukti dua letupan dekat laluan Maraton Boston

Boston: Amerika Syarikat mula memburu individu atau kumpulan bertanggungjawab meletupkan dua bom di garisan penamat Maraton Boston.

Ia mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih 140 orang dalam serangan bom terburuk di bumi Amerika sejak serangan 11 September 2001 (9/11).

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengetuai sekumpulan agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan untuk menyiasat kes.

Bom meletup di tengah kesesakan orang ramai di garisan penamat, mencemarkan sambutan tahunan Hari Pahlawan ketika puluhan ribu penduduk memenuhi jalan raya untuk memberi sorakan.

Bom itu menggunakan serbuk peluru selain diisi bebola besi dan serpihan lain untuk memaksimumkan kecederaan, kata seorang pegawai penguat kuasa kanan undang-undang yang diberi taklimat berhubung siasatan.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata kes itu akan dikategorikan sebagai tindakan keganasan namun masih belum dipastikan sama ada serangan itu datangnya dari sumber asing atau tempatan.
Presiden Barack Obama pula berjanji untuk menangkap sesiapa juga yang bertanggungjawab.

"Ia adalah satu siasatan jenayah yang juga siasatan terhadap potensi keganasan," kata Richard DesLauriers, ejen khas FBI.

Rakaman video menunjukkan ramai peserta menuju ke garisan penamat apabila bebola api dan asap berkepul dari belakang penonton yang bersorak dekat bendera negara peserta. Dua letupan itu berlaku kira-kira empat jam sembilan minit selepas perlumbaan bermula.

"Saya lihat ada kaki penonton seperti hancur. Darah di merata-rata tempat. Kemudian mereka ditolak dengan kerusi roda," kata Joe Anderson. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Dihukum tipu masih dara

Written By Unknown on Selasa, 16 April 2013 | 16.40

Wanita diarah bayar RM24,000 bohong suami ketika kahwin

ABU DHABI: Gara-gara menipu dirinya masih dara sedangkan dia sudah berkahwin sebelum bernikah sekali lagi, seorang wanita diarah membayar pampasan 30,000 dirham (RM24,000) kepada suaminya.

Mahkamah Rayuan Abu Dhabi menyokong keputusan awalnya hujung minggu lalu yang mendapati wanita Mesir itu bersalah atas tuduhan menipu suaminya, lapor akhbar di sini, semalam.

Hakim mahkamah diberitahu, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami pertama, memberi kenyataan palsu dengan bantuan bapanya.


Nilai pampasan itu juga sebenarnya ditambah. Hukuman awal memutuskan pampasan sebanyak 10,000 dirham (RM8,100).

Hakim mahkamah diberitahu, wanita berkenaan yang sudah bercerai dengan suami pertama, memberi kenyataan palsu dengan bantuan bapanya.

Tertuduh dan bapanya menyatakan dalam kontrak perkahwinan mereka bahawa dia tidak pernah berkahwin atau melakukan hubungan seks, lapor Al-Bawaba.

Rekod mahkamah mendedahkan, suami wanita itu menerima satu mesej teks daripada seorang yang tidak dikenali bahawa isterinya sebenarnya pernah berkahwin.
Mesej itu diterima selepas perkahwinan mereka sudah berlangsung tiga tahun dan dikurniakan seorang anak.

Satu salinan dokumen perceraian wanita itu juga dihantar kepada suaminya sebagai bukti. Ia menyebabkan suaminya mengemukakan saman terhadap tertuduh atas tuduhan menipu.

Lelaki itu menuntut pampasan dari segi masalah emosi yang dihadapinya selepas mengetahui perkara itu selain mengalami kemurungan dan tidak lagi mempercayai orang lain selepas ditipu isteri sendiri.

Dia juga menuduh isterinya menjalani pembedahan untuk membolehkan dia percaya mengahwini anak dara. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Anak didik Chavez menang tipis

Nicolas Maduro menang pilihan raya Venezuela dengan 50.7 peratus undi

Caracas: Nicolas Maduro menang tipis pilihan raya Presiden Venezuela selepas meraih 50.7 peratus undi mengalahkan pencabarnya, Henrique Capriles yang menerima 49.1 peratus undi.

Anak didik bekas pemimpin Hugo Chavez itu yang juga bekas pemandu bas menang dengan kelebihan 235,000 undi.

Kita menang secara adil, sah dan mengikut Perlembagaan. Orang yang tidak undi kita, saya gesa supaya kita bersatu" Nicolas Maduro, Presiden Venezuela


Enggan iktiraf

Capriles enggan mengiktiraf keputusan itu dan berkata pasukannya mencatat lebih 3,000 penyelewengan termasuk perbuatan melepaskan tembakan hingga membuka pusat mengundi secara tidak sah.

Maduro berkata, beliau menerima sepenuhnya kiraan semula undi sambil menegaskan kemenangannya adalah secara bersih dan menyifatkan Chavez faktor penentu.
"Kita menang secara adil, sah dan mengikut Perlembagaan. Orang yang tidak undi kita, saya gesa supaya kita bersatu.
"Kita akan bekerjasama untuk memastikan negara selamat dan ekonomi terus baik," kata Maduro kepada penyokongnya.

Sementara itu, Capriles, 40, ketika menuntut kiraan semula undi, berkata:
"Saya tidak melawan seorang calon tetapi kuasa yang penuh dengan penyelewengan."
"Maduro, kamu yang kalah. Sistem ini sudah hancur, seperti istana pasir, sentuh saja dan ia roboh," kata gabenor negeri Miranda itu.


Sebarang pertikaian mengenai pilihan raya boleh menimbulkan ketidakstabilan di negara yang paling besar simpanan minyak di dunia.

Tak suruh terus protes

Meskipun ada penyokongnya yang menjerit 'tipu', mengetuk periuk dan kuali serta membakar tayar tanda membantah, Capriles tidak meminta mereka meneruskan bantahan.

Lembaga pilihan raya berkata, kemenangan Maduro 'tidak boleh diubah' dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan melakukan audit.

Presiden Russia, Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Maduro dan berharap hubungan baik dua negara akan diteruskan.Pemimpin Argentina, Cristina Fernandez, turut mengucapkan tahniah kepada Maduro. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Saintis dakwa boleh ramal masa depan

Written By Unknown on Minggu, 14 April 2013 | 16.40

Warga Iran cipta mesin buat jangkaan sehingga lapan tahun

Tehran: Seorang ahli perniagaan dan saintis Iran mendakwa berjaya mencipta mesin yang membenarkan pengguna mengetahui apa yang berlaku pada masa depan bagi tempoh lapan tahun.

Ali Razeghi mendaftarkan 'Mesin Rentas Masa Aryayek' dengan Pusat Ciptaan Strategik kendalian kerajaan.

Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya" Ali Razeghi, Saintis


Alat itu boleh meramalkan masa depan dalam satu cetakan selepas mengambil bacaan daripada sentuhan seorang pengguna, katanya kepada agensi berita Fars.

Razaeghi, 27, berkata peralatan itu berfungsi dengan satu set algoritma rumit untuk meramalkan lima hingga lapan tahun kehidupan akan datang mana-mana individu, dengan 98 peratus ketepatan.

Pencipta bersiri

Sebagai pengarah urusan Pusat Ciptaan Strategik Iran, Razeghi adalah seorang pencipta bersiri dengan 179 ciptaan lain disenaraikan di bawah namanya.
"Saya sudah bekerja dalam projek ini sejak 10 tahun lalu," katanya.

"Ciptaan saya biasanya muat dalam saiz bekas komputer peribadi dan boleh ramal perincian untuk lima hingga lapan tahun kehidupan penggunanya.

"Saya tidak akan bawa anda kepada masa depan, ia akan bawa masa depan kepada anda."

Razeghi berkata, kerajaan Iran dapat meramalkan kemungkinan satu konfrontasi ketenteraan dengan sebuah negara asing, dan meramalkan turun naik nilai mata wang asing dan harga minyak dengan menggunakan ciptaannya itu.

"Biasanya sebuah kerajaan dapat melihat lima tahun akan datang berupaya menyiapkan dirinya untuk cabaran yang mungkin menggugatnya," katanya.

Pasarkan ciptaan

"Oleh yang demikian kami jangka untuk memasarkan ciptaan ini sebaik saja kami capai satu peringkat pengeluaran besar-besaran."

Razeghi berkata, projek terbarunya dikritik rakan dan saudara mara kerana 'cuba bertindak seperti Tuhan' dengan kehidupan manusia dan sejarah.

Tak bertentangan agama

"Projek ini bukan bertentangan dengan nilai agama sama sekali.
"Amerika cuba buat ciptaan ini dengan membelanjakan jutaan dolar sedangkan saya hanya belanja sedikit saja.

"Alasan kami tidak melancarkan prototaip pada peringkat ini ialah China akan curi idea ini dan menghasilkan keuntungan berjuta-juta dolar dalam sekelip mata," katanya. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Pesawat terbabas ke laut

Lebih 100 penumpang Lion Air terselamat

Denpasar: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan tambang murah Lion Air, terbabas dari landasan di lapangan terbang Bali dan jatuh ke laut semalam , namun semua 108 penumpang dan krew terselamat.

"Pesawat Boeing 737-80 itu membawa kira-kira 101 penumpang dan tujuh krew tersasar dari landasan ketika mendarat dalam keadaan cuaca baik di lapangan terbang Denpasar dan patah dua," kata pegawai kementerian pengangkutan Herry Bhakti kepada AFP.

"Pesawat terbabit mahu mendarat tetapi tiba-tiba terjatuh ke laut. Penumpang di dalamnya panik dan mula menjerit" Dewi, Penumpang


Bakhti pada awalnya berkata pesawat terbabit tersasar dari landasan tetapi kemudian mengesahkan bahawa ia mendarat terus dalam air.

Imej di tempat kemalangan menunjukkan pesawat terbabit separuh tenggelam di dalam air dengan gelungsur terbuka di bahagian pintu hadapan dan retakan besar pada bahagian belakang pesawat.

Penumpang dengan memakai jaket keselamatan turut kelihatan di dalam air.

Penumpang jerit
"Pesawat terbabit mahu mendarat tetapi tiba-tiba terjatuh ke laut. Penumpang di dalamnya panik dan mula menjerit," kata seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Dewi kepada AFP dalam suara masih lagi bergetar.

Beliau cedera ringan di kepala dan dibawa ke hospital Denpasar di mana sekurang-kurangnya sembilan yang lain turut dirawat.

Seorang jurucakap Lion Air berkata pesawa itu membawa 101 penumpang dan tujuh krew. Penumpang termasuk 95 orang dewasa, lima kanak-kanak dan seorang bayi. Bhakti pada awalnya berkata pesawat itu membawa lebih 130 penumpang.

Katanya pesawat terbabit mula beroperasi pada 2012 dan adalah pesawat baru.

"Jawatankuasa keselamatan pengangkutan kebangsaan akan menyiasat punca kemalangan. Namun memang luar biasa kerana semua penumpang terselamat," katanya. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Jepun letak misil Patriot di Okinawa

Written By Unknown on Sabtu, 13 April 2013 | 16.40

Tokyo: Jepun akan menempatkan peluru berpandu Patriot di Okinawa secara kekal mulai bulan ini sebagai sebahagian usaha meningkatkan keupayaan pertahanan berikutan kebimbangan ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera, berkata pihaknya akan meletakkan kelengkapan sistem 'Patriot Advanced Capability 3' atau PAC-3 di dua pangkalan tentera di pulau selatan Jepun seawal April.

PAC-3 bertindak sebagai pemintas peluru berpandu. Kementerian itu sebelum ini merancang menghantarnya bermula Mac 2015.

"Kami menimbang untuk mempercepat pelan melindungi nyawa dan harta benda penduduk daripada serangan peluru berpandu balistik," kata Onodera kepada media.

Kemungkinan perang

Negara itu masih berwaspada penuh menjelang kemungkinan pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara.

Agensi perisikan Korea Selatan berkata, Korea Utara menyiapkan dua peluru berpandu jarak sederhana untuk dilancarkan segera di pantai timurnya meskipun diberi amaran oleh sekutunya China supaya mengelak melakukan provokasi.
Sebagai tambahan kepada PAC-3, kapal pemusnah Aegis dilengkapkan dengan pemintas peluru berpandu dihantar ke Laut Jepun.

Agensi perisikan tentera Amerika Syarikat menyatakan Pyongyang ada keupayaan untuk melancarkan senjata nuklear peluru berpandu antara benua.

Bagaimanapun, laporan Agensi Risikan Pertahanan (DIA) disangkal Jabatan Pertahanan yang menegaskan bahawa Korea Utara tidak mempunyai peluru berpandu nuklear.

Jurucakap Pentagon, George Little, berkata ia mungkin tidak tepat untuk mengatakan bahawa Korea Utara sudah membuat ujian penuh, membangun atau menunjukkan keupayaan nuklear seperti dinyatakan dalam laporan DIA.

Kenyataan itu dibuat selepas seorang ahli perundangan membaca laporan DIA yang menunjukkan perubahan pandangan Washington terhadap program nuklear Korea Utara.

DIA berkata, penganalisis Amerika yakin Korea Utara memiliki senjata nuklear yang berupaya menghantar peluru berpandu balistik, tetapi kewujudan senjata itu adalah 'rendah'.

Laporan risikan itu menandakan kali pertama kerajaan Amerika memperakui Korea Utara berjaya untuk mengecilkan bom nuklear supaya boleh dimasukkan dalam peluru berpandu.

AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Vaksin virus H7N9 beberapa bulan lagi

Shanghai: Usaha menghasilkan vaksin virus selesema burung H7N9 yang membunuh 10 penduduk di timur China, akan mengambil masa beberapa bulan lagi, kata pakar kesihatan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa China mengesahkan 38 kes jangkitan berpunca daripada virus H7N9 selepas mengumumkan penemuannya hampir dua minggu lalu khususnya jangkitan terhadap manusia.

Keputusan agak lemah

Vaksin awal menyasarkan virus yang hampir sama menghasilkan keputusan agak lemah, kata dua pakar influenza Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, (CDC) dalam Jurnal Perubatan New England.

"Meskipun teknologi pembuatan terbaru menghasilkan vaksin digunakan, bermula dengan pemprosesan hingga membangunkan vaksin itu mungkin akan mengambil masa beberapa bulan," kata Timothy Uyeki dan Nancy Cox.

Walaupun usaha dilakukan di seluruh dunia untuk membangunkan sejenis vaksin mula dibangunkan berdasarkan kes awal, ujian klinikal masih perlu dijalankan, kata artikel mereka yang disiarkan dalam laman web jurnal itu.

Kerajaan China berkata, mereka menjangka sejenis vaksin dapat disediakan dalam masa tujuh bulan, lapor media tempatan.
Sementara itu, Kementerian Sains dan Teknologi China serta Kementerian Kesihatan bekerjasama dalam menghasilkan vaksin itu, lapor agensi berita Xinhua.

Edar kit kepada hospital

China sudah mempunyai teknik untuk menguji H7N9 dengan mengedarkan kit kepada hospital selain pusat pemantauan lain, kata Xinhua.

Artikel jurnal itu memuji China kerana mampu mengenal pasti virus dengan cepat selain menggesa supaya pemantauan lebih rapat dilakukan terhadap penduduk yang menghadapi masalah pernafasan dan memantau hubungan pesakit yang dijangkiti.

Pihak berkuasa China berkata, mereka tidak tahu bagaimana virus itu merebak tetapi setakat ini ia tidak berjangkit antara manusia, satu pemerhatian yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Susilo sertai Twitter

Written By Unknown on Jumat, 12 April 2013 | 16.40

Jakarta: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berusaha untuk meningkatkan imejnya dengan menyertai Twitter tidak lama lagi.

Berikutan itu, pengguna internet boleh berinteraksi secara langsung dengan presiden menerusi rangkaian sosial itu dan mungkin menerima jawapan balas daripada Susilo.

Jurucakap presiden, Julian Aldrin Pasha berkata Susilo menganggap perlu untuk membuka akaun Twitternya sendiri bagi membolehkan beliau berkomunikasi dengan lebih ramai orang awam.

Ada kod khas untuk membolehkan rakyat tahu jika mesej itu datang secara langsung daripada Susilo.

Bagaimanapun, sekumpulan orang akan menguruskan akaun itu, kata Julian kepada The Jakarta Post, kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan bila akaun rasmi Twitter milik Susilo akan dilancarkan.

Susilo sekian lama menjadi sasaran kritikan media sosial, dengan penduduk memilih untuk melepaskan perasaan tidak puas hati ke atas kerajaan menerusi Twitter atau Facebook.
Pun begitu, memang diketahui ramai bahawa pengguna tegar Twitter menunggu tweet pertama Susilo.

Seorang pengguna tidak dikenali, @TrioMacan2000, menghantar mesej pada Rabu lalu, berbunyi:

Jika SBY benar-benar membuka akaun rasmi Twitter, apa yang pertama sekali kita perlu beritahunya? Ada idea?

Pada masa sama, belum dapat dibuktikan sama ada memiliki akaun peribadi Twitter membantu Susilo memulihkan imejnya.

Ahli sosiologi Universiti Gajah Mada berpusat di Yogyakarta, Arie Sujito berkata bahawa tindakan Susilo mungkin hanya menyebabkan lebih ramai orang mengkritiknya.

Katanya, jika akaun itu akan digunakan untuk meningkatkan imejnya, ia akan memberi kekecewaan lagi kepada orang awam, yang menunggu tindakan konkrit presiden.

Saya fikir orang semakin jemu dengan ahli politik menggunakan media sosial untuk mengukuhkan imej umum mereka. Kami sudah pasti tidak perlukan presiden melakukannya juga, katanya.

Arie menambah, Twitter bukan cara berkesan berhubung dengan orang awam berikutan sifat presiden yang tidak akan membalas segera terhadap aspirasi umum. AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemisah selatan Thai marah diabai kerajaan

Bangkok: Pemisah selatan Thai mungkin memperhebat serangan di rantau itu kerana tidak dijemput oleh kerajaan untuk mengambil bahagian dalam rundingan damai yang ketika ini hanya membabitkan Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Bekas pemimpin Agensi Perisikan Nasional (NIA), Thawil Plansri memberitahu demikian dalam satu seminar di Bangkok ketika dua lagi askar Thai terbunuh dan enam lagi cedera kerana serangan bom kereta di Pattani, semalam.

Pemisah melakukan 32 serangan di lapan daerah Pattani termasuk melepaskan tembakan ke arah pejabat kerajaan dan kedai runcit selain tiang telefon.

Tingkat serangan

Sesetengah kumpulan pemisah selain Thawil meningkatkan keganasan di selatan Thailand baru-baru ini sebagai maklum balas terhadap kegagalan kerajaan untuk memasukkan mereka dalam rundingan damai, kata Thawil, semalam.

Rundingan damai pasti satu kemestian, namun sejauh yang saya boleh beritahu, ada antara sembilan dan 12 kumpulan beroperasi di Selatan.

Justeru, apabila kerajaan Thailand secara rasmi memulakan rundingan damai dengan hanya satu kumpulan, yang lain mungkin tidak puas hati, kata Thawil. Beliau bercakap dalam seminar bertajuk: Pengajaran daripada Rundingan Damai Kerajaan Thailand dengan BRN. Persatuan Wartawan Thailand dan Agensi Berita Isra secara bersama menganjurkan acara itu.

Sejak rundingan damai secara rasmi bermula lewat bulan lalu, beberapa insiden keganasan meletus.

Jumaat lalu, seorang timbalan gabenor Yala terbunuh.

Bercakap pada seminar sama, pensyarah Universiti Chulalongkorn yang juga bekas setiausaha Perdana Menteri, Panitan Wattanayagorn berkata rundingan damai baru bermula.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Tokyo tersilap umum lancar peluru berpandu

Written By Unknown on Kamis, 11 April 2013 | 16.40

Tokyo: Pihak berkuasa di bandaraya Yokohama, Jepun terpaksa menanggung malu selepas tersilap mengumumkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara kepada 40,000 pengikutnya di Twitter.

Bandar raya selatan Jepun itu pada awalnya menyiarkan di Twitter pada waktu tengahari pengumuman bahawa Korea Utara melancarkan satu peluru berpandu dengan meninggalkan kosong pada bahagian waktu sebenar pelancaran.

Terima panggilan pengikut Twitter

"Kami menerima satu panggilan dari seorang daripada pengikut yang menyedari kesilapan itu. Kami menyiapkan Tweet yang hanya menunggu masa untuk dihantar tetapi tanpa sebab, yang tidak diketahui ia tersilap dihantar." kata seorang pegawai.

"Bandar raya terbabit hanya menarik balik Tweet itu kira-kira 20 minit kemudian dan memohon maaf kepada pengikut @yokohama-saigai," kata pegawai terbabit.

Jepun dalam keadaan berwaspada menjelang pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara, yang mana peluru berpandu Patriot ditempatkan di ibu negaranya untuk melindungi 30 juta penduduk, yang tinggal di situ.

Sebagai tambahan kepada PAC-3, pemusnah Aegis dilengkapkan dengan peluru berpandu pemintas, yang ditempatkan di Laut Jepun.
Twitter amat popular di Jepun, yang mana ia membenarkan tulisan berimejkan piktograf dan ideograf bahasa itu amat sesuai bagi had 140 aksara.
Ia juga membolehkan lebih banyak maklumat disampaikan berbanding menggunakan huruf seperti bahasa Inggeris.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

AS, Korea Selatan tingkat tahap waspada

Seoul: Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat meningkatkan status waspada kepada tahap 'ancaman besar' menjelang ujian peluru berpandu Korea Utara dengan ketegangan meningkat menjelang lima hari sebelum upacara memperingati ulang tahun kematian pengasas negara itu Kim ll-Sung.

Menteri Luar, Yun Byung-se berkata pihaknya menjangka Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu jarak sederhana pada bila-bila masa untuk menunjukkan kekuatannya.

Redakan ketegangan

Beliau berkata negaranya sudah meminta China dan Russia untuk berbincang dengan Korea Utara bagi meredakan ketegangan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguatkuasakan sekatan ke atas Pyongyang Februari lalu.

Namun keadaan di Seoul secara keseluruhannya dilaporkan tenang manakala urusan perniagaan berjalan seperti biasa.

Laporan juga menyatakan bahawa lintasan sempadan terbesar antara Korea Utara dan China, Dandong, kini ditutup kepada pelancong dan agensi pelancongan tidak dibenarkan membawa pelawat ke sana

Korea Utara minggu lalu memaklumkan diplomat asing di Pyongyang bahawa mereka diberi tempoh hingga 10 April untuk mempertimbangkan perpindahan, menyemarakkan spekulasi pelancaran antara Rabu dan 15 April bagi meraikan hari jadi bekas pengasas, Kim II-Sung.
Ia juga adalah bersempena dengan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dan ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Anders Fogh Rasmussen, yang kedua-duanya berada di Seoul pada Jumaat ini.

Agensi perisikan Korea Selatan berkata Korea Utara menyiapkan dua peluru berpandu jarak sederhana yang akan dilancarkan dari pantai timurnya, walaupun amaran dari sekutunya, China untuk mengelak langkah provokasi ketika ketegangan tentera semakin meningkat.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Kempen benci orang Islam

Written By Unknown on Rabu, 10 April 2013 | 16.40

Colombo: Duta Amerika Syarikat ke Sri Lanka, Michele J Sison menyuarakan kebimbangan mengenai ucapan berbaur kebencian dan serangan terhadap orang Islam di negara itu.

Beliau memberi amaran, sentimen seperti itu wajar tidak dibenarkan meningkat.

Ucapan berbaur kebencian, penghinaan dan serangan terhadap kedai peniaga Muslim termasuk masjid semakin meningkat. Nasionalis Sinhala-Buddha

Ia dilakukan kumpulan nasionalis Sinhala-Buddha sejak beberapa bulan lalu dan ketiadaan tindakan balas oleh kerajaan dan polis menyebabkan mereka dituduh menyokongnya meskipun dinafikan.

Amerika serta ramai penduduk Sri Lanka bimbang dengan beberapa serangan terhadap tempat perniagaan milik orang Islam khususnya hasutan supaya tindakan itu dilakukan, kata Sison kepada wartawan asing di sini, kelmarin.

Sentimen kebencian seperti ini tidak boleh dibenarkan berterusan, katanya sambil menambah, suara toleransi mesti dapat mengalahkan sikap pelampau.
Satu resolusi tajaan Amerika mengenai Sri Lanka di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, juga menyuarakan kebimbangan terhadap diskriminasi agama itu.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Warga asing dinasihat tinggalkan Seoul

Seoul: Korea Utara semalam menggesa orang asing di Korea Selatan menimbang keluar dari negara jirannya itu kerana ada kemungkinan perang nuklear akan meletus di Semenanjung Korea.

Amaran itu menyusuli makluman kepada kedutaan asing di Pyongyang bahawa negara itu tidak boleh menjamin keselamatan diplomat jika perang meletus.

Perkembangan di Semenanjung Korea kini menuju kepada perang nuklear, menurut kenyataan semalam oleh Jawatankuasa Keamanan Asia Pasifik Korea Utara.

Jika perang berlaku, kami tidak mahu orang asing di Korea Selatan menjadi mangsa, kata mereka.

Ia juga menggesa semua pertubuhan, syarikat dan pelancong asing mengambil langkah ke arah berpindah dari Korea Selatan.

Tempatkan peluru berpandu

Di Tokyo, Jepun menempatkan peluru berpandu di ibu negara sebagai persediaan mempertahankan penduduknya daripada sebarang serangan Korea Utara.
Pegawai berkata, pihak berkuasa mengutamakan keselamatan 30 juta penduduknya.
Dua peluru berpandu darat ke udara Patriot Advanced Capability-3, sudah diletakkan di Kementerian Pertahanan Tokyo.

Kami meneruskan persiapan itu dengan menempatkan peluru berpandu PAC-3 kerana berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Laporan tempatan menyatakan, peluru berpandu PAC-3 akan ditempatkan di dua lagi lokasi di ibu negara.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Tahanan Buddha, Rohingya gaduh

Written By Unknown on Sabtu, 06 April 2013 | 16.40

Lapan terbunuh selepas guru agama, nelayan berdebat

BELAWAN: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 15 lagi cedera apabila sekumpulan nelayan Buddha dan Islam di sebuah pusat tahanan imigresen Indonesia bergaduh semalam, kata polis.

Ketua polis tempatan Endro Kiswanto berkata, pergaduhan tercetus di wilayah Sumatera Utara, di mana lebih 100 pendatang Rohingya yang memasuki Indonesia menggunakan bot serta 11 nelayan haram dari Myanmar ditahan bersama.

Beliau berkata, saksi memberitahu polis bahawa pergaduhan bermula selepas seorang guru agama Islam Rohingya dan seorang nelayan Buddha berdebat mengenai keganasan kaum yang tercetus di negara mereka bulan lalu.

Ketua pusat tahanan Yusuf Umardani berkata, perdebatan bertukar menjadi pertengkaran sebelum nelayan itu menikam guru agama berkenaan.

" Apabila mangsa menjerit, rakannya membantu beliau. Bermula dari situ pergaduhan tercetus dengan cepat menyebabkan pengawal keselamatan terlalu lambat untuk menghentikannya.

"Keganasan berlaku dengan cepat, dan ia sukar dijangka kerana mereka setakat ini tinggal dalam keadaan aman. Kebanyakan mangsa yang mati kerana mengalami kecederaan teruk di kepala. Mereka dikatakan bergaduh menggunakan apa saja yang ada termasuk kayu, batu, kerusi dan pisau," katanya.

Sekurang-kurangnya lapan penganut Buddha terbunuh dan 15 penduduk Rohingya cedera. Tiga lagi penganut Buddha tidak mengalami kecederaan, kata Kiswanto.
"Saya keluar bersama dua rakan dan apabila pulang semula kami nampak mereka," kata Win Thike Oo, seorang daripada nelayan yang memberitahu jurugambar Associated Press di tempat kejadian.

"Rakan kami berlumuran darah. Jika kami berada di situ ketika itu, kami juga akan mati."

Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital di ibu kota, Medan, kira-kira 23 kilometer ke selatan Belawan.

Tiga nelayan yang terselamat dipindahkan ke bangunan berasingan dan beratus-ratus polis dikerah untuk mengawal keselamatan di pusat terbabit.
Sepasukan forensik turut ditugaskan untuk mencari bukti dan menentukan bagaimana mereka memiliki pisau.

Kiswanto berkata seramai 25 penduduk Rohingya disoal siasat polis dan akan didakwa di bawah undang-undang Indonesia kerana terbabit dalam pembunuhan. – AP


16.40 | 0 komentar | Read More

47 maut bangunan runtuh

Struktur tak kukuh dipercayai punca bangunan dibina secara haram roboh

Mumbai: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh manakala 70 lagi cedera, apabila sebuah bangunan separuh siap yang dibina secara haram di pinggir hab kewangan India itu runtuh semalam, kata polis.

Pekerja penyelamat menggunakan kren dan jentolak bagi mencari mangsa di celah runtuhan konkrit dan besi selepas bangunan tujuh tingkat itu runtuh. Seorang bayi berjaya diselamatkan dari celah runtuhan itu.

"Ramai lagi dikhuatiri terperangkap di dalamnya ketika ini. Antara yang maut termasuk 11 kanak-kanak," kata Pesuruhjaya Polis tempatan, K.P Raghuvanshi.

Polis buru pemaju

Punca runtuhan tidak dapat dipastikan, tetapi Raghuvanshi berkata struktur bangunan terbabit adalah lemah. Polis turut mencari pemaju untuk menahan mereka, katanya.

"Siasatan sedang dijalankan. Kerja menyelamat juga diteruskan, keutamaan kami kini adalah untuk menyelamatkan seramai mangsa yang boleh," katanya.

Penduduk tempatan berkata, buruh membayar AS$5 (RM15.30) sehari untuk tinggal di bangunan itu.
Inspektor polis, Digamber Jangale berkata, sekurang-kurangnya empat tingkat bangunan terbabit sudah siap dan didiami. Pekerja sedang menyiapkan tiga tingkat lagi dan menambahkan tingkat ke lapan apabila bangunan terbabit runtuh.

Beliau berkata, antara yang maut adalah pekerja pembinaan yang tinggal di dalam bangunan terbabit.

Runtuh tiga saat

"Bangunan itu runtuh seperti kepingan kad dalam masa dua atau tiga saat. Ia hanya bergegar sedikit sebelum runtuh," kata seorang penduduk tempatan.
Bangunan terbabit tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, katanya.

Polis bersama anjing penyelamat melakukan kerja pencarian di bangunan terbabit semalam. Mereka juga sedang mengesan pemilik bangunan itu untuk dikenakan dakwaan.

Peningkatan harga hartanah di kota paling padat India itu menyebabkan berpuluh ribu penduduknya tidak mampu memiliki rumah sendiri manakala beribu-ribu lagi terpaksa tinggal di tepi jalan atau kawasan setinggan. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Amaran serangan virus H7N9

Written By Unknown on Jumat, 05 April 2013 | 16.40

Beijing: China berusaha memerangi jenis baru selesema burung yang mengorbankan tiga orang, ketika Jepun dan Hong Kong meningkatkan langkah berjaga-jaga ke atas virus itu manakala Vietnam melarang import ternakan.

Jenis baru selesema burung H7N9 tidak dipindahkan daripada manusia kepada orang lain namun pihak berkuasa di Hong Kong meningkatkan amaran awal dan berkata, mereka sedang mengambil langkah berjaga-jaga di lapangan terbang.

Tingkat amaran

Di Jepun, pihak berkuasa lapangan terbang meletakkan poster di pintu masuk memberi amaran kepada semua penumpang penerbangan dari China supaya mendapatkan pemeriksaan perubatan jika mengesyaki dijangkiti selesema burung.

Seramai 10 orang disahkan dijangkiti H7N9, semuanya di timur negara itu dan tiga yang dijangkiti meninggal dunia.

China akan mengukuhkan usaha dalam memerangi virus itu dan bekerjasama serta mengerahkan keseluruhan sistem kesihatan negara memerangi virus terbabit," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan lewat kelmarin dalam laman webnya, (www.moh.gov.cn).

Di Hong Kong, pihak berkuasa mengaktifkan 'Tahap Maklum Balas Amaran' mengikut satu pelan persediaan untuk pandemik influenza, yang menggesa pemantauan rapat ladang ayam tempatan, pemvaksinan, latihan penghapusan dan satu penggantungan import ternakan hidup dari tanah besar.
Semua penumpang dalam penerbangan masuk dan keluar Hong Kong diminta memaklumkan anak kapal atau kakitangan lapangan terbang jika merasa tidak sihat.

Vietnam melarang import ternakan dari China, merujuk kepada risiko jangkitan H7N9, sambil meminta doktor melaporkan sebarang kes disyaki dan menasihatkan rakyat memberi perhatian terhadap kebersihan dan mengelak bersentuhan dengan haiwan, burung atau ternakan.

Sebar maklumat

Di Beijing, Kementerian Kesihatan berkata, kerajaan akan pantas menyebarkan perincian jenis baru virus ke dunia luar dan rakyatnya, selepas aduan ia terlalu lambat melaporkan wabak dan disyaki melindungi kes itu seperti Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) satu ketika dulu.

Pengguna internet China dan sesetengah akhbar mempersoalkan mengapa ia mengambil masa terlalu lama sebelum kerajaan mengumumkan kes baru.

Kerajaan berkata, ia memerlukan masa untuk mengenal pasti dengan betul virus berkenaan.

Pada 2003, pihak berkuasa pada mulanya cuba menutup epidemik SARS yang muncul di China dan mengorbankan satu persepuluh daripada 8,000 orang yang dijangkiti di seluruh dunia.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Korea Selatan, Jepun sasaran

Peluru berpandu Korea Utara dihalakan kepada sekutu Amerika

Seoul: Korea Utara meletakkan peluru berpandunya yang mempunyai jarak sasaran jauh di pantai timurnya yang dipercayai menyasarkan lokasi di Korea Selatan dan Jepun.

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-jin menolak laporan media Jepun bahawa peluru berpandu itu adalah KN-08 sebaliknya menegaskan bahawa senjata berkenaan tidak berupaya sampai ke Amerika Syarikat.

Tentera Korea Utara memberi amaran bahawa ia mendapat kebenaran melancarkan serangan terhadap Amerika menggunakan senjata nuklear lebih kecil dan ringan.

Retorik perang terbaru

Ia adalah retorik perang terbaru Pyongyang terhadap Washington dalam tempoh beberapa minggu.

Kim berkata, dia tidak tahu alasan Korea Utara mengambil langkah itu dan ia mungkin 'hanya latihan tentera'.

Kim memberitahu ahli perundangan di sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa peluru berpandu itu ada jarak yang baik tetapi tidak mungkin sampai ke Amerika.
Beliau percaya, peluru berpandu dinamakan 'Musudan' itu mempunyai jarak sasaran 3,000 kilometer.

Ini menjadikan Jepun dan Korea Selatan sasaran berpotensi selain markas tentera Amerika di dua negara itu.

Jabatan Pertahanan Amerika pula mengumumkan ia akan menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu di Guam untuk mempertingkat perlindungan daripada serangan menerusi kerjasama serantau.

Ada pakar yang berkata, Korea Utara belum menunjukkan keupayaan peluru berpandunya mengenai jarak sasaran mahupun ketepatannya. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Empat didakwa miliki gas sarin

Written By Unknown on Rabu, 03 April 2013 | 16.40

THE HAGUE: Empat orang yang ditahan selepas disyaki memiliki simpanan tersembunyi gas sarin, dihadapkan ke mahkamah di selatan Belanda, ketika polis terus mencari bahan kimia yang boleh melumpuhkan saraf itu.

Pendakwa raya berkata, masing-masing dua lelaki dan wanita ditahan Jumaat lalu, selepas polis mendapat maklumat mereka mungkin cuba menjual sarin. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

13 anak yatim maut terbakar

Litar pintas punca kebakaran di masjid yang menempatkan sekolah agama

Yangon: Beribu-ribu umat Islam di Myanmar menghadiri upacara pengebumian 13 pelajar lelaki anak yatim yang terkorban apabila sebuah kompleks masjid yang menempatkan sekolah agama di timur Yangon, terbakar awal pagi semalam, dipercayai akibat litar pintas.

Ramai diantara jemaah juga tidak dapat menahan sebak ketika solat jenazah diadakan sebelum upacara pengebumian.

Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah" Soe Myint, Anggota jawatankuasa masjid


"Tiga belas kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama di pinggir Yangon. Kami mengesyaki ia akibat litar pintas. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.

Penggunaan voltan tinggi

"Siasatan mendapati kebakaran disebabkan penggunaan elektrik voltan tinggi," kata seorang pegawai polis di tempat kejadian.

Anggota jawatankuasa masjid, Soe Myint, berkata kebanyakan kanak-kanak yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri.
"Bagaimanapun 16 daripada mereka tidur di bahagian serambi kecil dan terperangkap apabila tangganya terbakar. Tiga kanak-kanak berjaya melompat dan terselamat tetapi 13 lagi terbunuh," katanya.

Soe Myint berkata, beliau turut mengangkat mangsa keluar dari masjid dan tidak percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas.

"Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah," katanya yang mendesak siasatan terperinci dijalankan.
Pasukan Polis Myanmar melaporkan dalam ruangan rasmi Facebook bahawa mangsa maut akibat melecur atau terhidu asap.

Polis turut dipanggil untuk meredakan keadaan dan berjanji menubuhkan jawatankuasa dianggotai pemimpin Islam bagi menyiasat punca kejadian selepas sekumpulan penduduk yang berang berkumpul di tempat kejadian mendesak siasatan dilakukan.

Kelas musim panas

Bangunan itu menempatkan sebuah masjid dan sekolah agama di mana kanak-kanak tinggal ketika mengambil kelas musim panas. Kira-kira 75 anak yatim sedang tidur di masjid berkenaan ketika kejadian berlaku.

Tahap piawaian keselamatan kini teruk di Myanmar, negara miskin yang baru keluar daripada pemerintahan tentera sejak lebih enam dekad.

Keganasan agama bermula 20 Mac lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 43 maut manakala masjid dan rumah dibakar di beberapa bandar di tengah negara itu, menyebabkan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.

Konflik itu memberi cabaran besar buat Thein Sein, yang memenangi pujian antarabangsa atas usaha pembaharuan sejak mengambil alih kepemimpinan dua tahun lalu.

Keadaan agak tenang sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas bekas jeneral itu Khamis lalu, berazam bahawa maklum balas tegas berhubung keganasan yang mendakwa 'ahli politik mengambil kesempatan dan pelampau agama.'

Keganasan agama yang membabitkan penduduk Buddha dan Islam di negeri barat Rakhine tahun lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang terkorban. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Semua tahanan politik dibebas

Written By Unknown on Selasa, 02 April 2013 | 16.40

KHARTOUM: Presiden Sudan, Omar al-Bashir, semalam berkata beliau akan membebaskan semua tahanan politik, ketika keadaan semakin tenang berikutan perjanjian dengan Sudan Selatan.

"Hari ini, kami mengumumkan keputusan membebaskan semua tahanan politik dan membaharui komitmen kepada semua kuasa politik mengenai dialog.

"Kami mengesahkan akan meneruskan komunikasi dengan semua kuasa politik dan sosial tanpa meminggirkan sesiapa untuk dialog yang membawa penyelesaian kepada semua isu," kata Bashir dalam ucapan pembukaan sesi baru Parlimen. - AFP
16.40 | 0 komentar | Read More

Al-Aqsa diceroboh lagi

Pendatang Yahudi bersikap biadab, benar anak perempuan kencing di halaman masjid

Baitulmaqdis: Perkelahian berlaku antara penduduk Palestin dan sekumpulan pendatang Yahudi apabila mereka bersikap biadab dengan minum minuman keras dan membenarkan seorang kanak-kanak perempuan membuang air kecil di pekarangan Masjid Al-Aqsa kelmarin.

Pergaduhan menyebabkan polis Israel menahan sekurang-kurangnya 10 jemaah Palestin dan melarang umat Islam daripada memasuki masjid berkenaan.

Polis menahan 10 penduduk Palestin dan menyerang jemaah itu dengan baton kejutan elektrik" Saksi


Pihak berkuasa Israel sebelum itu membenarkan kemasukan kira-kira 280 pelampau Yahudi dengan dilindungi polis dan enam polis Israel yang menyamar ke pekarangan masjid al-Aqsa, menaikkan kemarahan jemaah Palestin.

Seorang pendatang Yahudi meminum wain dan seorang lagi membenarkan anak perempuannya membuang air kecil berhampiran pokok zaitun di pekarangan masjid, kata mereka.

Perbuatan pendatang Yahudi menyebabkan pengawal Al-Aqsa masuk campur sehingga mencetuskan perkelahian.

"Berpuluh-puluh peneroka Yahudi menyerbu masjid berkenaan dari arah pintu pagar al-Magharbeh," kata saksi.
Tutup pagar al-Magharbeh

Pengarah Khazanah Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam al-Khatib, berkata 200 peneroka Israel memasuki masjid dengan cara biadab, menyebabkan pegawai agama memaksa polis Israel menutup pagar al-Magharbeh hari itu.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata enam jemaah Palestin ditahan kerana membaling batu ke arah kumpulan Yahudi dan Kristian yang melawat masjid berkenaan.

Saksi berkata, polis menahan 10 penduduk Palestin dan menyerang jemaah itu dengan baton kejutan elektrik. Polis Israel juga menyerang wanita dan pekerja dengan belantan.

Sementara itu, berpuluh-puluh peneroka Yahudi kelmarin memecah masuk ke pekarangan sejarah dan budaya Solomon Pool terletak antara bandar al-Khader dan kampung Irtas, di selatan Baitulaham.

Jurucakap polis Israel berkata, lawatan seterusnya oleh kumpulan Yahudi dan Kristian dijadualkan tengah hari kelmarin dan akan diteruskan seperti dirancang.
Masjid Al-Aqsa antara kawasan suci Islam. Yahudi turut menganggap kawasan itu, dikenali Temple Mount, sebagai lokasi agama yang penting.

Pejabat Presiden Palestin, dalam kenyataan kelmarin, mengutuk tindakan peneroka menceroboh al-Aqsa, menahan beberapa jemaah Palestin, selain pencerobohan ke kawasan bersejarah di Baitulaham oleh peneroka Yahudi. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Gillard utama anggota setia

Written By Unknown on Senin, 01 April 2013 | 16.40

Canberra: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, lebih menekankan soal kesetiaan berbanding pengalaman dalam pemilihan baru Kabinet yang dinamakan semalam selepas cabaran kepada kepemimpinannya menyerlahkan kepincangan dalaman kerajaan yang terus menjejaskan imej partinya beberapa bulan sebelum pilihan raya.

5 menteri letak jawatan

Lima menteri meletak jawatan atau dipecat daripada jawatan masing-masing kerana menyokong cabaran pemimpin terdahulu, Kevin Rudd, yang gagal apabila beliau memutuskan menentang perjalanan undi dalam Parti Buruh.

Gillard menyifatkan kekacauan kepemimpinan sebagai mengerikan dalam kenyataan kepada wartawan semalam.

Ia satu paparan tidak menyenangkan. Hari ini sebagai kerajaan kita boleh bersatu dan dengan satu matlamat, katanya.

Kebanyakan setia

Kebanyakan ahli perundangan yang dilantik Gillard diketahui setia kepadanya dalam permusuhan sekian lama antara beliau dan Rudd.
Kementerian Sumber dan Tenaga, penting kepada ekonomi berorientasikan perlombongan di Australia, diberikan kepada Menteri Khas Negara, Gary Gray, bekas eksekutif syarikat gas dari negeri Western Australia. Jawatan itu diisi oleh penyokong Rudd, Martin Ferguson, sejak kerajaan Buruh dilantik buat kali pertama di bawah kepemimpinan Rudd pada 2007.

Menteri Pengangkutan, Anthony Albanese, kekal walaupun disebut sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika Rudd dapat merampas kepemimpinan Parti Buruh. Laporan menyebut menteri menggesa Albanese tidak meletak jawatan kerana beliau terlalu penting kepada kerajaan.

Naik pangkat

Gillard menaikkan pangkat Albanese dengan memberikan beliau portfolio Pembangunan Serantau dan Kerajaan Tempatan. Kementerian itu dipegang oleh Simon Crean, yang dipecat Gillard kerana menggesa diadakan undian kepemimpinan secara terbuka.

Gillard berkata, beliau yakin dengan kesetiaan Albanese.

Saya boleh bekerja baik dengan Albanese. Beliau sangat penting kepada kerajaan dan saya percaya beliau akan berkhidmat dengan amat baik dan dengan kesetiaan padu pada masa depan, katanya.

Pakar sains politik Universiti Kebangsaan Australia, Michael McKinley, berkata kenaikan pangkat itu jelas tidak berdasarkan merit.

Jika mereka cemerlang, mereka pasti sudah berada dalam Kabinet, katanya.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Keganasan terus merebak

Yangon: Kumpulan anti-Islam mengamuk di tiga lagi pekan di Myanmar hujung minggu lalu, memusnahkan masjid dan membakar berpuluh-puluh rumah di sebalik usaha kerajaan untuk menghalang keganasan agama terbaru di negara itu daripada terus merebak.

Presiden Thein Sein mengisytiharkan darurat di tengah Myanmar Jumaat lalu dan menempatkan tentera di bandar raya paling teruk terjejas, Meikhtila, yang menyaksikan 32 maut dan 10,000 penduduk kebanyakannya beragama Islam kehilangan tempat tinggal.

Namun walaupun tentera ditempatkan di situ selepas beberapa hari menyaksikan penduduk Buddha bersenjata membakar bandar raya diduduki penduduk Muslim itu, ketegangan anti-Islam merebak ke ibu kota, Naypyitaw.

20 lelaki geledah masjid

Seorang penduduk Muslim di Tatkone, kira-kira 80 kilometer dari Meikhtila, berkata menerusi telefon sekumpulan kira-kira 20 lelaki menggeledah sebuah masjid di situ lewat kelmarin, melemparnya dengan batu dan memecahkan tingkap sebelum tentera melepaskan tembakan untuk mengusir mereka.

Beliau yang enggan mendedahkan namanya percaya penjenayah bukan dari Tatkone.

Sehari sebelum itu, sekumpulan samseng membakar sebuah masjid dan 50 rumah di bandar Yamethin, lapor televisyen. Sebuah masjid dan beberapa bangunan juga musnah pada hari sama di Lewei, di bahagian selatan. Tidak dapat dipastikan siapa mendalangi keganasan, dan tiada pertempuran atau kematian dilaporkan di tiga bandar itu.
Peningkatan kekacauan berunsurkan agama membayangi pentadbiran Thein Sein ketika ia bergelut membawa pembaharuan demokratik di negara Asia Tenggara itu selepas pemerintahan tentera berakhir secara rasmi dua tahun lalu bulan ini.

Dua episod sama menggegarkan negeri Rakhine tahun lalu, apabila etnik Buddha Rakhine menentang penduduk Muslim Rohingya dalam pertumpahan darah yang membunuh beratus-ratus orang manakala lebih 100,000 lagi kehilangan tempat tinggal.

Penduduk Muslim Rohingya dianggap sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh dan kebanyakannya dinafikan kad pengenalan.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger