Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Filem cetus perdebatan

Written By Unknown on Kamis, 28 Februari 2013 | 16.40

Jakarta: Sebuah filem dokumentari mengisahkan pembunuhan ke atas sejuta rakyat Indonesia yang dipenjarakan, disiksa dan dibunuh kerana disyaki menjadi penyokong komunis pada 1965, mencetuskan perdebatan.

Filem berjudul The Act of Killing yang diarahkan pengarah kelahiran Texas Joshua Oppenheimer itu cuba menyingkap 'era gelap' Indonesia dengan memberi tumpuan kepada skuad pembunuh yang kurang diketahui generasi muda negara itu.

"Tokoh utama filem ini, Anwar Congo, salah seorang ketua skuad pembunuh paling ditakuti di Sumatera Utara dengan bangga bercerita mengenai peranannya dan cara pembunuhan dilakukan ke atas mereka yang disyaki menyokong komunis selepas cubaan rampasan kuasa gagal," katanya.

Beliau berkata skuad pembunuh beroperasi secara sistematik pada 1960-an dan menjadi penyebab kepada kematian sejuta penduduk negara itu yang disyaki menjadi penyokong komunis.

Filem berkenaan ditayang di Festival Filem Toronto pada Oktober 2012 berjaya meraih Anugerah Panorama Penonton dan Anugerah Juri pada Festival Filem Antarabangsa Berlin, baru-baru ini.

Ia belum ditayangkan secara rasmi di Indonesia, tetapi 265 'tayangan rahsia' sudah dilakukan dan disaksikan 10,000 penonton di republik itu.

Sementara itu, salah seorang mangsa gerakan memburu penduduk disyaki komunis pada 1965, Bejo Untung berkata, beliau berusia 17 tahun ketika tentera menyerbu kampungnya, menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri.
Beliau akhirnya ditangkap, disiksa dan dipenjarakan pada 1970 sebelum dibebaskan pada 1979.

"Saya mahukan keadilan dan sejarah Indonesia perlu ditulis semula," katanya.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Syor sekat aktiviti Israel

Geneva: Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan 27 negara anggotanya supaya menghalang semua transaksi kewangan yang menyokong aktiviti penempatan Israel di Tebing Barat, menurut laporan dalaman mengenai Baitulmaqdis, semalam.

Dalam Laporan Baitulmaqdis 2012, EU mencadangkan anggotanya menghalang, tidak menggalakkan dan meningkatkan kesedaran mengenai implikasi transaksi kewangan, termasuk pelaburan langsung asing, dari kalangan EU sendiri dalam menyokong aktiviti penempatan, infrastruktur dan perkhidmatan.

Dalam laporan setebal 15 muka surat itu, EU juga mendesak untuk memastikan import produk penempatan tidak mendapat faedah tarif keutamaan, dan memastikan semua produk berkenaan dilabelkan dengan jelas datang dari kawasan diceroboh Israel.

Ditulis oleh ketua misi EU di Baitulmaqdis dan Ramallah, laporan menjadikan sembilan cadangan mengenai penempatan, enam daripadanya berkaitan dengan terjemahan kewangan yang dikaitkan dengan atau menyokong pembinaan berterusan Israel di tanah Palestin yang dirampas.

Ia juga memberi amaran program EU tidak sepatutnya digunakan menyokong penempatan dan aktiviti berkaitannya, termasuk dana penyelidikan, pendidikan atau kerjasama teknologi.

Ia mencadangkan negara anggotanya meningkatkan kesedaran mengenai risiko kewangan dan perundangan yang terbabit dalam memberi hartanah atau menyediakan perkhidmatan di penempatan itu.

Cadangan lain terutama mengenai sektor timur negara itu, menunjukkan negara anggota membangunkan dan mempromosikan garis panduan sukarela bagi pengendali pelancongan EU untuk mengelakkan sokongan kepada perniagaan penempatan di Baitulmaqdis Timur.
Hubungan antara Israel dan EU tegang sejak kebelakangan ini, dengan Eropah semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung rancangan Israel membina lebih 5,000 rumah peneroka baru di dan sekitar Baitulmaqdis Timur.

Israel sudah lama bimbang blok itu, pasaran import dan eksport terbesarnya, akan bertindak melaksanakan siri sekatan dagangan terhadap wilayah Yahudi itu berhubung aktiviti penempatannya.

AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Asteroid besar kian jauhi bumi

Written By Unknown on Rabu, 27 Februari 2013 | 16.40

Moscow: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.

"Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk," kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.

Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.

Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.
Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Kejutan parti pelawak

Rome: Nilai saham Itali jatuh dan kos meminjam kerajaan meningkat semalam ketika pelabur panik dengan keputusan pilihan raya negara itu semalam.

Ia berikutan kejayaan 5-Star Movement pimpinan pelawak, Beppe Grillo, menang undi terbanyak iaitu 25.5 peratus dan tiada parti yang menang majoriti di Parlimen.

Pembentukan kerajaan campuran memerlukan majoriti di Dewan Rakyat dan Negara bagi meluluskan undang-undang.

Grillo tidak menunjukkan minat membentuk kerajaan campuran buat masa ini.
Parti politik yang lebih dikenali pula dijangka tidak akan cuba menggesa pengundian baru diadakan kerana bimbang menerima kekalahan lebih besar.

Bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi menyatakan, blok berhaluan tengah-kanan pimpinannya terbuka untuk membentuk kerajaan bersama dengan puak berhaluan tengah-kiri pimpinan Pier Luigi Bersani yang mampu mewujudkan majoriti sebagai kumpulan terbesar di Parlimen.

Blok berhaluan tengah-kiri dijangka memiliki 119 kerusi manakala 117 diraih blok tengah-kiri tetapi 158 kerusi diperlukan bagi membentuk majoriti bagi memerintah.
Nilai bursa saham Milan menurun lebih empat peratus manakala premium yang dibayar oleh Itali kepada Jerman untuk pinjaman meningkat kepada 338.7 mata, sejak 10 Disember lalu.

Dalam satu lelongan bon kerajaan, kos pinjaman rasmi meningkat lebih dua pertiga apabila pelabur menuntut pulangan 1.237 peratus, tertinggi sejak Oktober lalu, berbanding 0.730 peratus sebulan lalu.

Kemelesetan ekonomi dan suasana tidak yakin dengan parti utama dalam kalangan pengundi menyebabkan mereka menyokong parti yang menolak dasar berjimat, pendekatan Perdana Menteri, Mario Monti dengan sokongan sekutu Eropah.

Parti 5-star Movement meraih 25.5 peratus undi di Dewan Rakyat, di depan Parti Demokratik pimpinan Bersani yang mendapat 25.4 peratus selain meraih hampir 8.7 juta undi keseluruhannya, yang terbanyak berbanding parti lain.
REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

1.6 juta jemaah tunai umrah

Written By Unknown on Selasa, 26 Februari 2013 | 16.40

Riyadh: Bilangan jemaah umrah yang tiba di Arab Saudi sejak tiga bulan lalu mencapai lebih 1.6 juta orang, kata Menteri Haji, Dr Bandar Hajjar, semalam.

"Kami jangka kedatangan mencecah bilangan rekod jemaah menjelang bulan Ramadan ini," katanya yang percaya bilangan keseluruhan jemaah umrah tahun ini akan melebihi enam juta.

Katanya, semua jabatan kerajaan bekerjasama untuk memberi khidmat diperlukan. "Kami menjangka peningkatan sehingga 500,000 jemaah ketika musim Umrah tahun ini berbanding tahun lalu," katanya.

Katanya lagi, bilangan jemaah umrah meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun.

Hajjar berkata, kementerian terbabit juga mengatur mesyuarat dengan wakil misi Haji di lebih 70 negara untuk membuat persediaan menjelang musim Haji tahun ini.

"Mesyuarat ini bertujuan membantu misi Haji mengatur jemaah dengan memberi pendidikan mengenai ibadat haji," kata menteri terbabit.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Bashar undur syarat runding

Moscow: Syria sedia berunding dengan pemberontak, kata Menteri Luarnya, Walid al-Moualem, semalam, tawaran paling jelas kepada penentang kerajaan yang mahu menumbangkan Presiden Bashar al-Assad.

Pada masa sama, Syria akan terus menentang keganasan, merujuk kepada konflik dengan pemberontak yang sudah meragut 70,000 nyawa, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, pemberontak memberi syarat dengan berkata, sebarang penyelesaian politik mesti didahului dengan penyingkiran Bashar.

Ada pemberontak lebih bertegas mahukan pengunduran Bashar sebelum sebarang rundingan bermula. Keluarga Bashar sudah memerintah Syria sejak 1970.

Bashar dan musuhnya terperangkap dalam pertempuran selepas hampir dua tahun berperang, menyaksikan kemusnahan dan penderitaan penduduk awam.

"Kami sedia adakan dialog dengan sesiapa yang mahukannya. Malah dengan mereka yang mempunyai senjata di tangan kerana kami percaya pembaharuan tidak akan diperoleh menerusi pertumpahan darah tetapi menerusi dialog," kata Moualem menerusi agensi berita Russia, Itar-Tass.

Beliau bercakap di Moscow pada pertemuan dengan Menteri Luar negara itu, Sergei Lavrov. Russia adalah sekutu kuat Bashar.
Ketua Gabungan Kebangsaan Syria, Moaz Alkhatib, berkata di Kaherah beliau tidak mengadakan sebarang hubungan mengenai rundingan dengan Damsyik, tetapi menangguhkan lawatan ke Russia dan Amerika Syarikat sehingga nampak perkembangan perkara itu.

Kerajaan Syria dan pembangkang berkata, beberapa minggu kebelakangan ini mereka bersedia untuk beberapa hubungan, melonggarkan penolakan rundingan sebelum ini untuk menyelesaikan konflik yang menyebabkan hampir sejuta rakyat meninggalkan negara itu dan berjuta yang lain hilang tempat tinggal dan kelaparan.
REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

India dikejutkan tiga beradik dirogol, bunuh

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 16.40

New Delhi/Hyderabad: India dikejutkan lagi dengan laporan bahawa polis sedang memburu suspek kejadian rogol dan bunuh tiga beradik perempuan di barat negara itu.

Rakyat India masih lagi marah dengan kes rogol berkumpulan seorang wanita dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember lalu.

Mayat tiga beradik perempuan berusia 7, 9, dan 11 tahun ditemui 16 Februari lalu di dalam perigi di sebuah kampung di Bhandara, Maharashtra.

Mereka hilang dari sekolah dua hari sebelumnya, kata pegawai polis, Abhinav Deshmukh. Kawasan terbabit terletak lebih 1,000 kilometer ke selatan ibu negara, New Delhi.

Penduduk kampung bantah

Ibu mangsa berkata, polis tidak memandang serius kes itu dan tidak melakukan apa-apa selama beberapa hari sehingga penduduk kampung membantah.

Deshmukh berkata, 10 pasukan polis membabitkan 30 penyiasat mengambil kes itu dan beliau yakin mereka akan dapat menangkap pembunuh tidak lama lagi.
Polis pada awalnya menolak kematian itu sebagai kemalangan, lapor agensi berita Press Trust of India. Ibu mangsa menuduh polis tidak menyiasat kes itu dan tidak melakukan apa-apa selama dua hari.

Penduduk kampung yang marah membakar tayar dan menghalang lebuh raya di kawasan itu sehingga memaksa kedai ditutup selama beberapa jam.

Polis akhirnya mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan bunuh selepas bedah siasat mendapati mangsa didera secara seksual dan dibunuh dengan kejam, lapor PTI.

Menteri Kabinet, Manish Tewari menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu serangan yang amat kejam. Katanya, Perdana Menteri, Manmohan Singh turut menghantar bantuan 1 juta rupee (RM57,113) kepada keluarga mangsa. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Yingluck minta bantuan KL

Main peranan sebagai penyelaras usaha damai di selatan Thailand

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, akan berucap mengenai kemungkinan Malaysia menjadi penyelaras proses damai di selatan Thailand apabila melawat negara jirannya, Khamis depan.

Sejauh mana Malaysia memegang peranannya masih dirundingkan. Pegawai Thailand belum setuju sama ada Kuala Lumpur (KL) patut membantu sebagai penyelaras atau menjadi orang tengah.

Antara kumpulan pemisah yang dikenali ialah Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo) dan Barisan Revolusi Nasional-Koordinat (BRN-C).

Bagaimanapun, Kementerian Luar Thai mendesak supaya peranan Malaysia diminimumkan, kata sumber Thai kepada akhbar The Nation, semalam.

Pengatur rundingan

Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand (NSC) adalah pengatur rundingan. Pihak tentera turut membentuk pasukan perundingnya sendiri.

Berdasarkan sejarah, kata akhbar itu, pihak tentera biasanya memegang peranan utama dalam rundingan dengan pemisah yang berlangsung di Asia Barat pada 1980-an.
Tetapi, sejak 2006, bermula dengan pentadbiran pimpinan Surayud Chulanont, agensi awam iaitu NSC, sudah terbabit.

Selain meminta Malaysia lebih aktif, cadangan untuk menggerakkan rundingan rasmi bertujuan menunjukkan kerajaan Yingluck benar-benar serius untuk mewujudkan keamanan di rantau berkenaan.

Merumitkan lagi inisiatif Bangkok untuk melancarkan proses damai ialah ketiadaan pemimpin keselamatan bagi mengubah konflik di rantau itu, kata pakar keselamatan dari Universiti Chulalongkorn dan bekas penasihat kerajaan pimpinan Abhisit Vejjajiva, Profesor Panitan Wattanayagon.

Penasihat kerajaan

Penasihat kerajaan itu mestilah memiliki kuasa tertentu untuk menjadi orang tengah antara kerajaan dan tentera, lapor The Nation.

Apapun, Thailand tidak pernah selesa dengan perunding asing untuk menyelesaikan isu selatannya. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Pistorius diikat jamin RM350,469

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 16.40

Pretoria: Pelari paralimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius, 26, yang didakwa membunuh teman wanitanya model Reeva Steenkamp, semalam dibebaskan dengan ikat jamin 1 juta rand (RM350,469).

Hakim Mahkamah Pretoria, Desmond Nair, menangguhkan perbicaraan hingga 4 Jun. Beliau mengarahkan Pistorius menyerahkan pasport antarabangsa, senjata api dan tidak kembali ke rumah mewahnya, lokasi kejadian.

Pistorius tidak menunjukkan reaksi selepas hakim membacakan keputusan, tetapi keluarganya bersorak kegembiraan.

Pasukan peguamnya sebelum itu berhujah bahawa pembunuhan itu adalah satu kesilapan tragik kerana atlet itu menyangka penceroboh memasuki rumahnya sebelum melepaskan tembakan. – Reuters


16.40 | 0 komentar | Read More

Penyanyi rap mati ditembak

Kejadian berpunca pergaduhan di tempat letak kereta

Las Vegas: Penyanyi rap dari Oakland yang sedang mencipta nama, Kenneth Cherry Jr, 27, maut bersama dua yang lain dalam satu kejadian tembakan dari sebuah Range Rover di Las Vegas Strip semalam, kata polis.

Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Jose Hernandez berkata dalam kejadian awal pagi itu, seorang atau lebih penyerang menaiki kenderaan terbabit melepaskan tembakan ke atas sebuah kereta Maserati yang dipandu Cherry Jr dan membunuh penyanyi itu.

Saya melihat bebola api. Satu bunyi kuat kedengaran diikuti dua lagi bunyi," John Lamb, Saksi


"Tembakan mengakibatkan kereta Maserati hilang kawalan lalu merempuh teksi yang membawa dua penumpang.

Teksi terbakar

"Teksi itu terbakar di persimpangan Las Vegas Boulevard dan Flamingo Road, menyebabkan pemandu dan seorang penumpang terbunuh," katanya.

Hernandez berkata tembakan dan perlanggaran di persimpangan sibuk dekat hotel Bellagio dan Caesars Palace menyebabkan satu lagi kemalangan membabitkan empat kenderaan manakala sekurang-kurangnya empat cedera.
Polis berkata, tembakan berpunca daripada pergaduhan di kawasan letak kereta di Aria Resort and Casino tetapi penyiasat tidak menemui motif.

Wakil MGM Resorts International, yang memiliki Aria, enggan memberi komen mengenai kejadian tetapi berikrar membantu polis dalam siasatan itu.

Seorang saksi, John Lamb yang dipetik saluran 8News Now, KLAS-TV berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan melihat bebola api.

"Saya melihat bebola api. Satu bunyi kuat kedengaran diikuti dua lagi bunyi," katanya.

Jurucakap hospital berkata, tiga orang dirawat dan dibenarkan keluar di Pusat Perubatan Universiti selepas kejadian tetapi enggan memberikan butiran lanjut mengenai mangsa keempat. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

FB, Google tawar hadiah RM9 juta

Written By Unknown on Jumat, 22 Februari 2013 | 16.40

Los Angeles: Pengasas Google dan Facebook (FB) serta pasangan mereka sepakat memperkenal hadiah paling tinggi dalam sejarah sains iaitu dua kali ganda daripada anugerah Nobel.

Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, serta pengasas bersama Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki setuju melancarkan Hadiah Sejarah Baru Sains bernilai AS$3 juta (RM9 juta).

Perkenal anugerah

Mereka diminta memperkenal anugerah itu oleh tokoh kapitalis, Yuri Milner, yang memberi idea itu berdasarkan hadiah fizik yang diperkenalkannya tahun lalu.

Majlis mengumumkan kemenangan penerima tidak akan diadakan tetapi pemenang tahun ini dari Amerika Syarikat, Itali, Jepun dan Belanda akan memilih pemenang pada masa depan dan mereka dijangka memberi syarahan dan wawancara sepanjang 2013.

Sertai jawatankuasa pemilih

Setiap tahun, orang yang menang hadiah itu akan menyertai jawatankuasa pemilih yang sentiasa bertambah untuk memilih pemenang tahun akan datang.
Tiada had mengenai berapa ramai yang berkongsi hadiah, berbeza dengan anugerah Nobel yang mengehadkan kepada tiga pemenang. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

4,700 maut diserang

Senator AS dedah angka korban serangan pesawat kawalan jauh

Washington: Seramai 4,700 orang termasuk penduduk awam, maut dalam serangan bom berterusan yang dilancarkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat.

Ia adalah kali pertama ahli perundangan atau wakil kerajaan merujuk kepada angka kematian dalam serangan pesawat kawalan jauh, yang dikecam kum-pulan hak asasi sebagai melanggar undang-undang.

Jika ada anggaran rasmi angka kematian, ia rahsia, meningkatkan kemungkinan Graham melanggar undang-undang maklumat rahsia," Micah Zenko, Felo Majlis Perhubungan Luar


Lancar serangan peluru berpandu

Bilangan beratus-ratus serangan peluru berpandu yang dilancarkan pesawat kawalan jauh ke atas suspek militan al-Qaeda di Pakistan, Yaman dan beberapa negara lain kekal misteri, ketika pegawai Amerika enggan membin-cangkan secara terbuka mengenai operasi berkenaan.

Namun, Senator Republikan, Lindsey Graham, penyokong kuat serangan pesawat kawalan jauh, secara terbuka menyatakan bilangannya.

"Kita membunuh 4,700 orang. Kadang-kadang anda membunuh orang tidak bersalah, tetapi kita dalam peperangan dan berjaya membunuh beberapa anggota kanan al-Qaeda," kata Graham dipetik oleh Easley Patch, laman web tempatan yang membuat liputan pekan kecil Easley di Carolina Selatan.
Pejabat Graham tidak mempertikai kenyataan itu tetapi menyatakan beliau tidak mendedahkan sebarang perangkaan rasmi dan sulit kerajaan.

Jurucakap memberitahu senator itu memetik perangkaan yang dilaporkan secara terbuka dan disiarkan ketika siaran berita.

"Ini kali pertama pegawai Amerika menyatakan bilangan," kata felo Majlis Perhubungan Luar, Micah Zenko.

Beberapa pertubuhan cuma mengira berapa ramai militan dan penduduk awam maut dalam serangan pesawat kawalan jauh sejak 2004.

Perangkaan, kiraan sama

Perangkaan yang dinyatakan Graham sama dengan kiraan akhir oleh Biro Kewartawanan Penyiasatan berpejabat di London berkata bilangan yang terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh di Pakistan, Yaman dan Somalia antara 3,072 dan 4,756.

Yayasan New Amerika beribu pejabat di Washington berkata, ada 350 serangan pesawat kawalan jauh Amerika sejak 2004, ketika Barack Obama menjadi presiden. Yayasan itu menganggarkan angka kematian antara 1,963 dan 3,293, dengan 261 hingga 305 penduduk awam terbunuh. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

'Saksi dengar jeritan di rumah Pistorius'

Written By Unknown on Kamis, 21 Februari 2013 | 16.40

Johannesburg: Seorang saksi berkata beliau mendengar jeritan tanpa henti dari rumah bintang Paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius, pada malam teman wanitanya dibunuh.

Pistorius hadir di mahkamah untuk hari kedua sesi keterangan di Pretoria.

Pendakwa, Gerrie Nel, berkata pasukan pendakwa mempunyai saksi yang mendengar jeritan antara jam 2.00 pagi dan 3.00 pagi waktu tempatan. Sangka ada penceroboh

Kelmarin, dalam afidavitnya Pistorius menafikan membunuh model Reeva Steenkamp, 29, di rumahnya pada awal pagi pada Hari Kekasih dan melepaskan tembakan kerana menyangka ada penceroboh di kediamannya.

Bintang berusia 26 tahun itu tiba di mahkamah semalam menaiki kereta polis dengan selimut biru menutup kepalanya.

Pendakwa dijangka mengemukakan bukti bahawa mereka percaya Pistorius membunuh teman wanitanya dan beliau tidak boleh diikat jamin.
Pistorius didakwa melakukan pembunuhan terancang teman wanitanya pada awal pagi 14 Februari lalu.
Pegawai penyiasat kanan polis Afrika Selatan, Hilton Botha berkata, Pistorius tidak sepatutnya dibenarkan ikat jamin kerana beliau menganggap bintang Paralimpik itu sebagai berisiko untuk melarikan diri.

"Steenkamp, mengalami tiga kecederaan akibat peluru, satu di siku yang mematahkan tangannya, satu bahagian atas telinga sebelah kanan kepala dan peluru ketiga di pinggul," katanya kepada mahkamah.

Botha berkata, tembakan disasarkan ke arah mangkuk tandas bilik air, dan kayu kriket digunakan untuk memecahkan pintu.

Pistorius, yang sekali lagi menangis di mahkamah, mempunyai lesen senjata yang digunakan untuk menembak teman wanitanya.

Botha menjelaskan ada pistol 38mm tidak berlesen dalam peti simpanan dalam bilik tidurnya. Beliau memberitahu mahkamah selipar Steenkamp dan beg ada di dalam bilik tidur itu.

Katanya, beliau mahu Pistorius didakwa dengan memiliki senjata haram dan peluru.
Botha juga memberitahu mahkamah Pistorius dan keluarganya cuba mendapatkan akses akaun bank pesisir berikutan tembakan berkenaan. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Keganasan landa India

Berjuta-juta pekerja mogok bantah kenaikan harga barang

New Delhi: Keganasan meletus di India semalam ketika kesatuan sekerja memulakan mogok dua hari bagi membantah kenaikan harga barang dan dasar kerajaan untuk membuka ekonomi.

Berjuta-juta pekerja kilang dan bank tidak datang bertugas manakala pengangkutan awam dihentikan di kebanyakan bandar raya besar selepas kesatuan sekerja utama menggesa mogok di seluruh negara.

Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," Pankaj Shah, Pemilik kilang


Pemimpin buruh dilanggar

Seorang pemimpin buruh mati dilanggar ketika cuba menghalang bas daripada meninggalkan terminal di bandar raya Ambala. Pekerja bersenjatakan batang besi memecahkan tingkap kilang dan membakar trak serta beberapa kereta di Noida, kawasan perindustrian di pinggir New Delhi.

Pemilik kilang berkata, polis tidak dapat membantu walaupun panggilan kecemasan dibuat.

"Tingkap banyak kilang di Noida pecah. Kami menghubungi polis tetapi mereka lewat, dan ketika itu kerosakan sudah pun berlaku," kata seorang pemilik kilang, Pankaj Shah.
Bank tutup, kedai buka

Di New Delhi, bas dan sistem kereta api bawah tanah sesak ketika teksi dan beca bermotor berbaris di jalan raya. Bank ditutup tetapi kebanyakan kedai dibuka.

Kesatuan sekerja menentang dasar kerajaan membuka sektor peruncitan, perbankan dan penerbangan kepada pelabur asing dalam usaha melonjakkan ekonomi India.

Kesatuan sekerja yang bergabung dengan pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata, dua parti komunis utama malah kesatuan sekerja diketuai parti Kongres menuntut kerajaan menarik semula pembaharuan ekonomi, yang dikatakan menjejaskan kepentingan pekerja.

10 tuntutan

Kesatuan mengeluarkan 10 tuntutan, termasuk kenaikan gaji minimum semua pekerja kepada 10,000 rupee (RM555) sebulan, mengawal harga dan menyediakan keselamatan sosial kepada semua pekerja.

Kesatuan sekerja berkata, tindakan kerajaan baru-baru ini membuka sektor pasar raya akan menjejaskan berjuta pemilik kedai kecil yang tidak mampu bersaing dengan peruncit antarabangsa.

Pekerja bank pula menentang keputusan kerajaan membenarkan syarikat besar memasuki sektor perbankan dan dasar menswastakan bank dikendalikan negara. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Makin ramai dari Indonesia jadi warga Singapura

Written By Unknown on Rabu, 20 Februari 2013 | 16.40

Singapura: Semakin ramai rakyat Indonesia menjadi warga Singapura sejak dua tahun lalu, menurut rekod di kedutaan Indonesia di Singapura.

Bilangannya meningkat dari 630 orang pada 2010 kepada 740 orang pada 2011 dan meningkat sekali lagi kepada 870 tahun lalu.

Bagaimanapun bilangan itu disifatkan masih rendah berbanding angka tertinggi sebelum ini. Pada 2009, seramai 960 warga Indonesia bertukar kerakyatan menjadi warga Singapura, manakala 1,180 berbuat demikian pada 2008.

Kahwin rakyat Singapura

"Kebanyakan warga Indonesia yang melepaskan kerakyatan asal mereka kerana berkahwin dengan rakyat Singapura," kata jurucakap kedutaan.

Walaupun kedutaan tidak menyimpan rekod mengenai keturunan atau agama tetapi nama menunjukkan merekaadalah daripada pelbagai kumpulan etnik, dari keturunan Cina hingga Jawa dan Sunda.

"Penurunan pada 2010 mungkin disebabkan Singapura memperketatkan dasar imigresen menjelang pilihan raya umum pada 2011," kata Profesor Hoon Chang Yau dari Universiti Pengurusan Singapura yang membuat penyelidikan dalam sejarah dan budaya penduduk Cina di Indonesia.
Elak kebanjiran rakyat asing

Kerajaan Singapura pada 2009 memperketatkan kriteria kewarganegaraan dan penduduk tetap untuk mengelak kebimbangan kebanjiran rakyat asing.

"Sebilangan rakyat Indonesia berpendapat mereka perlu mendapatkan kerakyatan segera atau u ia mungkin akan menjadi lebih sukar di masa depan.

Pemimpin masyarakat Indonesia di negara itu berkata, Singapura adalah destinasi utama kerana ia menawarkan peluang kerja yang baik, keselamatan dan pendidikan terbaik untuk anak mereka.

Presiden Forum Komuniti Indonesia di Singapura, Yoga Dirga Cahya, berkata kebanyakannya tidak mengubah kerakyatan mereka kerana hubungan kuat dengan keluarga di tempat asal.

Forum berkenaan adalah penaung bagi 10 persatuan rakyat Indonesia di Singapura dan menganjurkan majlis kepada 200,000 rakyat Indonesia, yang tinggal di Singapura. Selain itu, Yoga juga meramalkan tidak akan berlaku penghijrahan besar-besaran rakyat Indonesia ke Singapura kerana ekonomi negara itu semakin berkembang maju. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

PLA dituduh penggodam

China nafi, gelar dakwaan Amerika 'mengata dulang paku serpih'

Beijing/San Francisco: Satu unit rahsia tentera China dituduh dalang beberapa cubaan menggodam menyebabkan Beijing menafikan sekeras-kerasnya dakwaan syarikat keselamatan komputer Amerika Syarikat itu.

Beijing menekankan, ia adalah mangsa sebenar serangan penggodam Amerika.Syarikat Mandiant menuduh Unit 61398 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) bertempat di Shanghai sebagai terbabit dalam serangan secara berterusan terhadap pelbagai sektor.

Kami tidak tahu bagaimana bukti dalam laporan berkenaan boleh diyakini. Dari segi serangan internet untuk menggodam, penyerang dari Amerika berada di tempat pertama," Hong Lei, Jurucakap Kementerian Luar China

"Bentuk tugas Unit 61398 adalah rahsia kerajaan China, tetapi kami percaya ia terbabit dalam operasi menyerang rangkaian komputer," kata syarikat itu, kelmarin.

Unit 61398 berpejabat di daerah Pudong, Shanghai, pusat kewangan dan perbankan China dipercayai mempunyai beribu-ribu petugas fasih dalam bahasa Inggeris selain pakar program dan operasi komputer dan operasi, kata Mandiant.

Unit itu mencuri beratus-ratus terabait data daripada 141 pertubuhan pelbagai sektor sejak 2006, lapor syarikat itu lagi.
Kebanyakan mangsa di Amerika selain di Kanada dan Britain membabitkan maklumat usaha sama dan pembelian hingga e-mel pengurusan kanan.

Pada November 2011, Eksekutif Perisikan Kebangsaan Amerika menuduh China sebagai pencuri terbesar rahsia perniagaan Amerika.

Kementerian Luar China menyatakan, kerajaan negara itu menentang aktiviti menggodam dan mempertikai bukti dalam laporan berkenaan.

"Serangan menggodam berlaku di antara sempadan dan tidak dikenali siapa yang melakukannya.

"Menentukan identiti penyerang amat sukar. Kami tidak tahu bagaimana bukti dalam laporan berkenaan boleh diyakini," kata jurucakap kementerian itu, Hong Lei dalam taklimat media.

Hong merujuk kepada kajian China menunjukkan Amerika adalah dalang aktiviti menggodam di negaranya. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

53 serpihan meteor ditemui

Written By Unknown on Selasa, 19 Februari 2013 | 16.40

Moscow: Saintis di Universiti Persekutuan Ural menjadi pihak pertama mengumumkan menemui 53 serpihan meteor yang menjadi punca 1,200 orang cedera baru-baru ini.

"Kami baru saja buat ujian dan dapat mengesahkan serpihan berwarna hitam itu yang ditemui di sekitar Tasik Chebarkul adalah daripada tahi bintang," kata saintis Viktor Grokhovsky dari universiti berkenaan dan Akademi Sains Russia. - REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemisah lancar 50 serangan

Letupan, kebakaran dilakukan di selatan Thai dalam tempoh 48 jam

Pattani: Pemisah selatan Thailand memaksa pasukan keselamatan terus sibuk sejak kelmarin dengan melancarkan 50 serangan bom serentak dan kebakaran disengajakan dalam tempoh 48 jam.

Ia termasuk letupan bom di luar sebuah restoran di Pattani tengah hari kelmarin yang mengorbankan tiga sukarelawan pertahanan. Bom disembunyikan dalam timbunan pakaian di luar restoran itu. Berpuluh-puluh lagi cedera.

Ia sebahagian daripada serangan di daerah Muang dan Yaring di Pattani mulai jam 6 petang Sabtu hingga Ahad.

Pihak berkuasa percaya militan bertujuan mencetuskan kekacauan dengan meletupkan bom di pelbagai lokasi.

Serangan berlaku sejurus sebelum tengah hari di luar restoran tiga tingkat itu berhampiran menara jam di tengah bandar.

2 sukarelawan terbunuh
Dua sukarelawan pertahanan, Wirot Janthasiri dan Sukree Duereh, terbunuh serta-merta. Mangsa ketiga, Itthipol Ahsae, meninggal dunia di hospital. Letupan turut merosakkan sebuah kereta dan 10 motosikal.

Pihak berkuasa berkata, dua bom dijangka diletupkan. Satu meletup tetapi tidak berfungsi sepenuhnya. Kedua-dua bom, seberat 10 kilogram setiap satu, disembunyikan dalam alat pemadam kebakaran.

Kira-kira sejam kemudian, sebutir bom ditemui berhampiran pasar raya Diana dan berjaya dimusnahkan sebelum meletup.

Pasar raya itu, yang terletak di Jalan Udom Vithi, rosak 12 jam sebelum itu dalam kebakaran yang disebabkan letupan bom api. Tiada siapa cedera dalam kejadian itu.

Satu lagi bahan letupan ditemui pada jam 6.40 petang Sabtu lalu di luar kedai Paisal di lokasi sama. Ia dijangka diletupkan sejurus sebelum tengah malam.
Ia meletup kira-kira jam 7 malam berhampiran bar karaoke di Jalan Ramkomut, menyebabkan seorang cedera.

Bom ketiga, motosikal yang dipenuhi dengan 50 kilogram bom, berjaya dimatikan. Polis mengumpulkan cap jari untuk pemeriksaan.

Dua bom dimatikan di dua kedai sebelum pasar raya Diana dibakar. Ketika pasukan pemusnah bom bergelut memadamkan api, kebakaran berlaku di kedai peralatan elektrik empat tingkat. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Pendatang boleh jadi rakyat Amerika

Written By Unknown on Senin, 18 Februari 2013 | 16.40

Washington: Rumah Putih merangka satu pelan membenarkan pendatang haram untuk menjadi warga tetap sah Amerika Syarikat dalam masa lapan tahun, lapor majalah USA Today semalam.

Rancangan terbabit akan memperuntukkan dana keselamatan tambahan dan memerlukan pemilik perniagaan untuk memeriksa status imigresen mana-mana pekerja baru dalam masa empat tahun.

Dianggarkan 11 juta pendatang haram di Amerika juga boleh memohon visa 'Bakal Imigran Sah', kata laporan itu.

Berdasarkan draf berkenaan yang didakwa USA Today diedarkan di kalangan pelbagai agensi kerajaan, pemohon visa juga perlu lulus pemeriksaan latar belakang jenayah, maklumat biometrik dan membayar yuran.

Kad pengenalan khas

Sebaik diluluskan, mereka dibenarkan untuk tinggal di Amerika secara sah, bekerja dan meninggalkan negara itu dalam tempoh singkat tanpa kehilangan status mereka.

Satu kad pengenalan baru juga akan membuktikan pendudukan sah mereka di negara itu.
Dalam masa lapan tahun, mereka boleh memohon kad hijau untuk mendapatkan taraf penduduk tetap sah jika mempelajari bahasa Inggeris, sejarah serta Kerajaan Amerika. Malah mereka juga dikehendaki membayar tunggakan cukai.

Dengan memiliki kad hijau, pendatang terbabit boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan Amerika.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

84 korban letupan di Pakistan

Quetta: Seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah bazar kawasan puak Syiah bandar Hazara semalam menyebabkan 84 orang maut termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 200 lagi cedera.

Bom itu diletak dalam tangki air menggegarkan bazar berkenaan di Hazara, pinggir Quetta, pusat minyak dan gas wilayah Balochistan. Letupan berlaku jam 6 petang waktu tempatan.

Bahan letupan seberat 800 kilogram diletakkan dalam tangki air itu bersebelahan sebuah bangunan tingkat menyebabkannya runtuh sebaik ia meletup, kata ketua polis Quetta, Zubair Mehmood.

Khuatir ada tertimbus

Kami khuatir ada beberapa orang lagi tertimbus. Kerja menyelamat sedang dijalankan tetapi saya rasa sukar untuk mereka hidup, katanya.

Jurucakap kumpulan militan yang diharamkan, Lashkar-e-Jhangvi (LeJ) mendakwa kumpulan itu bertanggungjawab.

Setiausaha Dalam Negeri wilayah, Akbar Hussain Durrani, berkata wanita dan kanak-kanak adalah antara yang cedera dan maut serta mengesahkan ada penduduk mungkin dihempap runtuhan bangunan.
Penduduk buat halangan

Pegawai dan saksi berkata, sekumpulan penduduk mulanya beramai-ramai tidak membenarkan anggota polis, penyelamat dan wartawan untuk sampai ke tempat kejadian.

Mereka marah dan memulakan bantahan, ada juga yang membaling batu ke arah polis sebelum wakil kerajaan dan unit perubatan dibenarkan masuk, kata Durrani.
Gabenor Balochistan, Nawab Zulifqar Ali Magsi mengumumkan tempoh berkabung sehari berhubung kejadian itu.

Balochistan yang terletak di sempadan Iran dan Afghanistan semakin kerap menyaksikan keganasan antara puak Sunnah dan Syiah. Dua puak itu meliputi seperlima daripada 180 juta penduduk Pakistan.

Pada 10 Januari lalu, sekurang-kurangnya 93 maut dan 121 lagi cedera selepas dua penyerang bunuh diri letupkan bom di Quetta.

Angka korban keganasan pengikut mazhab mencapai 400 orang pada tahun lalu, kebanyakannya menerusi tembakan dari dalam kenderaan.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Asteroid besar kian jauhi bumi

Written By Unknown on Minggu, 17 Februari 2013 | 16.40

Moscow: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.

Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk, kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.

Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Tak dapat dilihat

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.
Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.

Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Korea Utara rancang 2 lagi ujian nuklear

Tak takut sekatan, guna wang dadah, seludup senjata biaya program

Pyongyang: Korea Utara mengumpul wang selama berdekad daripada penyeludupan dadah, senjata dan penipuan kewangan dan semakin bijak menyorokkannya bagi membiayai program senjata dan gaya hidup mewah pemimpinnya.

Sumber atasan kerajaan di kedua-dua Korea Utara dan China, satu-satunya sekutu utama, memberitahu Reuters bahawa Pyongyang tidak takut dengan sekatan dan sedang mempertimbangkan dua lagi ujian nuklear dan pelancaran roket tahun ini.

Korea Utara memberitahu sekutu utamanya, China, ia bersiap sedia melancarkan satu atau dua lagi ujian nuklear tahun ini bagi memaksa Amerika mengadakan rundingan diplomatik, kata sumber itu.

Ujian lanjut mungkin diiringi satu lagi pelancaran roket, kata sumber, yang mempunyai akses langsung kepada pegawai atasan kerajaan di Beijing dan Pyongyang.

Ia yakin pembaharuan pertanian dan ekonomi akan menambah penuaian bijirin tahun ini, mengurangkan pergantungan makanan dengan China, kata sumber.

Dengan perdagangan dan sumber semula jadi terhad, hasil Pyongyang bergantung penuh kepada penipuan menghasilkan daripada wang tunai palsu AS$1 (RM3.20) sehingga jualan senjata dan wang dadah, menurut laporan kerajaan Amerika.

Gubah wang haram
Pada 2005, wang tunai AS$25 juta (RM77.35 juta) rejim dibekukan di Banco Delta Asia berpusat di Macau dipercayai hasil penggubahan wang haram.

Kes itu kini dianggap secara praktikal satu-satunya kejayaan merampas dana dari negara terpencil yang kini diketuai Kim Jong-un, 30, dinasti ketiga Kim yang memerintah.

Ada kesukaran besar untuk mengenal pasti akaun bank, kata sumber kerajaan Korea Selatan yang secara langsung terbabit dalam satu lagi sekatan digesa Majlis Keselamatan PBB selepas Utara menjalankan ujian nuklear ketiga minggu ini.

Wang tunai AS$25 juta itu dilepaskan selepas rundingan panjang diketuai, perunding Utara Kim Kye-gwan dengan wakil Amerika Christopher Hill, pegawai yang hadir dalam rundingan.

REUTERS/AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Kapal China terus ceroboh Senkaku

Written By Unknown on Sabtu, 16 Februari 2013 | 16.40

Tokyo: Tiga lagi kapal China memasuki perairan yang menjadi rebutan semalam, kata pengawal pantai Jepun.

Kejadian berlaku ketika hubungan kedua-dua negara semakin dingin berikutan ujian nuklear sekutu Beijing, Korea Utara.

Kapal pemerhati maritim belayar berdekatan kepulauan Senkaku yang dikawal Jepun, pulau diberi nama Diaoyu dalam bahasa Cina jam 9.30 pagi waktu tempatan, kata pengawal pantai.

"Jepun tidak boleh terima perkara ini. Ia amat dikesali," kata Menteri Luar, Fumio Kishida, ketika memberi taklimat semalam, sambil menambah kementeriannya sudah menyampaikan sentimen itu kepada kedutaan China.

Hubungan di antara kedua-dua negara gergasi Asia itu goyah berhubung perbalahan wilayah, yang mencetuskan perhimpunan antiJepun di seluruh China tahun lalu.
Bantahan dan pemulauan barangan tidak rasmi mengancam perniagaan Jepun yang beroperasi di negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Berpotensi cetus peperangan
Sebahagian pemerhati memberi amaran ketegangan diplomatik boleh membawa kepada peperangan yang berpotensi memberi kesan buruk serantau.

Jepun berkata, armada kecil China bulan lalu mengunci radar kawalan senjata terhadap salah sebuah kapal pemusnahnya di laut.

Ia berkata, sebuah lagi kapal terdahulu menyasarkan helikopter, tindakan yang disifatkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, sebagai provokatif dan bahaya.

Bagaimanapun, kata penganalisis, Jepun perlu berhati-hati, dengan tekanan ke atas China ketika dunia mahukan sokongan Beijing bagi sekatan lebih ketat terhadap Korea Utara berikutan ujian nuklearnya. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

1,000 cedera angkara meteor

Tahi bintang selaju 54,000 kilometer sejam meletup di udara

Moscow: Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera selepas tahi bintang seberat 11 tan melalui kawasan pergunungan Ural, Russia, awal semalam.

Tahi bintang itu mempunyai kelajuan 54,000 kilometer sejam dan meletup pada ketinggian 30 hingga 50 kilometer di udara, kata Akademi Sains Russia.

Letupan itu menyebabkan kaca pecah di banyak tempat, kata Kementerian Kecemasan Russia yang mengesahkan 34 orang terus dirawat di hospital, tiga daripada mereka parah.

"Penduduk panik. Mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Semua orang mengunjungi jiran terdekat untuk memastikan sama ada mereka selamat," kata Sergey Hametov, penduduk daerah Chelyabinsk, 1500 kilometer ke timur Moscow, bandar terbesar di kawasan kejadian.

Letusan besar

"Kami nampak satu letusan besar cahaya dan keluar rumah untuk menentukan apa sebenarnya berlaku dan dengar bunyi dentuman kuat," katanya lagi.
Seorang lagi penduduk Chelyabinsk, Valya Kazakov, berkata ada juga beberapa wanita tua dekat rumahnya mula menangis kerana percaya dunia kiamat.

Ada juga beberapa serpihan tahi bintang itu jatuh di sebuah empangan di luar bandar Cherbakul, kata pejabat gabenor wilayah yang dipetik agensi berita ITAR-Tass. Tidak diketahui sama ada penduduk terkena serpihan tahi bintang itu.

Agensi berita itu juga memetik jurucakap tentera, Yarslavl Roshupkin sebagai berkata, pihaknya menemui sebuah lubang besar enam meter lebar di tempat beberapa serpihan mengenai bumi.

Bunyi sonik

Tahi bintang biasanya akan mengeluarkan bunyi sonik ketika masuk ke atmosfera kerana bergerak melebihi kelajuan bunyi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vodim Kolesnikov berkata, bumbung sebuah kilang juga roboh.

Beberapa laporan juga bercanggah dengan apa yang berrlaku. Jurucakap Kementerian Kecemasan Irina Rossius, berkata ada beberapa tahi bintang jatuh ke bumi manakala seorang lagi jurucakap, Elena Smirnikh, dipetik agensi berita Interfax sebagai berkata bahawa hanya satu tahi bintang dilihat. - AP

INFO: Tahi bintang
* Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi
* Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam
* Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
* Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun
* Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera
* Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram
* Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
* 20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk


16.40 | 0 komentar | Read More

RM39,000 upah kerat telinga

Written By Unknown on Kamis, 14 Februari 2013 | 16.40

Baku: Parti prokerajaan di Azerbaijan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memotong telinga seorang penulis terkenal, Akram Aylisli, 76, yang dikatakan menghina negara itu dengan paparan persahabatan dan keganasan antara penduduk negara itu dan Armenia.

Azerbaijan dan Armenia tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak perang membabitkan wilayah rebutan, Nagorno-Karabakh, pada awal 1990-an, selepas Soviet Union musnah, yang membunuh 30,000 orang.

Aktivis Pemerhati Hak Asasi, mengutuk ancaman terhadap Aylisli, yang memegang gelaran Penulis Rakyat di Azerbaijan. Gelaran itu ditarik balik oleh presiden minggu lalu selepas kisah Stone Dreams membangkitkan kemarahan penduduk negara itu.

Hasil kerja yang disiarkan di majalah Russia, sebahagiannya menceritakan kisah penduduk negara itu cuba melindungi jiran Armenia mereka ketika penduduk Armenia diseksa dan dipukul di Baku pada tahun 1990.

Dengan hampir sejuta penduduk wilayah Nagorno-Karabakh yang kehilangan tempat tinggal menetap di Azerbaijan dan kedua-dua negara berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat perang, topik hubungan etnik memang tidak wajar disentuh.

Pemimpin parti prokerjaan, Muasir Musavat, kelmarin berkata parti menawarkan 10,000 manat, hampir AS$13,000 (RM39,000) bagi sesiapa yang memotong telinga Aylisli.

"Aylisli menghina seluruh bangsa Azeri. Oleh kerana beliau menghina kami, kami mahu bertindak balas dan itu yang kami putuskan. Telinganya mesti dipotong," kata Hafiz Haciyev di pejabat partinya di Baku.
Desak minta maaf

Malah sebelum ancaman Haciyev, pegawai Parti Yeni Azerbaijan yang memerintah negara itu juga mendesak Aylisli menarik balik novel berkenaan daripada pasaran dan meminta maaf kepada penduduk. Bantahan juga dibuat di luar rumahnya di Baku.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemisah selatan Thai masuk perangkap

Narathiwat: Askar Thailand membunuh 16 pemisah yang cuba melakukan serangan terhadap sebuah kem di selatan negara itu, semalam.

Seramai 50 pemisah berpakaian tentera menyerang markas di daerah Bacho, di sini, sejurus selepas tengah malam, kata Ketua Petugas Khas Tentera Wilayah, Kapten Somkiat Ponprayun.

Menurut Somkiat, tembak-menembak berakhir dengan 16 daripada penyerang terbunuh dan rakan mereka melarikan diri.

Mengikut kenyataan jurucakap tentera wilayah, Kolonel Pramote Promin, awalnya angka kematian pemisah dilaporkan 19 orang.

Penduduk beri maklumat

Somkiat berkata, tiada askar yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada penduduk tempatan yang memberi amaran mengenai serangan itu.

Ia kematian tertinggi dialami pemisah Islam sejak 100 maut ketika pertempuran dalam masa sehari, hampir satu dekad lalu.
Pertempuran di tiga wilayah selatan Thailand berlaku hampir setiap hari sejak pemberontakan meletus semula pada 2004 dan lebih 5,000 terbunuh. Anggota keselamatan, selain guru, menjadi sasaran kerana dilihat sebagai wakil kerajaan.

Penduduk Islam di selatan, wilayah diduduki majoriti penduduk beragama Islam di negara Buddha itu, sudah lama mengadu mengenai diskriminasi ke atas mereka oleh Kerajaan Pusat di Bangkok dengan pemisah dianggap berjuang untuk mendapatkan autonomi.

Tetapi mereka tidak pernah membuat pengumuman mengenai matlamat mereka.

Angka kematian itu yang tertinggi sejak serangan dilancarkan serentak ke atas stesen polis dan pusat pemeriksaan di tiga wilayah pada April 2004, mencetuskan pertempuran yang mengorbankan lebih 100 militan, 32 di masjid Kreu-Sae di Pattani yang menjadi tempat berkubu.

Sedia hadapi serangan

Pengendali kem berkenaan, Komander Thammanoon Wanna, berkata tentera sudah bersedia menghadapi serangan selepas pihak berkuasa menemui lakaran yang menunjukkan pelan itu pada pemisah yang ditembak mati baru-baru ini.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Tunjuk perasaan di Kaherah

Written By Unknown on Rabu, 13 Februari 2013 | 16.40

Kaherah: Pasukan keselamatan menyembur air dan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di luar istana Presiden ketika meraikan ulang tahun kedua kejatuhan Hosni Mubarak dengan menentang penggantinya.

Mereka berusaha menyuraikan sekumpulan penunjuk perasaan petang kelmarin, selepas sebila-ngannya cuba merempuh kawat duri yang menghalang mereka daripada mendekati pintu pagar istana. Sebahagian penunjuk perasaan menjerit: "Rakyat mahu menumbangkan rejim ini."

Terdahulu, sekumpulan lelaki bertopeng menghalang kereta api di stesen bawah tanah Kaherah dan 12 penunjuk perasaan menyekat lalu lintas dengan membakar tayar di laluan utama bandar raya itu. Beratus-ratus lagi berhimpun di luar pejabat ketua pendakwa negara, menuntut keadilan bagi penunjuk perasaan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan selepas Presiden Mohammed Morsi mengambil alih jawatan musim panas lalu.

Penunjuk perasaan membaling beg plastik berisi cecair merah ke arah pejabat pendakwa bagi mengingatkan darah orang awam yang tumpah dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Sekumpulan penunjuk perasaan menutup pintu bangunan pentadbiran utama di luar stesen bawah tanah di Dataran Tahrir.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Ujian nuklear paling kuat

Seoul: Korea Utara semalam mendakwa berjaya melancarkan ujian nuklear paling kuat dengan 'peralatan kecil' mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bantahan kuasa besar dunia termasuk sekutu rapatnya, China.

Negara itu berkata, ujian bawah tanah ketiga itu, yang dilakukan walaupun berdepan amaran tegas Majlis Keselamatan PBB, adalah tindak balas kepada apa yang disifatkannya permusuhan Amerika Syarikat.

Sambil menyifatkan ia hanya 'langkah pertama' Korea Utara memberi amaran akan melaksanakan tindakan lebih drastik jika dunia terus mengenakan sekatan ke atasnya.

Dakwaan itu mencetuskan kebimbangan bahawa Pyongyang bakal memasang peledak nuklear kepada peluru berpandu balistik miliknya.

Pengesahan daripada agensi berita KCNA dibuat hampir tiga jam selepas layar gempa bumi mengesan gegaran luar biasa di kawasan ujian nuklear Punggye-ri, berhampiran sempadan China.

"Letupan semalam menghasilkan kekuatan antara enam hingga tujuh kilotan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-Seok, kepada wartawan.
Ia adalah jauh lebih kuat berbanding ujian pada 2006 dan 2009, kedua-duanya menggunakan plutonium.
Bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima pada 1945, menghasilkan kekuatan letupan 15 kilotan.

Presiden Barack Obama mengutuk ujian terbabit dan menggesa tindak balas pantas dan berwibawa, ketika Majlis Keselamatan bersedia mengadakan mesyuarat.

Kecaman turut diterima dari negara lain termasuk Russia manakala Jepun melihat ujian itu sebagai ancaman besar kepada keselamatannya.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengecam ujian itu hari ini, manakala diplomat berkata Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan kemungkinan menguatkuasakan sekatan baru ke atas Pyongyang.

AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Taliban ugut penjual viagra

Written By Unknown on Selasa, 12 Februari 2013 | 16.40

Peshawar: Pergerakan Taliban di Pakistan semalam memberi amaran kepada peniaga di sebuah kawasan pasar terkenal supaya berhenti menjual VCD filem dewasa dan pil viagra atau yang menyerupainya.

Sekumpulan peniaga memberitahu sebuah agensi berita antarabangsa, mereka menemui empat risalah bertulis tangan mengandungi amaran berkenaan ketika membuka perniagaan kelmarin di pasar Karkhano di pinggir Peshawar.

Kata-kata amaran berbunyi: Menjual ubat seks dan filem lucah adalah bertentangan dengan Syariah, tercatat pada risalah amaran yang diedarkan di bawah nama Tehreek-e-Taliban Khyber. Semua yang terbabit dengan perniagaan ini diberi amaran agar berhenti berbuat demikian atau akan menerima padahnya.

Peniaga berkenaan enggan mendedahkan nama mereka berikutan bimbang dengan tindakan Taliban.

Berpuluh-puluh kedai di Karkhano menjual ubat seks, filem dewasa dan lucah secara terbuka, kata saksi.

Pasar Kakhano terletak di sempadan daerah Khyber, lokasi pertempuran yang semakin sengit antara tentera Pakistan menentang pergerakan Taliban dan militan lain di sempadan Afghanistan.

Peniaga dan penjual VCD muzik atau filem sering menerima ugutan daripada militan, malah kedai mereka pernah dibom kerana dianggap menjalankan perniagaan bertentangan dengan islam.
AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

37 orang mati terpijak

Allahabad: Menteri Pembangunan Bandar Uttar Pradesh, Azam Khan, meletak jawatan selepas kejadian rempuhan di stesen kereta api yang mengorbankan 37 orang dan mencederakan lebih 30 lagi ketika festival keagamaan paling besar India, Mahakumbh.

Khan sebelum itu menyalahkan Kereta Api India atas tragedi yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Kereta Api, Pawan Bansal dan organisasinya.

Bercakap kepada media mengenai keputusannya, Khan berkata: Kemalangan yang berlaku bukan bidang kuasa saya. Namun, jika rakyat mati dan berkaitan agama, ia lebih mendukacitakan.

Saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana ia tanggungjawab moral saya. Kami menghabiskan banyak acara dengan berjaya. Saya meletak jawatan sebagai Presiden Jawatankuasa Mela. Saya juga menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, kata Khan.

Sementara itu, orang ramai menyerbu hospital utama untuk memastikan jika anggota keluarga mereka antara mangsa dalam insiden petang kelmarin.

Puluhan ribu penganut berada di stesen itu untuk menaiki kereta api apabila pihak berkuasa membuat pengumuman perubahan saat akhir di landasan, mencetuskan huru hara.

Lebih 30 juta penganut Hindu mandi di Sangam, kuala Sungai Ganges, pertemuan antara sungai Yamuna dan Saraswati, sebahagian daripada 55 hari Kumbh Mela atau Festival Kendi.
Kelmarin, sukarelawan dan pegawai menggunakan pembesar suara untuk memberi perincian kanak-kanak dan orang dewasa yang ditemui di tebing sungai, kehilangan keluarga dalam kesesakan.
AP/AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Perisik Indonesia serah suspek kepada CIA

Written By Unknown on Senin, 11 Februari 2013 | 16.40

Jakarta: Bekas ketua Badan Perisikan Negara (BIN) Indonesia, AM Hendropriyono mengaku menyerahkan tiga suspek militan kepada agensi perisikan pusat Amerika, CIA.

Pada masa sama, beliau menafikan mengetahui rancangan sulit negara kuasa besar itu untuk menahan dan menyeksa suspek pengganas dari seluruh dunia dalam usaha memerangi keganasan.

Hendropriyono berkata, suspek berkenaan ditahan di Poso, Sulawesi Tengah pada 2002 dalam operasi yang tidak ada kaitan dengan CIA.

Dalang pertelingkahan agama

"Kami tidak mendapat sebarang perintah daripada CIA. Saya masih ingat, kami tahan tiga warga asing terbukti mendalangi pertelingkahan antara penganut Kristian dan Islam di Poso pada 2002.

"Akhirnya, saya ambil keputusan untuk menyerahkan tiga suspek berkenaan kepada CIA kerana pihak berkuasa kami, termasuk Polis Nasional dan Dewan Perwakilan Rakyat menolak hasil siasatan kami," kata Hendropriyono yang dipetik The Jakarta Post, semalam.

Akhbar itu melaporkan, laporan Open Society Justice Initiative (OSJI) berpejabat di New York setebal 213 halaman mendedahkan bahawa sejak 2002, Hendropriyono dipercayai membantu CIA menahan tiga suspek berkenaan. - BERNAMA


16.40 | 0 komentar | Read More

Lapangan terbang Google

Terminal ada pejabat, kedai komersial telan belanja RM246 juta

San Jose: Banyak syarikat memiliki dan menguruskan jet korporat ketika ini tetapi Google pula merancang untuk memiliki lapangan terbang kendalian sendiri.

Satu panel pegawai negeri California kini menilai cadangan membina lapangan terbang milik Google di kawasan seluas 11.7 hektar di sebelah barat Lapangan Terbang Mineta San Jose.

Cadangan itu dikemukakan oleh Signature Aviation membabitkan kos AS$82 juta (RM246 juta) termasuk sebuah terminal dan hangar.

Ia juga membabitkan ruang pejabat dan kedai seluas 3,065 meter. Penyokong projek itu percaya, ia akan mewujudkan beratus-ratus peluang pekerjaan selain menghasilkan perolehan sebanyak AS$2.6 juta (RM7.8 juta) setahun untuk negeri ini.

Pengurusan lapangan terbang itu akan dikongsi bersama antara Signature Aviation dan Blue City Holdings San Jose LLC yang akan menyewakan lapangan terbang persendirian itu daripada pentadbiran negeri selama 50 tahun.

Blue City menguruskan pesawat milik Google. Cadangan pembinaan di kawasan berkenaan turut membabitkan perkhidmatan untuk pelanggan Google.
Akhbar San Jose Mercury News melaporkan, tiga eksekutif tertinggi Google mempunyai sekurang-kurangnya lapan jet termasuk sebuah Boeing 767.

Pegawai lapangan terbang berkata, mereka memberi sokongan kepada pembinaannya kerana akan membantu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengarah agensi awam, Aviation San Jose, William Sherry dan empat penilai meletakkan taraf pembinaan lapangan terbang itu sebanyak 991 daripada 1,000 mata.

Projek itu akan menghasilkan 36 kerja tetap dan 150 hingga 200 pekerjaan sementara manakala 370 lagi dihasilkan secara tidak langsung.

"Projek ini tepat pada masanya selepas kami terpaksa hentikan pekerja dan hadapi kemelesetan ekonomi sejak bertahun-tahun lalu," kata Sherry. - AGENSI

INFO: Google
# Ditubuhkan sebagai firma persendirian pada 4 September 1998
# Slogan tidak rasmi mulai 2006 ialah 'Don't be evil'
# Beribu pejabat di Mountain View, California
# Dianggar mempunyai sejuta pelayan data di seluruh dunia
# Google memproses satu bilion carian sehari.


16.40 | 0 komentar | Read More

Perisik Indonesia serah suspek kepada CIA

Written By Unknown on Minggu, 10 Februari 2013 | 16.40

Jakarta: Bekas ketua Badan Perisikan Negara (BIN) Indonesia, AM Hendropriyono mengaku menyerahkan tiga suspek militan kepada agensi perisikan pusat Amerika, CIA.

Pada masa sama, beliau menafikan mengetahui rancangan sulit negara kuasa besar itu untuk menahan dan menyeksa suspek pengganas dari seluruh dunia dalam usaha memerangi keganasan.

Hendropriyono berkata, suspek berkenaan ditahan di Poso, Sulawesi Tengah pada 2002 dalam operasi yang tidak ada kaitan dengan CIA.

Dalang pertelingkahan agama

"Kami tidak mendapat sebarang perintah daripada CIA. Saya masih ingat, kami tahan tiga warga asing terbukti mendalangi pertelingkahan antara penganut Kristian dan Islam di Poso pada 2002.

"Akhirnya, saya ambil keputusan untuk menyerahkan tiga suspek berkenaan kepada CIA kerana pihak berkuasa kami, termasuk Polis Nasional dan Dewan Perwakilan Rakyat menolak hasil siasatan kami," kata Hendropriyono yang dipetik The Jakarta Post, semalam.

Akhbar itu melaporkan, laporan Open Society Justice Initiative (OSJI) berpejabat di New York setebal 213 halaman mendedahkan bahawa sejak 2002, Hendropriyono dipercayai membantu CIA menahan tiga suspek berkenaan. - BERNAMA


16.40 | 0 komentar | Read More

Lapangan terbang Google

Terminal ada pejabat, kedai komersial telan belanja RM246 juta

San Jose: Banyak syarikat memiliki dan menguruskan jet korporat ketika ini tetapi Google pula merancang untuk memiliki lapangan terbang kendalian sendiri.

Satu panel pegawai negeri California kini menilai cadangan membina lapangan terbang milik Google di kawasan seluas 11.7 hektar di sebelah barat Lapangan Terbang Mineta San Jose.

Cadangan itu dikemukakan oleh Signature Aviation membabitkan kos AS$82 juta (RM246 juta) termasuk sebuah terminal dan hangar.

Ia juga membabitkan ruang pejabat dan kedai seluas 3,065 meter. Penyokong projek itu percaya, ia akan mewujudkan beratus-ratus peluang pekerjaan selain menghasilkan perolehan sebanyak AS$2.6 juta (RM7.8 juta) setahun untuk negeri ini.

Pengurusan lapangan terbang itu akan dikongsi bersama antara Signature Aviation dan Blue City Holdings San Jose LLC yang akan menyewakan lapangan terbang persendirian itu daripada pentadbiran negeri selama 50 tahun.

Blue City menguruskan pesawat milik Google. Cadangan pembinaan di kawasan berkenaan turut membabitkan perkhidmatan untuk pelanggan Google.
Akhbar San Jose Mercury News melaporkan, tiga eksekutif tertinggi Google mempunyai sekurang-kurangnya lapan jet termasuk sebuah Boeing 767.

Pegawai lapangan terbang berkata, mereka memberi sokongan kepada pembinaannya kerana akan membantu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Pengarah agensi awam, Aviation San Jose, William Sherry dan empat penilai meletakkan taraf pembinaan lapangan terbang itu sebanyak 991 daripada 1,000 mata.

Projek itu akan menghasilkan 36 kerja tetap dan 150 hingga 200 pekerjaan sementara manakala 370 lagi dihasilkan secara tidak langsung.

"Projek ini tepat pada masanya selepas kami terpaksa hentikan pekerja dan hadapi kemelesetan ekonomi sejak bertahun-tahun lalu," kata Sherry. - AGENSI

INFO: Google
# Ditubuhkan sebagai firma persendirian pada 4 September 1998
# Slogan tidak rasmi mulai 2006 ialah 'Don't be evil'
# Beribu pejabat di Mountain View, California
# Dianggar mempunyai sejuta pelayan data di seluruh dunia
# Google memproses satu bilion carian sehari.


16.40 | 1 komentar | Read More

Fatwa cetus panik di Mesir

Written By Unknown on Sabtu, 09 Februari 2013 | 16.40

Kerajaan risau ulama buat ketetapan agama sesuka hati

Kaherah: Kerajaan Mesir mempertingkat kawalan keselamatan kerana risau dengan tindakan beberapa pendakwah konservatif ultra mengeluarkan fatwa membenarkan penunjuk perasaan wanita dicabul dan pemimpin pembangkang dibunuh.

Dua pendakwah terkenal di sini mencetuskan protes beberapa hari lalu selepas berkata, undang-undang Syariah membenarkan pemimpin pembangkang dibunuh.

Mereka pergi ke sana untuk diperkosa," Ahmed Mohammed Abdullah, Pendakwah


Seorang lagi memberi alasan mengapa serangan seksual terhadap penunjuk perasaan wanita di Dataran Tahrir adalah dibenarkan.

"Mereka pergi ke sana untuk diperkosa," kata Ahmed Mohammed Abdullah yang menyifatkan penunjuk perasaan itu sebagai wanita tidak bermoral.

Serangan seksual terhadap wanita yang memprotes melonjak di Mesir sejak Januari lalu dengan 19 kes pada 25 Januari saja.

Dalam kebanyakan insiden, wanita itu dibogelkan dan objek tajam digunakan untuk menikam mereka, kata kumpulan hak asasi manusia.
Melaga-lagakan musuh

Dalam satu program bual bicara di saluran Salafi TV iaitu Al-Hafez, pendakwah Mahmoud Shaaban pula berkata, pemimpin Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) melaga-lagakan musuh di Mesir untuk berkuasa.

"Mereka mesti dibunuh mengikut perintah tuhan," katanya. Beliau merujuk kepada Mohamed ElBaradei dan Hamdeen Sabahi.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, kawalan keselamatan sudah diperketatkan di kediaman ahli politik pembangkang.

Pejabat Presiden Mohammed Morsi dan Perdana Menteri, Hesham Kandil, mengutuk fatwa itu dan siasatan sudah dilancarkan terhadap seorang daripada pendakwah berkenaan. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Peratus orang Melayu Singapura kian merosot

Ahli Parlimen bimbang kadar kesuburan turut menurun

Singapura: Seorang ahli Parlimen Melayu Singapura, Zainal Sapari melahirkan kebimbangan dengan kemerosotan peratusan orang Melayu di republik itu.

Zainal, Ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata keadaan ini sebabkan kesukaran menarik orang Melayu dari luar Singapura, tidak seperti kaum lain yang mempunyai sumber warga baru berbakat dari China dan India.

Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi," Zainal Sapar, ahli Parlimen Melayu Singapura


Hal itu, katanya boleh menjejaskan perangkaan pencapaian bangsa Melayu, apatah lagi kadar kesuburan orang Melayu juga sudah merosot dan perkahwinan campur membabitkan pasangan Melayu kian meningkat.

Menurut Zainal, warga baru Islam bukan Melayu yang dibawa masuk ke sini tidak boleh dianggap sebagai 'pengganti' kepada warga Melayu kerana mereka bukan bangsa Melayu.

Kesan statistik

"Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi," katanya.
Keprihatinan berhubung peratusan orang Melayu pernah ditimbulkan beberapa ahli parlimen Melayu lain sebelum ini seperti Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Zaqy Mohamed (GRC Chua Chu Kang) dan Muhd Faisal Manaf (GRC Aljunied).

Zainal yang bercakap di dalam bahasa Melayu berkata Kertas Putih Kependudukan menimbulkan perbincangan hangat di kalangan rakyat dengan ramai bimbang mengenai implikasi sekiranya bilangan penduduk di Singapura mencapai 6.9 juta orang.

Namun, beliau akur isu itu penting kerana masa depan Singapura boleh terjejas sekiranya tiada tindakan dilakukan.

Kadar kesuburan Singapura amat rendah dan bilangan warga tua pula kian bertambah. - AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Puluhan lagi terbunuh

Written By Unknown on Jumat, 08 Februari 2013 | 16.40

Damsyik: Pertempuran berterusan antara pemberontak dan tentera di sekitar ibu negara Syria semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh.

Ia juga menyebabkan pemimpin pemberontak, Moaz al-Khatib mengancam untuk menarik diri daripada rundingan damai bertujuan menamatkan konflik dua tahun itu. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Benigno lawat markas MILF

Presiden Filipina pertama kunjungi kubu pemisah di selatan Filipina

Manila: Presiden Benigno Aquino akan melakukan lawatan bersejarah minggu depan ke kubu kuat pergerakan pemisah Islam utama dalam usaha meneruskan rundingan damai.

Lawatan Benigno pada hari Isnin ini ke pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan menjadi misi keamanan pertama ke situ oleh presiden sejak perjuangan bermula pada 1970-an.

MILF mempunyai 12,000 anggota di selatan Filipina. Benigno akan bertemu dengan pengerusi MILF, Murad Ebrahim.

Mereka akan menyaksikan pelancaran projek kebajikan sosial untuk penduduk Islam, kata jurucakap Benigno, Ricky Carandang.

Sikap optimis

"Ia bukan pertemuan formal tetapi kehadiran mereka akan menggariskan komitmen dan sikap optimis kedua-dua pihak untuk mencapai perdamaian.
Pelancaran program sosial akan menunjukkan faedah terbesar keamanan," katanya.

Pada pelancaran itu, kad insuran kesihatan akan diedarkan kepada penduduk, tugas kecemasan ditawarkan kepada penduduk dewasa dan biasiswa diberi kepada anak mereka, kata pegawai Benigno.

MILF berjuang mendapatkan kemerdekaan di Mindanao sejak 1970-an, yang didakwa minoriti Islam sebagai tanah nenek moyang mereka. Dianggarkan 150,000 penduduk maut dalam konflik itu.

MILF menandatangani perjanjian rangka kerja dengan kerajaan Benigno, Oktober tahun lalu.

Ia menunjukkan kesungguhan kedua-dua pihak untuk membentuk entiti autonomi di Mindanao pada 2016, apabila presiden menamatkan penggal enam tahunnya.

MILF berjanji membatalkan hasrat mendapatkan negara merdeka sebagai tukaran kepada kuasa dan perkongsian kekayaan di wilayah autonomi baru itu.

Perunding kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di Malaysia untuk mengenal pasti masalah melaksanakannya.

Setiausaha Kabinet, Jose Almendras, berkata lawatan itu akan mengunjungi sekolah dikendalikan MILF yang dikatakan penduduk kira-kira setengah kilometer dari pintu pagar utama ibu pejabat pemisah, Kem Darapanan. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Pembangkang Tunisia dibunuh

Written By Unknown on Kamis, 07 Februari 2013 | 16.40

Tunisa: Tokoh pembangkang terkemuka Tunisia, Chokri Belaid (gambar), ditembak mati di luar rumahnya semalam, mencetuskan bantahan oleh penyokongnya dan serangan ke atas pejabat parti Ennahda yang memerintah.

Presiden Moncef Marzouki mengutuk pembunuhan Belaid, yang lantang mengkritik kerajaannya, dan menyifatkan ia sebagai pembunuhan berunsurkan kebencian, manakala pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi, berkata pembunuh mahu melakukan pertumpahan darah di Tunisia. - AFP


16.40 | 0 komentar | Read More

Ahmadinejad ditegur

Imam Al-Azhar minta Presiden Iran tidak campur tangan politik di Teluk

Kaherah: Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayyeb meminta Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak campur tangan dalam hal ehwal politik Bahrain atau negara Teluk lain dan perlu mempertahankan hak minoriti Sunnah di negaranya.

Ahmadinejad, yang menjadi presiden pertama melawat Mesir dalam tempoh 30 tahun, diberi sambutan permaidani merah oleh Presiden Mohamed Mursi kelmarin sebelum menerima teguran ulama Sunnah terkenal itu.

Saya berharap lawatan ini akan menjadi permulaan baru bagi perpaduan antara kedua-dua rakyat," Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran


Al-Tayyeb, menolak apa yang disifatkannya sebagai penyebaran ajaran Syiah di bumi Sunnah. Tayyeb, yang berkata demikian dalam kenyataan selepas bertemu Ahmadinejad, menuntut presiden Iran itu menghormati Bahrain sebagai negara Arab yang bersaudara dengannya dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara Teluk.

Pertahan minoriti sunnah

Beliau juga berkata, Ahmadinejad perlu mempertahankan hak minoriti Sunnah di negara berfahaman Syiah itu.
Berikutan pertemuan kelmarin, Ahmadinejad mengadakan sidang akhbar di Al-Azhar dan berkata beliau datang dari Iran untuk memberitahu bahawa Mesir dan rakyatnya berada dalam hati rakyat Iran.

"Saya berharap lawatan ini akan menjadi permulaan baru bagi perpaduan antara kedua-dua rakyat," katanya.

Beliau juga menawarkan bantuan pinjaman dan kerjasama strategik dengan Mesir, namun mendapat sambutan dingin.


Sementara itu seorang lagi ulama kanan Al-Azhar, Hassan al-Shafie, yang bercakap selepas Ahmadinejad, memberi komentar terhadap sebahagian penganut Syiah yang menghina beberapa sahabat Nabi Muhammad ketika presiden Iran itu mendengar dengan wajah kurang senang yang ketara.

"Perbincangan ini jujur," kata Shafie mengenai pertemuan Ahmadinejad dengan Tayyeb.

Puak Syiah mencaci sebahagian sahabat yang dituduh merampas kuasa daripada sepupu baginda, Saidinia Ali, yang mereka percayai dilantik sebagai pewaris sah.

Pada petangnya, Ahmadinejad dicemuh seorang lelaki yang juga cuba melempar kasut ke arah presiden Iran itu ketika beliau meninggalkan masjid Al-Hussein selepas solat, kata saksi. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Menonton tv jejas sperma

Written By Unknown on Rabu, 06 Februari 2013 | 16.40

London: Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini.

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama.

Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan.

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung.

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Isu gay buat parti Konservatif goyah

LONDON: Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilihat akan berpecah dua, berhubung rancangan kerajaan pimpinannya untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Meskipun Parlimen dijangka memberi kelulusan awal ke atas draf undang-undang dalam isu itu, hampir separuh daripada 303 ahli perundangan Konservatif termasuk beberapa menteri Kabinet akan mengundi menentangnya atas sebab moral dan agama.

Pengkritik draf undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis berkata, isu itu tidak penting bagi orang ramai dan hanya membawa kepada pertelingkahan.

Menunjukkan isu itu hanya memberi masalah kepada Cameron, Menteri Kewangan, Setiausaha Luar dan Menteri Dalam Negeri menulis surat bersama untuk disiarkan akhbar bagi menggesa ahli perundangan parti menyokong.

Beberapa tinjauan pendapat menunjukkan pandangan umum menyokong Cameron.

Tinjauan YouGov bagi akhbar Sunday Times menunjukkan 55 peratus menyokong supaya undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis manakala 36 peratus menentang.

Bagaimanapun, tinjauan yang sama menunjukkan perkara berkenaan bukan keutamaan bagi pengundi kerana berada di kedudukan ke-12 daripada 15 isu utama bagi pilihan raya akan datang.
Undang-undang baru mencadangkan perkahwinan sejenis di England dan Wales dibenarkan mulai 2014.

Undian mengenainya diadakan semalam dan ahli perundangan bebas membuat pilihan kerana pemimpin parti tidak menetapkan sebarang pendirian.

Bagaimanapun, pekerja parti Konservatif menggesa Cameron menangguhkan pengundian kerana percaya ia melemahkan parti dan menjejaskan peluangnya menang pilihan raya seterusnya.

Isu ini membawa masalah kerana kami tidak berkempen atas perkara ini pada 2010, kata seorang ahli perundangan Konservatif, David Burrowes.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Israel tahan 20 anggota Hamas

Written By Unknown on Selasa, 05 Februari 2013 | 16.40

Ramallah: Tentera Israel menahan lebih 20 anggota kumpulan pergerakan Hamas, termasuk tiga Ahli Parlimen dalam satu serbuan awal pagi semalam di Tebing Barat, kata pihak berkuasa Hamas.

Tentera Israel mengesahkan penahanan itu namun tidak menjelaskan lanjut.

Pegawai Hamas yang enggan dikenali berkata, penahanan itu berlaku awal pagi di seluruh jajahannya. Salah seorang yang ditahan adalah Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dalam rundingan penyatuan antara Hamas dan Fatah, katanya.

Hamas dalam kenyataannya berkata tiga Ahli Parlimennya, Ahmed Attoun, Hatem Qafisha dan Mohammed al-Talhad, ditahan pada awal pagi, selain beberapa pemimpin tempatan Hamas.

Ini adalah tindakan jenayah yang tidak akan mampu menghentikan perjuangan mereka. Kami dalam pergerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kempen penahanan tanpa perbicaraan puluhan pemimpin Hamas, kata kenyataan itu.

Seorang jurucakap tentera Israel enggan mengesahkan jika ahli perundangan Hamas itu ditahan dan tidak menyebut nama atau mengapa mereka ditahan.
Dua puluh lima rakyat Palestin ditahan, 23 daripadanya anggota Hamas, katanya.

Hamas, yang dianggap organisasi pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, menang Pilihan Raya Parlimen Palestin pada 2006.

Rakyat Palestin terbahagi dua sejak Hamas menakluk Gaza pada 2007, menyingkirkan tentera Fatah diketuai Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam satu pertumpahan darah.

Pelbagai cubaan untuk mencapai perjanjian penyatuan antara dua kumpulan Palestin itu tidak berjaya setakat ini.

Israel menganggap Hamas sebuah organisasi pengganas kerana ia melakukan serangan maut, termasuk serangan bunuh diri ke atas orang awam Israel.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Abu Sayyaf, MNLF bertempur

Manila: Militan Abu Sayyaf semalam bertempur dengan sebuah kumpulan pemisah lebih besar Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyebabkan sekurang-kurangnya 22 pemisah terbunuh di selatan Filipina, kata polis.

Panglima MNLFyang mempunyai perjanjian autonomi dengan kerajaan, Khabir Malik berkata kumpulannya bertempur dengan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf kelmarin selepas militan terbabit enggan membebaskan beberapa tebusan asing yang ditahan dalam hutan selama beberapa bulan, termasuk seorang wartawan televisyen Jordan dan dua lelaki Eropah.

Militan hanya membebaskan dua tebusan warga tempatan yang ditemui polis Sabtu lalu.

Lapan pemisah Moro dan sekurang-kurangnya 14 militan Abu Sayyaf terkorban dalam pertempuran di kawasan pergunungan wilayah Sulu, bandar Patikul, di mana beratus pejuang bersenjata MNLF berkumpul sejak tiga minggu lalu untuk memberi tekanan kepada militan agar membebaskan mangsa yang diculik dan menamatkan aktiviti keganasan

Tiada sebarang maklumat mengenai nasib dan apa yang terjadi kepada tawanan Abu Sayyaf ketika pertempuran itu, kata ketua polis wilayah Sulu, Superintendan Antonio Freyra.

Pertempuran itu reda semalam selepas kumpulan Abu Sayyaf berpecah kepada kumpulan kecil dengan satu kumpulan besar dilihat melarikan diri dari Patikul ke bandar berhampiran.

Namun Freyra berkata pertempuran mungkin meletus lagi.
Ia adalah pertumpahan darah pertama antara dua kumpulan pemisah, yang wujud bersama selama bertahun dan ketika itu disyaki bekerjasama melakukan penculikan dan menyokong antara satu sama lain dalam pertembungan menentang tentera kerajaan di wilayah dikuasai penduduk Islam, Sulu.

Khabir berkata kumpulannya mengambil inisiatif membebaskan tebusan untuk membantu kerajaan membersihkan imej Sulu, di mana Abu Sayyaf melakukan pengeboman maut, menculik dan memenggal terutama pada awal 2000.
AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Pemberontak Syria pujuk Russia, Iran

Written By Unknown on Senin, 04 Februari 2013 | 16.40

Munich: Pemimpin pemberontak Syria kelmarin berunding dengan Menteri Luar Russia dan Iran bagi mencari jalan terbaik menamatkan perang saudara negara itu.

Russia dan Iran adalan penyokong kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad sejak pemberontakan meletus.


Bantu rundingan

Oleh itu, sebarang persefahaman dengan musuh Bashar dipercaya dapat membantu pemberontak dan Bashar berunding.

Dalam sidang keselamatan antarabangsa di sini, pemimpin Pakatan Kebangsaan Syria (SNC), Moaz Alkhatib berunding dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov sebelum menemui Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi.

Rundingan itu dipercayai hanya diadakan selepas Alkhatib memberi isyarat pihaknya sedia berunding dengan Damsyik.

"Russia ada pendekatan tersendiri tetapi menyambut baik rundingan untuk menamatkan krisis," katanya.
"Kami setuju mencari jalan tamatkan penderitaan penduduk Syria," kata Alkhatib selepas pertemuan 45 minit dengan Salehi.

Beliau juga berunding dengan Naib Presiden Amerika, Joe Biden dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Lakhdar Brahimi.

Tujuannya menyertai rundingan ialah mencari jalan menjatuhkan pemerintah tanpa terlalu banyak menumpahkan darah penduduk," katanya lagi.

Sekat tiga resolusi

Russia menyekat tiga resolusi Majlis Keselamatan PBB bertujuan menyingkirkan Bashar atau menekannya menamatkan perang saudara yang menyebabkan lebih 60,000 terbunuh.

Media Iran pula melaporkan, anggota Majlis Keselamatan Kebangsaan Tertinggi, Saeed Jalili mengunjungi Damsyik untuk berunding bagi menentang komplot kuasa besar – merujuk kepada Amerika dan negara Barat lain.

Ada pihak menganggap komen Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev minggu ini menunjukkan Bashar akan hilang kuasa.

Medvedev berkata, peluang Bashar terus berkuasa kian mengecil sekali gus dianggap Kremlin tidak lagi menyokong Damsyik.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

Polis Kirkuk kena serang

Kirkuk: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh di bandar ini semalam apabila seorang penyerang bunuh diri meletupkan sebuah trak dipenuhi bahan letupan di luar sebuah ibu pejabat polis.

Ia disusuli tindakan sekumpulan lelaki bersenjata menyamar sebagai pegawai polis yang cuba menyerbu masuk.

Letupan yang berlaku adalah serangan ketiga terbesar dalam tempoh beberapa minggu di dalam atau berhampiran bandar pelbagai etnik termasuk Arab, Kurdis dan Turkmen.

Ia berlaku ketika pertelingkahan meletus dengan kerajaan pusat mengenai autonomi Kurdistan.

Polis berkata, penyerang meletupkan bom berhampiran sisi pintu masuk bangunan polis, memusnahkan sebahagian pejabat kerajaan berhampiran.

Penyerang langgar pejabat

"Penyerang memandu kenderaan membawa bahan letupan melanggar pintu masuk ibu pejabat dan selepas letupan, lelaki bersenjata memakai jaket berisi bom menyerang menggunakan senapang AK-47 dan bom tangan, namun pengawal dapat membunuh mereka," kata pegawai polis.
Pengawal dan pekerja kecemasan menyeret mangsa terselamat ke atas pengusung dalam keadaan kelam kabut selepas letupan berlaku dan meninggalkan satu kawah besar di jalan raya.

33 orang terbunuh

Polis berkata, 33 orang terbunuh termasuk 12 kakitangan kerajaan. Seorang pegawai kesihatan pula berkata hanya 16 mayat ditempatkan di rumah mayat hospital dan lebih 90 lagi cedera.

Serangan itu muncul ketika pemberontak dikaitkan dengan al-Qaeda cuba menyemarakkan konflik mazhab di Iraq.

Ia ketika kerajaan yang berkongsi kuasa di kalangan majoriti Syiah, Sunnah dan etnik Kurdis dilanda masalah sejak tentera Amerika Syarikat berundur setahun lalu.

REUTERS


16.40 | 0 komentar | Read More

22 askar veteran AS bunuh diri setiap hari

Written By Unknown on Minggu, 03 Februari 2013 | 16.40

Washington: Seramai 22 askar veteran Amerika Syarikat membunuh diri setiap hari atau secara puratanya seorang setiap 65 minit dalam tempoh lebih satu dekad.

Angka tertinggi kes bunuh diri mencapai tahap tertinggi pada tahun lalu dengan 349 orang.

Lebih 69 peratus kes bunuh diri itu membabitkan bekas askar berusia 50 tahun ke atas.

Ia didedahkan kelmarin oleh Jabatan Hal Ehwal Askar Veteran (VA) yang membuat kajian kes bunuh diri daripada 1999 hingga 2010.

Kajian sebelum ini menganggarkan angka bunuh diri sebanyak 18 orang setiap hari.

Keadaan lebih serius

Perangkaan itu didapati selepas kajian menyeluruh dijalankan oleh kerajaan mengenai kes bunuh diri di kalangan askar veteran menunjukkan keadaan sebenarnya lebih serius.
"Data ini mendedahkan keadaan sebenar kadar kes bunuh diri askar veteran," kata Senator Patty Murray yang memperjuangkan penjagaan kesihatan lebih baik kepada golongan itu.

Berita itu disiarkan dua minggu selepas pemimpin tentera Amerika mengakui kadar bunuh diri mencapai angka tertinggi pada 2012 iaitu hampir seorang sehari, mengatasi kematian akibat perang.

Keadaan itu berlaku meskipun Pentagon dan VA mempertingkat usaha menanganinya.
Sementara itu, pergerakan Askar Veteran Amerika di Iraq dan Afghanistan yang mempunyai 200,000 anggota, berkata rakyat Amerika sepatutnya marah dengan kadar kematian mereka.

"Laporan bunuh diri VA adalah perkara terpenting untuk disiarkan sejak 2007. Pemimpin di Washington perlu mempercepat usaha menyekatnya perkara itu berlarutan," kata pengasas IAVA dan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Rieckhoff. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Rongak kian diminati lelaki Afrika Selatan

Cape Town: Satu amalan tradisi puak yang tidak pernah luntur, malah menjadi gaya yang semakin diminati di kalangan pemuda di Cape Town serta wilayah lain di Afrika Selatan, ialah membuang beberapa gigi hadapan mereka.

Amalan dan gaya ini disifatkan simbol ketampanan dan kehebatan di kalangan lelaki di wilayah ini.

Walaupun kedengaran agak pelik, kebanyakan remaja Afrika Selatan sebenarnya lebih suka jika mereka dilihat rongak ketika senyum selepas mencabut gigi hadapan.

Dengan kebanyakan mereka mengenakan baju panas longgar dan bertopi selain dilengkapi kaca mata hitam, senyuman terbabit disifatkan unik di kalangan remaja Afrika Selatan yang gemar memberi aksi seperti samseng.

Bagi Yazeed Adam, 21, aliran fesyen ini dikenali sebagai 'Cape Flats Smile.'

"Ia adalah fesyen di mana semua orang mengamalkannya," katanya.

Nama 'Cape Flats Smile' datangnya dari sebuah kejiranan popular tempat pengubahsuaian tubuh yang pelik dilakukan oleh ramai remaja.

Tekanan rakan sebaya

Jacqui Freidling dari Jabatan Biologi Kemanusiaan Universiti Cape Town yang turut membuat kajian terhadap fenomena itu pada 2003 berkata, beliau mendapati fesyen dan tekanan rakan sebaya adalah punca utama remaja membuang gigi mereka, selain sebab perubatan dan juga gangsterisme.

"Ia adalah perkara yang perlu dilakukan.

"Saya dapati ia adalah tarikan fesyen ketika zaman ibu bapa saya," katanya.
Amalan ini dikatakan sudah diterima sejak kira-kira 60 tahun lalu.

Keluarga miskin

Secara tradisinya, pengubahsuaian pergigian seperti tampalan gigi dan hiasan didapati hanya di kalangan kaum tertentu. Bagi masyarakat Cape Town yang moden, ia dilihat sebagai kelengkapan bagi remaja, paling berleluasa adalah di kalangan keluarga miskin. Sesetengah cerita mengatakan bahawa tradisi ini bermula daripada kalangan nelayan yang tidak dapat berkomunikasi sesama mereka di atas bot.

Jadi mereka mencipta 'jurang wisel' sebagai cara berkesan dalam komunikasi. Malah golongan lelaki merasakan ia juga satu tarikan kepada wanita dan sebaliknya. - Agensi


16.40 | 0 komentar | Read More

Sembilan maut trak bunga api meletup

Written By Unknown on Sabtu, 02 Februari 2013 | 16.40

Beijing: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 11 lagi cedera apabila sebuah trak sarat dengan bunga api untuk sambutan Tahun Baru meletup di sebatang lebuh raya bertingkat di tengah China semalam.

Kejadian menyebabkan sebahagian lebuh raya di Mianchi, wilayah Henan musnah manakala 25 kenderaan terhumban kira-kira 30 meter ke bawah.

Agensi berita Xinhua, yang memetik kenyataan pihak bomba melaporkan sembilan orang disahkan terbunuh namun hanya enam daripada 25 kenderaan yang terhumban ditemui.

Seorang jurucakap Parti Komunis dari bandar berhampiran Sanmenxia, Nie Jianying yang memetik pegawai wilayah berkata sembilan orang disahkan terbunuh sementara 11 yang lain dimasukkan ke hospital.

Laporan awal Radio Kebangsaan China dan beberapa agensi lain menyatakan lebih 26 terbunuh tetapi ia kemudian dipadamkan dari laman web.

Gambar yang disiarkan agensi berita dan laman web menunjukkan sebahagian lebih raya itu runtuh. Gambar lain menunjukkan bomba menyembur air di kawasan konkrit, trak dan kontena penghantaran yang musnah.

Tiada laporan punca letupan
Tiada laporan mengenai punca letupan. Ia berlaku 90 kilometer ke barat Luoyang, ibu kota purba China yang dikenali dengan patung Buddha yang terukir daripada batu kapur.

Bunga api amat popular sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi memenuhi permintaan, bunga api dibuat, dihantar dan disimpan dengan kuantiti banyak, dalam keadaan tidak selamat.

Beberapa kejadian kemalangan berlaku pada 2006 dan hari pertama Tahun Baru, sebuah gudang bunga api meletup di sebuah kuil di Henan membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh yang lain. - AP


16.40 | 0 komentar | Read More

Nafi abang ‘kuasai’ kerajaan

Written By Unknown on Jumat, 01 Februari 2013 | 16.40

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam menolak laporan akhbar New York Times yang mendakwa keputusan penting dibuat abangnya, bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dari di luar negara menerusi Skype.

Yingluck menegaskan beliau adalah Perdana Menteri sebenar yang menguruskan pentadbiran di negara itu dan keputusan dasar dibuat Kabinet yang dipimpinnya, apabila diminta memberi komen berhubung laporan itu.

Katanya, beliau tidak dapat menghentikan orang ramai meluahkan pendapat tetapi mahukan kritikan yang adil.

"Tinjauan pendapat baru-baru ini menunjukkan kepemimpinan saya diterima rakyat," katanya sambil menambah beliau mahu pencapaian kerajaan membuktikan kewibawaannya.

Menyentuh satu kenyataan Thaksin mungkin bercakap dengan Kabinet menerusi Skype, Yingluck berkata orang ramai perlu mempertimbangkan dan mengkaji laporan berita berkenaan secara analisis.

Malah, penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan ketika mesyuarat Kabinet.
Sementara itu, pemimpin Baju Merah, Jatuporn Prompan menafikan khabar angin beliau cuba menumbangkan kerajaan Yingluck.
Jatuporn daripada Barisan Demokrasi Bersatu Menentang Pemerintahan Diktator (UDD), berkata beliau menyifatkan diri sendiri sebahagian Parti Pheu Thai dan kumpulan Baju Merah serta tidak akan bertindak menentang pemerintahan diterajui parti itu.

"Memang ada perbezaan dalam pandangan antara UDD dan kerajaan, tetapi ia boleh diselesaikan menerusi perbincangan," katanya.

Jatuporn percaya khabar angin dihasilkan saingan politik yang cuba mencetuskan konflik antara kerajaan dan UDD.
AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More

Jet Israel bom trak dalam wilayah Syria

Beirut: Pesawat Israel kelmarin mengebom sebuah konvoi disyaki membawa senjata antipesawat untuk pejuang Hizbullah di wilayah Syria.

Serangan itu dilancarkan selepas "Sasaran sebuah trak penuh senjata yang dihantar dari Syria ke Lubnan," kata diplomat Barat yang menambah ia juga dipercaya membawa senjata kimia.

Sumber pemberontak Syria berkata, serangan udara itu berlaku pada awal pagi lima kilometer ke selatan dekat lebuh raya Damsyik-Beirut.

Panglima Tentera Udara Israel, Mejar Jeneral Amir Eshel, berkata pihaknya terbabit dalam kempen serangan sulit 'di antara beberapa medan perang.'

"Kempen serangan ini setiap hari, 365 hari setahun. Kami bertindak untuk mengurangkan ancaman, mewujudkan keadaan untuk kami menang peperangan," katanya beberapa jam sebelum itu.

Pegawai serantau berkata, bekalan senjata itu turut membabitkan peluru berpandu SA-17.

Jika pejuang Hizbullah memilikinya, senjata itu dapat menembak jatuh pesawat, helikopter dan pesawat kawalan jauh Israel.
Israel mengesyaki Syria membeli senjata itu dari Russia selepas serangan udaranya pada 2007 memusnahkan sebuah reaktor nuklear yang sedang dibina.

Tentera Syria pula menafikan sebarang kewujudan bekalan itu sebaliknya berkata sebuah pejabat penyelidikan saintifik di luar Damsyik dibom pesawat Israel.

Agensi berita Associated Press (AP) berkata, banyak pihak di Israel bimbang, Presiden Syria, Bashar Assad, boleh membalas dendam jika hilang kuasa dengan menyerahkan senjata kimia dan peralatan lain kepada Hizbullah.

AGENSI


16.40 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger